Muhyiddin Gesa NAM Bantu Negara-Negara kecil Perangi COVID-19
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini menggesa Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) membantu negara-negara kecil memerangi wabak COVID-19.Beliau berkata Malaysia percaya NAM perlu memainkan peranan yang lebih ketara bagi memperjuangkan akses dan perolehan bagi negara-negara kecil dalam mendapatkan bekalan perubatan, ubat-ubatan dan vaksin sebaik sahaja ia dibangunkan.Beliau berkata Malaysia bimbang jika NAM tidak bersatu, negara-negara kecil akan dipinggirkan apabila ubat-ubatan dan vaksin dibangunkan syarikat farmasi besar di negara-negara maju.“Kita mesti mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk pengisytiharan yang meminggirkan kepentingan negara anggota NAM apatah lagi di saat dunia sedang berdepan krisis COVID-19 ini,” kata beliau semasa Mesyuar