Tuesday, August 11

Month: November 2019

Jenayah, Luar Negara, Semasa, Tragedi

Kena Hentak Sampai Nampak Otak, Wanita Maut Ditukul Bekas Kekasih

Seorang wanita maut dalam keadaan sebahagian daripada otaknya terdedah apabila bekas teman lelakinya memukul kepala mangsa menggunakan tukul pada malam hari lahirnya yang ke-33. Sandra Zmijan ditemui maut di taman belakang rumah bekas kekasihnya, Wojciech Tadewicz di London pada September tahun lalu. Wanita itu dikatakan mengambil masa satu jam sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah diserang lelaki yang didakwa cemburu itu. Sandra berpisah dengan lelaki berkenaan setelah dia enggan berhenti menggunakan dadah untuk meningkatkan kecergasan yang membuatkan lelaki berkenaan mengalami delusi paranoid. Menurut The Sun, suspek mendakwa dia mengalami masalah mental pada detik kejadian yang membuatkan dia tidak mampu mengingati apa yang berlaku pada malam tersebut. “Saya tidak ingat a
Kesihatan, Semasa, Utama

Kencing Dalam Kolam Renang? Ini Bahaya Yang Menanti Anda

Mandi di dalam kolam renang menjadi aktiviti yang menyeronokkan terutamanya bagi kanak-kanak. Tetapi dalam keseronokan berenang, ada di antara yang senyap-senyap melepaskan ‘hajat’ di dalam air. Perbuatan ini bukan sahaja menjijikkan malah tidak beretika dan berbahaya! Nak tahu kenapa? Teruskan membaca perkongsian oleh Hello Doktor seperti di bawah. Satu perbuatan yang tidak beretika Ya, membuang air kencing dalam kolam renang sudah pasti adalah satu perkara yang tidak senonoh. Bayangkan, dalam satu swimming pool itu mesti ramai yang turut serta untuk berenang, bukan? Jadi, adakah anda mahu air kencing anda itu mencemarkan satu kolam renang semata-mata hanya kerana anda malas keluar untuk ke tandas sebentar? Jika anda berpendapat bahawa perbuatan ini tidak akan mendatangkan
Kesihatan, Semasa, Sukan

Air Dididih Guna ‘Microwave’ Perlu Dikacau Sebelum Minum, Ini Sebabnya

Barangan eletrik seperti microwave membantu memudahkan pengguna untuk memanaskan makanan dalam tempoh yang cepat. Tetapi, ada yang menjadikan fungsi microwave lebih fleksibel di mana ia digunakan untuk mendidihkan air. Persoalannya, adakah kita boleh melakukannya? Ini kerana setiap barangan yang diciptakan telah mempunyai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri. Jangan ambil remeh, bimbang ianya membawa masalah kepada kesihatan kelak. Ikuti penjelasan oleh Hello Doktor seperti di bawah. Ketuhar gelombang mikro Microwave atau ketuhar gelombang mikro merupakan satu peralatan rumah yang dicipta pada tahun 1940-an. Ia memudahkan dan mempercepatkan tugasan rumah, serta boleh digunakan untuk pelbagai perkara. Walau bagaimanapun, isu mengenai kesan ketuhar gelombang mikro terhadap kesihatan m...
Luar Negara, Semasa, Sukan

Pakaian Kebangsaan ‘Gah’ Merentasi Philippine Arena

BULACAN (Filipina), 30 Nov (Bernama) — Sukan SEA ke-30 kini dengan rasminya telah bermula dengan berlangsungnya acara perasmian secara gilang gemilang di Philippine Arena di sini, sebentar tadi. Jelas terpancar semangat kesukanan, kekeluargaan dan warna warni negara-negara Asia Tenggara di sepanjang majlis berlangsung. Seperti kelaziman, acara ‘wajib’ perasmian adalah perarakan masuk atlet-atlet negara dan malam ini kontinjen Malaysia menjadi negara kelima masuk ke arena, dan berarak mengelilingi Philippine Arena selepas Brunei, Kemboja, Indonesia dan Laos. Perarakan kontinjen negara didahului pembawa bendera yang merupakan jaguh tenpin boling Muhammad Rafiq Ismail dan disertai 91 atlet dan pegawai yang dengan segak dan anggun mengenakan pakaian kebangsaan Malaysia. Berbaju Melayu putih, b
Gaya Hidup, Semasa

“Apa Hukum Guna Air Tangki Yang Ada Bangkai Haiwan?” Ini Jawapan Mufti

Bersuci merupakan asas kepada ibadah solat. Jika kita tidak membersihkan diri dengan baik ketika mandi wajib atau mengambil wuduk, solat kita akan menjadi tidak sah dan kita perlu mengulangi lagi solat yang didirikan. Seorang tukang paip yang bekerja membersihkan tangki rumah berkata, dia telah menemui bangkai haiwan di dalam tangki ketika melakukan kerjanya. Oleh itu, beliau meminta Mufti Wilayah menjelaskan hukumnya untuk bersuci menggunakan air berkenaan. Assalamualaikum ustaz. Saya menyediakan servis cuci tangki air rumah di mana tangki air rumah tersebut membekalkan air untuk kegunaan di bilik mandi/tandas. Saiz tangki air rumah berbeza mengikut jenis rumah.300 gallon untuk rumah teres 100-200 Gallon untuk apartment/flat 500 gallon untuk banglo/semiDSituasi saya adalah tangki air ...
Semasa

