Saturday, August 15

Month: March 2020

Sekurangnya 66 Doktor Terkorban, Hampir 9,000 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid-19 Di Itali
Luar Negara, Semasa, Utama

Sekurangnya 66 Doktor Terkorban, Hampir 9,000 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid-19 Di Itali

Sebanyak lima lagi doktor dilaporkan maut di Itali akibat dijangkiti wabak Covid-19, menurut Persekutuan Doktor Itali pada Selasa. Angka tersebut menjadikan keseluruhan jumlah doktor yang terkorban sekurang-kurangnya 66 orang sejak wabak itu bermula. Manakala, 8,956 pekerja kesihatan dilaporkan telah dijangkiti Covid-19 di mana merupakan peningkatan sebanyak 500 kes dalam beberapa hari yang lalu. Menurut data terkini daripada worldometers, pada Selasa (31 Mac 2020), jumlah keseluruhan positif jangkitan di Itali telah mencecah 101,739 ribu dan 11,591 kematian direkodkan. Sumber: CNN, worldometers
Sarawak Kekal Waktu Operasi Perniagaan 7 Pagi-7 Malam – Menteri
Semasa, Utama

Sarawak Kekal Waktu Operasi Perniagaan 7 Pagi-7 Malam – Menteri

Kuching: Sarawak akan mengekalkan waktu operasi perniagaan bermula dari 7 pagi hingga 7 malam bagi perniagaan tertentu dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bukannya jam 8 pagi hingga 8 malam seperti yang dikuatkuasakan di seluruh negara mulai esok. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Dr Sim Hui Kian berkata apa jua arahan atau perintah baharu, objektifnya tetap sama iaitu untuk membendung penularan wabak COVID-19. ”Kita mahu orang ramai berada di rumah untuk menghentikan penyebaran jangkitan COVID-19. Ini yang lebih penting. Kita dapat lihat masih banyak kenderaan di atas jalan raya ketika ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini. Sarawak telah menguatkuasakan peraturan yang menghendaki orang awam kekal di dalam rumah dari 7 m
Peraturan Keluar Ikut Nombor Pendaftaran Kenderaan Ditangguh – Polis Terengganu
Semasa, Utama

Peraturan Keluar Ikut Nombor Pendaftaran Kenderaan Ditangguh – Polis Terengganu

Kuala Terengganu: Penguatkuasaan sistem penggiliran berasaskan nombor pendaftaran kenderaan bagi mengehadkan jumlah kenderaan di jalan raya yang dijadual bermula esok di seluruh Terengganu, ditangguhkan. Polis Terengganu menerusi kenyataan rasmi di Facebook mengumumkan, penangguhan itu dilakukan bagi membolehkan satu kajian terperinci dilakukan. Terdahulu hari ini, Polis Terengganu meminta orang ramai supaya menyemak angka terakhir nombor pendaftaran kenderaan masing-masing sama ada nombor ganjil atau nombor genap, sebelum keluar rumah. Peraturan itu dijadual bermula dengan nombor ganjil pada 1 April dan disusuli nombor genap pada keesokannya serta berselang-seli untuk hari seterusnya, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua berkuat kuasa. Sumber: Bernama
“Kita Masih Belum Kalah Dalam Perang, Tapi Belum Juga Memenanginya ” – Dr Noor Hisyam
Semasa, Utama

“Kita Masih Belum Kalah Dalam Perang, Tapi Belum Juga Memenanginya ” – Dr Noor Hisyam

”Kita masih belum kalah dalam perang menentang Covid-19, belum juga kita memenanginya,” demikian kata-kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu hantaran di Twitter sebentar tadi. Menurut Dr Noor Hisham, kerjasama setiap orang sangat diperlukan bagi memutuskan rantaian Covid-19 ini. Oleh itu, beliau meminta setiap orang untuk terus berada di rumah, sentiasa mengamalkan langkah membasuh tangan dengan kerap dan menjaga jarak sosial antara satu sama lain. Setakat Selasa (31 Mac 2020), negara telah mencatatkan jumlah keseluruhan kes positif jangkitan sebanyak 2,766 kes dan 43 kes kematian. Manakala, jumlah keseluruhan mereka yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital adalah seramai 537 orang.We have not lost the war against COVID-19, Neither...
Ejen Hartanah Seluruh Dunia Jangka Pendapatan Menurun Akibat COVID-19 – Kaji Selidik
Kerjaya, Semasa, Utama

Ejen Hartanah Seluruh Dunia Jangka Pendapatan Menurun Akibat COVID-19 – Kaji Selidik

