Tular Foto Ibu Kucing Usung Anak Ke Hospital, Seolah-Olah Mahu Dapatkan Rawatan
Bagi pencinta haiwan khususnya yang membela kucing, jika si comel itu sakit, pasti mereka menjadi tidak keruan serta risau akan keadaannya.
Biasanya jika kucing yang bertuan, tiada masalah sekiranya jatuh sakit kerana ia mempunyai tuan untuk membawanya ke klinik veterinar.
Namun bagi kucing jalanan, siapakah yang membela nasib mereka?
Media sosial hari ini dikejutkan dengan beberapa keping gambar yang tular berkenaan seekor ibu kucing yang membawa anaknya ke hospital, dilihat seakan mahu mendapatkan bantuan rawatan.
Gambar: Twitter
Kejadian comel tersebut dilaporkan berlaku di Turki; negara yang sinonim dengan rakyat pencinta kucing dan ia dirakam sendiri oleh seorang individu, Merve Ozcan sebelum dimuat naik ke Twitter.Bugün hastanenin acilindeydik, bir kedi ağzında taşıdığı yavrusunu k