Friday, October 23

Month: January 2020

Luar Negara, Semasa

(Video) Detik Cemas Seorang Pekerja Berlari Ketika Stadium Di St.Petersburg Roboh

Sebuah bumbung pusat sukan St Petersburg, Rusia dilaporkan telah runtuh dan dipercayai ada pekerja yang masih berdiri di atasnya. Kejadian ini dilaporkan antara yang menakutkan berlaku. Menurut Daily Star UK melaporkan sekurang-kurangnya seorang mangsa maut setelah terperangkap ke dalam runtuhan semasa kejadian di kompleks sukan tersebut. Kementerian Kecemasan melaporkan dalam satu kenyataan semasa aktiviti mengalihkan bumbung stadium tersebut, dikatakan kejadian runtuh ini berlaku awal sebelum kerja-kerja pengalihan dilakukan.Menurut laporan tersebut, perkhidmatan kecemasan sedang giat dilakukan untuk mecari lagi mangsa runtuhan. Bumbung kompleks tersebut dirobohkan apabila semua pekerja berada di dalam buaian kren yang disediakan. Namun, ianya runtuh sebelum semua pekerja bersedia. Vid...
(Video) Ayah Menangis, Tak Dapat Peluk Anak Yang Dipercayai Dikuarantin
Luar Negara, Semasa

(Video) Ayah Menangis, Tak Dapat Peluk Anak Yang Dipercayai Dikuarantin

Tular sebuah video menyentuh perasan apabila seorang ayah didapati menangis apabila tidak dapat memeluk anaknya yang dipercayai dikuarantin. Sebab dan punca anaknya dikuarantin tidak dapat diketahui kerana tiada sumber yang sahih. Anak itu seakan-akan menghulur tangan meminta ayahnya mendukungnya. Namun, ayahnya hanya mampu melihat dan mengalirkan air mata.Pun begitu, kesahihan video tersebut serta sama ada ia berkait dengan koronavirus tidak dapat dipastikan.Sumber: Twitter
Luar Negara, Semasa

Koronavirus: Thailand Sahkan Kes Pertama Berjangkit Dari Manusia Ke Manusia

Wabak koronavirus yang kian tular di dunia ini tidak dapat dinafikan semakin membimbangkan. Dengan jumlah kes serta angka kematian yang semakin meningkat, wabak ini pastinya akan mencatatkan sebagai virus yang paling bahaya yang pernah dijangkiti manusia. Menurut seorang pegawai kesihatan Thailand, kes pertama penyebaran wabak koronavirus adalah disebabkan oleh penghantaran antara manusia ke manusia. Perkara tersebut disahkan apabila kes yang dicatatkan seorang pemandu teksi positif koronavirus walaupun tidak mempunyai rekod perjalanan ke China. Beliau mungkin dijangkiti oleh pelancong dari China. Kes-kes sebelumnya di Thailand juga mungkin berpunca dari pelancong China atau rakyat Thailand sendiri yang melawat ke China, dimana virus itu berasal. Sumber: The Straits Times
Rusia Catat Dua Kes Pertama Koronavirus
Luar Negara, Semasa

Rusia Catat Dua Kes Pertama Koronavirus

Telah membunuh hampir 200 orang di China, koronavirus terus merebak ke seluruh dunia sehingga memperlihatkan Rusia  juga telah mencatatkan dua kes pertama. Menurut laporan The Moscow Times, Timbalan Perdana Menteri Rusia, Tatiana Golikova berkata orang yang dijangkiti itu merupakan seorang warga China yang telah diasingkan. Golikova juga berkata bahawa semua penerbangan langsung ke China dari Rusia akan dihentikan dari tengah malam pada hari ini kecuali syarikat penerbangan nasional Aeroflot. Tamabah beliau lagi, kerajaan juga merancang untuk memindahkan warga Rusia dari China. Menurut data awal, terdapat 300 orang Rusia di bandar Wuhan dikuarantin dan 341 di wilayah Hubei di mana wabak itu berasal. Rusia telah meningkatkan langkah-langkah untuk menangani risiko kesihatan sepanjang mi...
Luar Negara, Semasa

Itali Isytihar Darurat Selepas Dua Pelancong Warga China Positif Koronavirus

Kerajaan Itali telah mengisytiharkan darurat berikutan dua pelancong China di Rom disahkan positif koronavirus. Pasangan suami isteri itu dikatakan telah tiba di Milan pada 23 Januari dan menghabiskan 10 hari terakhir lawatan ke Itali, termasuk berhenti di Parma. Pasangan ini telah diasingkan di hospital Spallanzani di Roma iaitu sebuah pusat pakar untuk merawat penyakit berjangkit. Sehubungan dengan itu, Itali telah menggantung semua penerbangan ke dan dari China atas penularan virus tersebut yang berasal dari Wuhan, China. Dikatakan hampir 7,000 orang terkurung di kapal pelayaran di pelabuhan Civitavecchia, utara Rom, selepas dua kes disyaki koronavirus dikesan di atas kapal. Walau bagaimanapun ujian pada kedua-dua pelancong dari Hong Kong terbukti negatif dan penumpang dibenarkan turun ...
Semasa, Tragedi, Utama

