Sunday, May 31

Month: February 2020

Utama

“Saya Bersama Lima Lagi Ahli Parlimen PPBM Tidak Bersama-Sama Menyokong Pelantikan Tan Sri Muhyiddin” – Tun M

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan melantik Tan Sri Mahiaddin Md Yassin (Muhyiddin) sebagai Perdana Menteri kelapan. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, pada hemat Seri Paduka Baginda, Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat. Terbaru, Tun Dr. Mahathir mengeluarkan satu kenyataan media melalui Facebook rasmi miliknya menjelaskan isu pelantikan Perdana Menteri ke-8 itu.Sumber: Dr. Mahathir
Semasa, Utama

PH Dakwa Dapat 112 Undi Sokongan, Kumpul Bukti Malam Ini Untuk Menghadap YDP Agong

Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mensyuarat tergempar malam ini susulan perlantikan Tan Sri Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 oleh Yang di-Pertuan Agong. Ini kerana PH percaya bahawa mereka masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat dan jumlah kerusi yang mencukupi. Memetik sumber,  Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, mesyuarat tergempar malam ini (Sabtu) diadakan bagi mengumpulkan bukti sokongan yang cukup dari ahli Dewan Rakyat sebelum mengemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong. Angka sokongan katanya akan dibuktikan melalui akuan bersumpah (SD). PH turut mendakwa mempunyai sekitar 112 undi sokongan dalam kalangan Ahli Parlimen, setakat jam 4 petang hari ini. Selepas itu, Tun Dr Mahathir pula akan membuat sidang media be...
Gaya Hidup, Semasa

(Video) Muhyiddin Sujud Syukur, Tadah Tangan Berdoa Selepas Dilantik PM Ke-8

Sejurus diumumkan sebagai Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucupkan sujud syukur di atas pemilihannya. Menerusi sebuah video yang berdurasi 0.26 saat, Muhyiddin Yassin dilihat bersujud dan menadah tangan berdoa. Beliau telah diumumkan sebagai Perdana Menteri setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Keputusan itu dibuat selepas ketua-ketua parti politik dan Ahli Dewan Rakyat bebas mengemukakan nama calon Perdana Menteri kepada Agong. Beliau akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada jam 10.30 pagi esok di Istana Negara.Tan Sri Muhyiddin Yassin right after officially announced by Istana Negara as the 8th Prime Minister #Malaysia2
Luar Negara, Tragedi

Tembok Purba Xi’an Di China Dibuka Percuma Selama Sebulan

XI’AN, 29 Feb (Bernama) — Tembok purba di bandar raya  Xi’an, di wilayah Shaanxi, China, akan dibuka kepada orang ramai secara percuma selama sebulan bermula Sabtu, lapor agensi berita Xinhua. Pelancong boleh menempah tiket percuma tujuh hari lebih awal dan tempahan juga boleh dibuat secara dalam talian, kata jawatankuasa pentadbiran tembok purba itu. Pelancong dikehendaki memakai topeng muka ketika melawat tempat berkenaan dan memastikan sentiasa berada dalam jarak selamat iaitu 1.5 meter antara satu sama lain. Aktiviti berkumpulan dan perhimpunan di kawasan itu tidak dibenarkan. Xi’an mempunyai banyak tembok purba bersejarah yang masih terpelihara, dibina pada  1370-an semasa Dinasti Ming (1368-1644) dan digunakan sebagai kubu pertahanan tentera.   Sumber: Bernama
Semasa, Utama

YDP Agong Berkenan Melantik Muhyiddin Yassin Sebagai Perdana Menteri Ke-8

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan melantik Tan Sri Mahiaddin Md Yassin (Muhyiddin) sebagai Perdana Menteri kelapan. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, pada hemat Seri Paduka Baginda, Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat. ”Istana Negara hari ini telah menerima senarai pencalonan nama-nama bakal Perdana Menteri daripada ketua-ketua parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas. ”Proses ini adalah lanjutan daripada titah Yang di-Pertuan Agong di mana ketua-ketua parti politik dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas diminta untuk mengemukakan pencalon
Luar Negara, Semasa

