Sunday, May 31

Month: December 2019

Kesihatan, Semasa

Ini Rupanya Sebab Mengapa Kita Tak Boleh Makan Babi

Kebanyakan agama melarang penganutnya daripada memakan babi. Namun, adakah anda tahu mengapa? Ikuti artikel ini untuk penerangan selanjutnya. Daging yang paling tinggi konsumsinya Jika dilihat pada konteks global, daging babi merupakan daging yang kedua terbanyak permintaannya berdasarkan daripada statistik yang dikeluarkan oleh OECD Agricultural. Menurutnya, pada tahun 2018, pengambilan daging ini mencecah 12.3 kilogram per kapita, 1.9 kilogram per kapita lebih rendah berbanding dengan pengambilan daging ayam. Di Malaysia, pengambilan daging tersebut berada pada 5.4 kilogram per kapita, jauh lebih rendah daripada pengambilan daging ayam. Ini berkemungkinan disebabkan oleh faktor harga, kebolehdapatan dan kepercayaan agama, di mana pengambilan daging babi dianggap sebagai larang...
Kesihatan, Semasa

Ramai Selalu Guna, Tapi Rupanya Pengering Tangan Boleh Sebarkan Bakteria Dalam Tandas

Kajian baru dari penyelidik di Universiti Connecticut dan Universiti Quinnipiac mungkin akan menambah rasa tidak selesa anda kepada tandas awam. Mereka mengesyaki bahawa pengering tangan di tandas awam mungkin menyedut bakteria dari udara, dan melepaskannya ke atas tangan anda yang baru dibasuh. Koloni bakteria di tandas Untuk menguji teori ini, saintis mendedahkan piring petri pada udara tandas dalam keadaan berbeza dan membawa kembali ke makmal mikrobiologi untuk mencari pertumbuhan bakteria. Hidangan Petri yang terdedah kepada udara tandas tanpa pengering tangan selama dua minit hanya mempunyai satu koloni bakteria, atau tiada sama sekali. Sementara piring petri yang terdedah kepada udara panas dari pengering tangan selama 30 saat kebanyakannya mempunyai 18 hingga 60 koloni bakteria, ba...
Bukan Rekaan Tapi Kajian Membuktikan Bahawa ‘Baby’ Suka Melihat Individu Yang Cantik
Pilihan, Semasa

Bukan Rekaan Tapi Kajian Membuktikan Bahawa ‘Baby’ Suka Melihat Individu Yang Cantik

Perasan atau tidak, adakalanya ada baby yang suka melihat individu tertentu? Tetapi dalam situasi lain pulak, baby anda mungkin akan menunjukkan reaksi tidak suka kepada sesetengah individu. Dalam satu kajian yang dilakukan bayi dilihat lebih banyak menghabiskan masa untuk melihatkan wajah dengan ciri wajah menarik. Nak tahu tak sebab apa? Ikuti kupasan menarik oleh Hello Doktor seperti di bawah. Secara semula jadi Pernah tak apabila anda berdepan dengan bayi dan dia kelihatan seperti suka melihat anda? Itu tandanya pada pandangan mereka anda adalah cantik / kacak. Mesti rasa bangga, bukan? Kembanglah hidung sekejap. Ini bukan rekaan tetapi ia adalah satu kajian yang dilakukan di United Kingdom. Dijalankan pada tahun 2004, kajian ini adalah berkisarkan mengenai aspek tingkah laku...
Jenayah, Luar Negara, Semasa, Utama

Niat Curi Bata ‘Bertuah’ Tidak Kesampaian, Pasangan Terperangkap Di Tembok Besar China

Niat dua orang lelaki muda untuk mencuri batu bata dari Tembok Besar China tidak kesampaian apabila mereka terperangkap di situ. Mereka berdua dikatakan terperangkap dengan salji dan suhu yang sangat sejuk. Ekoran itu, kedua-duanya terpaksa meminta pertolongan daripada pihak berkuasa. Kedua-dua lelaki tersebut mempercayai bahawa batu bata yang terdapat di situ dapat membawa tuah sekiranya diletakkan di rumah. Ketika ditemui, remaja yang masing-masing berusia 20 dan 26 tahun itu berada di tepi tebing dalam keadaan kesejukan. Pasangan itu juga dilihat membawa beg kosong yang dipercayai bertujuan untuk memuatkan sampah. Walau bagaimanapun, polis mendapati pasangan itu merancang untuk mencuri beberapa batu bata yang terdapat di Tembok Besar China. Ianya terbongkar apabila mereka memberitahu se...
(Video) Siaran Langsung Bunga Api Sempena Tahun Baru Di Seluruh Dunia
Luar Negara, Semasa, Utama

(Video) Siaran Langsung Bunga Api Sempena Tahun Baru Di Seluruh Dunia

Beberapa minit lagi, dunia bakal menyambut tahun baru 2020 yang sudah pastinya akan memberikan lembaran baru kepada kehidupan masing-masing.  Pelbagai persediaan telah dirancang bagi memastikan ambang 2020 itu disambut dengan penuh meriah. Seperti kenangan tahun-tahun terdahulu, kebanyakan negara menyambut tahun baru dengan percikan bunga api di yang memeriahi ruangan udara. Tidak terlepas, Malaysia juga turut meraikan ambang tahun baru dengan percikan bunga api. Ianya dapat dilihat menerusi beberapa perkongsian video yang memaparkan kemeriahan sambutan tahun baru pada tahun yang terdahulu. Seperti di Australia, beribu-ribu orang berkumpul di Sydney untuk menyaksikan pertunjukan bunga api yang terkenal iaitu bunga api #NewYearsEve.Thousands gathered in Sydney harbor to watch Austral...
Makan Roti Putih Boleh Jadi Punca Sebabkan Insomnia?
Gaya Hidup, Kesihatan, Semasa

Makan Roti Putih Boleh Jadi Punca Sebabkan Insomnia?