3 Maut Termasuk Bayi Lelaki Dalam Nahas Libatkan Dua Buah Kereta

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Tiga orang termasuk seorang bayi lelaki maut dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Km 457.9 Lebuhraya Utara Selatan,  Sierramas di Sungai Buloh dekat sini, hari ini. Dua lagi cedera dalam kejadian itu. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis ketika dihubungi Bernama berkata nahas melibatkan kereta jenis Proton Persona yang dipercayai melanggar belakang sebuah treler yang diletakkan di bahu jalan. “Tiga mangsa berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mangsa yang cedera pula dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan,” katanya sambil menambah pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.57 tengah hari tadi. Beliau berkata polis kini menjalankan siasatan lanjut mengenai nahas itu.   Su
Luar Negara, Semasa

Koronavirus Mula ‘Serang’ United Kingdom,Sahkan Kes Pertama Jangkitan

LONDON, 31 Jan (Bernama) — Dua kes novel koronavirus disahkan di United Kingdom (UK), kes yang pertama kali dilaporkan di negara itu, kata pihak berkuasa kesihatan pada Jumaat. “Kita mengesahkan dua pesakit di England adalah daripada keluarga yang sama, telah diuji positif dijangkiti koronavirus,” lapor agensi berita Anadolu memetik ketua pegawai perubatan untuk England, Chris Whitty. Beliau berkata UK telah bersedia dengan langkah-langkah mengawal jangkitan penyakit. “Kami akan terus bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan komuniti antarabangsa untuk memastikan kami bersedia untuk menghadapi apa jua keadaan,” kata Whitty. Menurut pegawai itu lagi, Britain pada Jumaat membawa pulang kira-kira 150 warga Britain dan EU yang berada China dan mereka akan dikuarantin selama dua ming
‘Ustaz’ Didakwa Jual Syabu Kepada Pelajar Untuk Lebih Mudah Baca Al -Quran
Luar Negara, Semasa

‘Ustaz’ Didakwa Jual Syabu Kepada Pelajar Untuk Lebih Mudah Baca Al -Quran

Petik daripada laporan The Jakarta Post, seorang guru agama di Kwanyar, Kabupaten di Jawa Timur yang ditahan polis kerana dikatakan menjual methamphetamine (syabu) kepada pelajarnya. Bukan itu sahaja, guru ini turut mendakwa syabu berkenaan tidak dilarang dalam Islam. Guru yang berusia 46 tahun ini merupakan seorang guru pengajian Islam yang mengajar di sekolah asrama Islam di Surabaya. Menurut Polis Bangkalan, pihaknya telah menjejaki guru ini sejak dua bulan lalu selepas mendapat laporan dua orang pelajar dituduh menggunakan syabu di rumahnya. Katanya lagi, suspek percayai bahawa pengambilan syabu akan membantu meningkatkan motivasi murid-muridnya dalam membaca Al-Quran. Semasa di sidang media di Balai Polis bangkalan, suspek memberitahu orang ramai bahawa pihak polis mempunyai persepsi ...
Kesihatan, Semasa, Utama

Malaysia Proaktif Sebelum Pengisytiharan WHO – Dr Dzulkefly

PUTRAJAYA, 31 Jan (Bernama) — Malaysia sudah mengambil langkah ke hadapan dan proaktif dalam mencegah penularan jangkitan 2019 novel koronavirus sebelum Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan darurat kesihatan awam berikutan kebimbangan dunia terhadap virus tersebut. Malah, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata Malaysia turut mengemudi ASEAN Emergency Operation Centre Network for public health emergencies (ASEAN EOC Network) dalam berkongsi maklumat terkini dengan negara-negara di rantau Asia Tengggara, berhubung virus tersebut. “ASEAN EOC Network membolehkan negara anggota berkongsi data secara masa sebenar tentang analisis dan situasi koronavirus serta langkah pencegahannya. “Semua ini telah pun Malaysia lakukan sebelum pengisyt
Semasa, Utama

Bazar Peduli Rakyat Negeri Sembilan Catat Jualan Lebih RM126,000

JELEBU, 31 Jan (Bernama) — Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Sembilan merekodkan nilai jualan sebanyak RM126,876 menerusi program Bazar Peduli Rakyat (BPR), tahun lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Bakri Sawir. Beliau berkata ia merupakan hasil keseluruhan jualan direkodkan melibatkan enam kali penganjurannya di negeri ini sejak ia bermula Mei tahun lepas. “Di Taman Kemuning, Senawang kita memperoleh nilai jualan berjumlah RM87,121 dengan penglibatan seramai 90 orang usahawan tani manakala di Kampung Rawa, Lenggeng memperoleh nilai jualan RM39,755 dengan penglibatan 69 orang usahawan tani,” katanya. Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas majlis Pelancaran Bazar Peduli [email protected] di sini, hari in