136 Pesakit Di Indonesia Dipercayai Dalam Pemantauan Covid-19, Di Jakarta Paling Ramai

Sejak beberapa bulan lalu, seluruh dunia digemparkan dengan satu penularan wabak COVID-19 yang dikatakan berpunca daripada wilayah Wuhan, China. Sehingga kini, wabak tersebut telah dijangkiti 60 buah negara dan lebih daripada 80,000 kes positif jangkitan telah dicatatkan. Terkini, sebuah laman web berita tempatan Indonesia mengeluarkan satu laporan berkaitan 136 pesakit di bawah pengawasan wabak Covid-19. Jumlah yang tertinggi dilaporkan di Jakarta iaitu sebanyak 35 orang. Data tersebut dikeluarkan oleh Agensi Penyelidikan dan Pembangunan Kesihatan Indonesia. Antara mereka adalah DKI Jakarta 35 orang, Bali 21 orang, Jawa Tengah 13 orang, Riau 11 orang, Jawa Barat 9 orang, Jawa Timur 10 orang, Banten 5 orang, Sulawesi Utara 6 orang, Jogya 6 orang, Kalimantan Timur 3 orang, Sulawesi Selatan ...
Kesihatan, Semasa

Covid-19: Korea Selatan Sahkan 594 Kes Baru Hari Ini, Jumlah Kes Meningkat Hingga 2,931

Korea Selatan ketika ini sedang menghadapi peningkatan kes Covid-19 yang agak serius apabila hari ini dilaporkan 594 kes baru dan menjadikan jumlah kes mencecah hingga 2,931 kes positif. Korea Selatan juga telah mencatatkan 13 kematian setakat artikel ini ditulis. D  BREAKING: South Korea reports 594 new cases of coronavirus, raising total to 2,931 cases and 16 dead https://t.co/eUoE2b20hL — BNO Newsroom (@BNODesk) February 29, 2020Sumber: BNO Newsroom
Kesihatan, Luar Negara, Semasa

Amerika Syarikat Mungkin Kenakan Larangan Perjalanan Ke Atas Negera Terjejas COVID-19

WASHINGTON, 29 Feb – Presiden Donald Trump berkata beliau akan memutuskan sama ada mengenakan larangan perjalanan ke atas negara mencatatkan jumlah kes COVID-19 yang tinggi, lapor agensi berita Sputnik. “Kita sedang meneliti perkara itu dan akan membuat keputusan mengenainya tidak lama lagi,” kata Trump pada Jumaat. Pada hari sama, Jabatan Negara mengeluarkan nasihat perjalanan baharu supaya warga Amerika mempertimbangkan untuk mengunjungi Itali yang turut terjejas dengan wabak itu. Setakat ini, AS mencatatkan 62 kes disahkan termasuk enam pesakit telah pulih. Dalam tempoh 24 jam lalu, beberapa kes baharu dilaporkan di Azerbaijan, Belarus, Iceland, Lithuania, New Zealand, Belanda dan Nigeria. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 53 negara terjejas setakat ini. Laporan harian WHO set
Luar Negara, Semasa, Tragedi, Utama

Keganasan Di New Delhi, Angka Korban Meningkat 42 Orang

NEW DELHI, 29 Feb – Jumlah kematian akibat rusuhan di New Delhi semakin meningkat menyaksikan 42 orang terbunuh pada Jumaat, memetik pegawai lapor agensi berita Xinhua. Sementara itu, lebih 350 orang lagi cedera dalam keganasan yang telah berlarutan selama tiga hari. Pegawai polis itu berkata keadaan masih terkawal namun anggota keselamatan masih ditempatkan di kawasan terjejas. Keganasan menyebabkan pelbagai kerosakan apabila perusuh bertindak membakar kenderaan, kedai dan bangunan. Polis New Delhi dikecam hebat kerana dikatakan gagal bertindak dan mengambil langkah pencegahan sepatutnya. “Laporan awal sebanyak 123 kes telah didaftarkan dan kira-kira 630 orang ditahan. Keadaan beransur pulih dan jumlah panggilan kecemasan juga menurun dengan drastik ,” kata Pegawai Perhubungan Awam Polis
Gaya Hidup, Hiburan

(Video) BCL Menangis Atas Pentas, Kali Pertama Buat Persembahan Lepas Suami ‘Pergi’

Penyanyi Bunga Citra Lestari atau lebih mesra dengan BCL yang mengenakan baju serba hitam semasa tampil buat kali pertama selepas pemergian suami tercinta di sebuah persembahan Friday Fusion, Jakarta. Sepanjang persembahan itu berlangsung, kesedihan pada wajah BCL terselah menyebabkan ramai yang sebak ketika menonton konsert tersebut. “Saya tidak pernah membayangkan hal lepas terjadi dalam hidup saya tetapi saya sedar ramai yang memberi sokongan untuk saya dan keluarga,” kata BCL. BCL mengharapkan arwah suaminya bahagia kerana semangat yang ada dalam dirinya untuk meneruskan kerjayanya dan berjaya menampilkan dalam persembahan tersebut. “Dan InshaAllah, Ashraf juga senang melihat saya di sana malam ini.” Ketika BCL menyampaikan lagu ‘True Love dan Treasures’, air mata seorang isteri yang r