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Kumpulan hartanah terkemuka Juwai IQI berkata 82 peratus daripada ejen hartanah kediaman di seluruh dunia menyatakan pandemik COVID-19 telah menurunkan jangkaan pendapatan mereka bagi 2020. Dalam kajian pertamanya di lebih 60 negara, ia berkata penurunan pendapatan adalah masalah yang dialami di semua negara yang dikaji. Menurut kajian itu, ejen Malaysia paling kurang pesimis dengan 74 peratus ejen menjangka mendapat kurang pendapatan pada 2020, 38 peratus menjangka memperoleh ‘pendapatan kurang ketara’ dan 33 peratus menjangka memperoleh ‘kurang sedikit’.Ia mendapati  22 peratus ejen hartanah di negara ini merancang meningkatkan pelaburan mereka dalam pemasaran kepada pembeli asing, manakala 53 peratus merasakan impak COVID-19 akan me
Covid-19: 47 Kes Baharu Dicatat Di Singapura, Jumlah Keseluruhan 926 Kes
Luar Negara, Semasa

Covid-19: 47 Kes Baharu Dicatat Di Singapura, Jumlah Keseluruhan 926 Kes

SINGAPURA, 31 Mac – Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura hari ini mengesahkan tambahan 47 kes baharu jangkitan COVID-19 di republik ini, menjadikan jumlah keseluruhan 926 kes. Daripada 47 kes positif itu, 16 adalah kes import dengan satu kes melibatkan seorang lelaki warga Malaysia berusia 33 tahun, pemegang Pas Kerja Singapura. “Dia kini dirawat di Pusat Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit (NCID),” menurut MOH dalam kenyataan di sini hari ini. MOH berkata 16 kes yang diimport itu mempunyai sejarah perjalanan ke Australia, Eropah,  ASEAN dan negara lain di Asia. Jumlah 31 yang lain adalah kes tempatan yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara baru-baru ini, menurut kenyataan itu lagi.   Sumber: Bernama
COVID-19: Jokowi Isytihar Darurat Kecemasan Kesihatan Di Seluruh Indonesia
Luar Negara, Semasa, Utama

COVID-19: Jokowi Isytihar Darurat Kecemasan Kesihatan Di Seluruh Indonesia

Jakarta: Presiden Joko Widodo (Jokowi) menetapkan Indonesia kini berstatus darurat atau kecemasan kesihatan, dalam menghadapi pandemik COVID-19 yang kini mengorbankan 136 nyawa di negara itu. Menerusi penetapan status itu, Presiden Jokowi memerintahkan pembatasan sosial berskala besar dilaksanakan dalam semua aspek aktiviti masyarakat bagi menangani penularan virus tersebut.”Kita harus belajar pengalaman negara lain (dalam menangani COVID-19) tetapi tidak meniru sebegitu saja (bulat-bulat sahaja). “Setiap negara ada ciri-ciri khas masing-masing, keluasan wilayah, jumlah penduduk, kedisiplinan, kondisi geografi, budaya, perekonomi budaya, keekonomian masyarakat, kemampuan fiskal dan lain-lain yang perlu diambil kira,” katanya di Istana Presiden Bogor yang  disiarkan se
Covid-19: Bendera Dikibar Separuh Tiang Di Itali
Semasa, Utama

Covid-19: Bendera Dikibar Separuh Tiang Di Itali

Rom: Bendera dikibarkan separuh tiang di seluruh Itali pada Selasa sebagai memperingati mangsa yang maut akibat COVID-19, selain menjadi lambang perpaduan serta tanda sokongan terhadap keluarga mangsa dan pekerja kesihatan, lapor ANSA. Inisiatif itu dilancarkan Datuk Bandar Itali, turut disertai institusi, agensi pusat dan negeri serta sektor perniagaan dan agensi berita ANSA. Wabak COVID-19 di Itali meragut lebih 11,500 nyawa. Sumber: Bernama
Ingkar PKP: Seramai 367 Lagi Didakwa, Ada Dipenjara, Didenda
Semasa, Utama

Ingkar PKP: Seramai 367 Lagi Didakwa, Ada Dipenjara, Didenda

Kuala Lumpur: Jogging semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, menyamar polis sehingga menahan orang awam dan melepak dengan rakan antara kesalahan yang dilakukan 367 individu yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen di beberapa negeri hari ini. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan juga denda terhadap pesalah ini selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan kepada mereka. Kesalahan itu dilakukan antara 24 Mac hingga 29 Mac lepas. Antara pertuduhan yang dikemukakan ialah menghalang tugas penjawat awam dalam menjalankan fungsi mereka semasa tempoh PKP mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya dan menyamar polis mengikut Seksyen 170 kanun sama membawa
Tindakan Tegas Terhadap Individu Sembunyi Maklumat Kontak Kluster Covid-19
Semasa, Utama

Tindakan Tegas Terhadap Individu Sembunyi Maklumat Kontak Kluster Covid-19

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang cuba menyembunyikan maklumat berkaitan kluster COVID-19 terutama dalam kalangan kluster tabligh. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pihaknya mempunyai data-data berkaitan kluster yang dipercayai menyebabkan rantaian penularan wabak berkenaan berpanjangan. ”Saya memohon kalau mana-mana individu yang ada kontak dengan kluster untuk tampil membuat saringan. Kami tidak akan menahan mereka, kita cuma mahu mereka membuat saringan pemeriksaan COVID-19 sahaja. ”Ini adalah amaran pertama dan kami tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan lebih tegas selepas ini memandangkan kita telah masuk fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya kepada p