Diet Rendah Karbo Boleh Menyebabkan Kanser Usus?
Dalam usaha menguruskan berat badan, terdapat pelbagai pelan diet yang boleh diikuti ramai. Ada yang berkesan ada yang tidak. Semuanya bergantung kepada tahap penerimaan badan seseorang.
Tetapi tahukah anda, terdapat satu kajian yang mengaitkan bahawa pengamalan pelan diet yang dipanggil diet rendah karbo boleh membawa kepada kanser usus. Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat selanjutnya.
Kurang Karbo, Kurang Berat
Diet rendah karbo adalah merupakan pelan pemakanan yang amat popular pada masa kini. Ini berikutan kerberkesanannya dalam menurunkan berat badan dalam masa yang singkat. Konsepnya berasaskan pengawalan tahap insulin dalam memastikan penurunan peratusan lemak badan yang lebih efektif.
Glukosa adalah merupakan unit terkecil bagi nutrisi makro, karbohidrat. Apabila kita m...