Polis Nafi Pelatih Merusuh Di PULAPOL Langkawi

LANGKAWI, 30 Nov (Bernama) — Polis menafikan berlaku kejadian rusuhan melibatkan pelatih yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Langkawi, di sini, petang tadi. Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut. “Difahamkan memang ada kejadian pelatih tidak berpuas hati terhadap teguran kasar oleh seorang pengawal sentri yang menguatkuasakan larangan pelatih keluar dari berek hujung minggu. “Cuma berlaku pertengkaran mulut namun tidak ada apa-apa kecederaan dan kerosakan. Kejadian tersebut juga tidak menyebabkan sebarang rusuhan berlaku,” katanya dalam satu kenyataan. Mohd Iqbal berkata beliau difahamkan berikutan kejadian itu komandan telah berjumpa dengan pelatih terl
Semasa

(Video) “Lori Dua Alam”, Tular Video Lori Redah Banjir Dalam Di Terengganu

Banjir di negeri pantai timur telah menjejaskan lebih ratusan keluarga sehingga memaksa mereka berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan rumah dan kampung mereka ditenggelami air dalam. Dalam video berdurasi 1.02 minit yang dikongsi @My_CrimeWatch, sebuah lori sedang meredah banjir dengan kedalaman air hampir mencecah papan tanda Kampung Bukit Payong, Kuala Terengganu. Video tersebut telah meraih perhatian warga maya yang meninggalkan pelbagai reaksi masing-masing. Saya rasa mereka selamatMacam berfungsi je wiper tuSiapa kata Scorpene sahaja yang boleh selam?Ni kalau Elon Musk tengok video ni, mesti dia ada idea nak buat lori dua alam pulaGambar sebuah lori sedang meredah banjir.(Kredit: Mnurizam)Inilah dia pemikiran di luar kotak penalti. Punya payah kita...
Semasa

Amaran Cuaca Buruk Di Kelantan, Terengganu

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Amaran cuaca buruk dengan hujan lebat yang kini dialami di Kelantan, dijangka berterusan hingga esok. Jajahan yang diramalkan terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bahru, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), dalam kenyataan hari ini, menyebut bahawa cuaca buruk itu turut dijangka melanda Rompin, Pahang dan Terengganu iaitu Besut, Setiu dan Hulu Terengganu. Jabatan itu turut mengeluarkan amaran waspada iaitu hujan lebat yang dijangka berlaku di Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman), Pahang (Jerantut, Kuantan dan Pekan) serta Johor (Mersing dan Kota Tinggi) sehingga Isnin ini. Sumber: BERNAMA
Gaya Hidup, Kesihatan, Semasa

Individu Berusia 20 Hingga 29 Tahun Paling Ramai Hidap HIV

Seramai 45 peratus pesakit HIV merupakan mereka yang berusia dalam lingkungan 20 sehingga 29 tahun manakala 32 peratus terdiri daripada individu berusia 30 hingga 39 tahun. HIV merupakan sejenis virus yang menyebabkan pesakit mudah dijangkiti kuman dan kanser disebabkan sistem ketahanan badan yang lemah. Berdasarkan statistik UNAIDS, pada 2003 sahaja, seramai 40 juta orang menghidap penyakit HIV/AIDS di seluruh dunia di mana 5 juta orang baru dijangkiti manakala 3 juta maut. Sementara itu di Malaysia pula, terdapat peningkatan signifikan penyebaran HIV dalam kalangan wanita antara tahun 1990 hingga 2018 di mana berlaku pertambahan dari 1 peratus kepada 12 peratus, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia. Pesakit HIV dalam kalangan lelaki pula berkurang sebanyak 99 peratus kepada 88 peratus. P...
Jenayah, Semasa

Pemandu Bas Malaysia Ditahan Cuba Seludup Masuk Rokok Ke Singapura

SINGAPURA, 30 Nov (Bernama) — Seorang pemandu bas warga Malaysia ditahan kerana cuba menyeludup masuk 1,275 karton rokok tanpa cukai serta 3,030 uncang tembakau kunyah di Pusat Pemeriksaan Woodlands, Rabu lalu. Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura, dalam laman Facebooknya hari ini, berkata, para pegawai berasa curiga dengan bas yang didaftarkan di Malaysia itu sebelum mengarahkan pemandu itu menjalani pemeriksaan menyeluruh terhadap kenderaan itu. Menurutnya, pegawai pemeriksa kemudian mendapati sesuatu yang mencurigakan dalam imej pengimbas sebelum pemeriksaan lanjut mendapati barang terlarang itu disorokkan dalam ruang khas yang diubah suai di bahagian bawah bas berkenaan. ICA berkata pihaknya bertindak menahan pemandu bas berusia 27 tahun itu sebelum diserahkan kepad