Hindari minuman berkafein. Ianya merupakan nasihat yang biasa kita dengar bagi mengelakkan kesukaran untuk tidur. Setelah mengambil minuman tersebut, mata akan terasa segar. Namun, pernahkah anda mendengar bahawa dengan mengambil roti putih boleh menjadi punca insomnia kepada seseorang individu? Ikuti kupasan menarik oleh Hello Doktor seperti di bawah. Insomnia disebabkan roti putih? Saintis di New York City mencadangkan bahawa pengambilan makanan dengan kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan tahap gula dalam darah naik dengan tinggi sehingga mengakibatkan badan melepaskan hormon punca seseorang individu itu sukar tidur. Turut dipercayai bahawa individu wanita lebih berusia yang makan makanan bergula dan roti putih akan cenderung mengalami insomnia. Penyelidikan yang d...
Kajian Dapati Individu Rendah Hidup Lebih Lama Berbanding Individu Yang Tinggi
Kesihatan, Semasa, Utama

Kajian Dapati Individu Rendah Hidup Lebih Lama Berbanding Individu Yang Tinggi

Jika anda seorang yang bertubuh rendah, ada di antara anda yang mungkin merasa cemburu dengan mereka yang bertubuh tinggi. Namun, tahukah anda terdapat satu kajian menemukan bahawa kelanjutan usia mempunyai kaitan dengan ketinggian individu. Mengejutkan apabila hasil kasil kajian mendapati semakin rendah individu tersebut, semakin tinggilah kapasiti mereka untuk hidup lebih lama. Untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti kupasan menarik oleh Hello Doktor seperti di bawah. Populasi Okinawan di Jepun merupakan antara populasi yang mempunyai ramai sentenarian di dunia. Mereka hidup melebihi usia 100 tahun dan majoriti daripada mereka masih mempunyai tahap kesihatan yang baik. Salah satu faktor kelanjutan usia yang sering dikaitkan dengan golongan ini adalah mereka semua berketinggian rendah. kuti...
Semasa

2020: Kerajaan Janji Teruskan Pembentukan Malaysia Baharu Yang Diidamkan

Kuala Lumpur : Sempena tahun 2020 Kerajaan berjanji untuk meneruskan perjuangan ke arah pembentukan Malaysia Baharu yang diidamkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, dalam perutusan tahun baru 2020. Katanya, 2019 merupakan tahun yang penuh cabaran bagi kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang melalui fasa baharu pentadbiran, justeru bagi tahun 2020 beliau menyeru semua pihak bersama-sama dalam menumpukan kepada usaha-usaha yang positif untuk rakyat. “Tahun 2020, pasangan yang tidak memiliki cahaya mata boleh mengeluarkan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP), untuk rawatan kesuburan in-vitro (IVF) sehingga RM10,000 dan Tahun 2020 juga seorang suami yang penyayang, dapat menunjukkan penghargaan kepada isteri dengan menyumbang caruman dua peratus KWSP,
Kesihatan, Semasa

Tular Dakwaan Kes HFMD Di Perlis Tinggi, Keadaan Adalah Terkawal – Pengarah Kesihatan

Kangar : Jabatan Kesihatan Perlis menafikan dakwaan yang tular di media sosial  bahawa  Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini menerima ramai pesakit kanak-kanak yang menghadapi jangkitan penyakit  tangan kaki dan mulut (HFMD) . Pengarah Jabatan Kesihatan Perlis, Dr Sirajuddin Hashim berkata walaupun terdapat kes HFMD di Perlis jumlahnya adalah rendah dan terkawal. Katanya keadaan di negeri ini adalah terkawal dan pihaknya telah mengeluarkan garis panduan awal bagi langkah pencegahan dan pengasingan bagi mengawal penyakit itu. ”Bagi mencegah jangkitan HFDM, ibu bapa perlu mengutamakan kebersihan diri dan persekitaran yang baik agar anak mereka tidak terdedah dengan risiko jangkitan  penyakit HFMD,” katanya ketika dihubungi sumber di sini hari ini. Be
Sistem Ranking Baharu FIH Tidak Semestinya Beri Kelebihan – Subahan
Semasa, Sukan, Utama

Sistem Ranking Baharu FIH Tidak Semestinya Beri Kelebihan – Subahan

SERDANG, 31 Dis (Bernama) — Sistem ranking baharu yang bakal dilaksanakan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) bermula 1 Jan 2020, tidak semestinya memberikan kelebihan kepada pasukan Asia. Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal berkata adalah terlalu awal untuk membuat andaian mengenai sistem itu kerana terdapat percanggahan maklumat. “Ada pihak yang kata akan memberi manfaat, ada yang kata tidak kerana nak ikut seperti FIFA, semua aksi persahabatan ada mata. Tetapi saya rasa ia akan memberikan kelebihan kepada pasukan Eropah, terutamanya yang beraksi dalam kejohanan Liga Pro. “Liga Pro ini mahal, kita bukan tak boleh masuk, tapi tak mampu… jadi kami tidak ada pilihan kerana ia sudah diputuskan FIH dan AHF (Persekutuan Hoki Antarabangsa). Say