Saturday, October 31

Anak Tunggu Makanan, Wanita Di Kenya Terpaksa Pura-Pura Masak Batu Hingga Anaknya Tertidur

Ibu daripada 8 orang anak memasak batu kononnya menggantikan makanan dengan harapan mereka akan tertidur kerana penat menunggu.

Seorang wanita yang berkerja sebagai tukang cuci bagi mencari nafkah terpaksa berpura-pura memasak makanan untuk dijadikan makan malam. Namun begitu, bukanlah makanan yang dimasak, namun hanyalah beberapa ketulan batu.

Perkara tersebut dilakukan adalah kerana dia sudah tidak mempunyai apa-apa barangan memasak dan terpaksa berpura-pura sebegitu supaya anaknya tertidur semasa menunggu makanan disiapkan. Walau bagaimanapun, anaknya dikatakan mula sedar bahawa dirinya sememangnya tidak memasak makanan.

Dia menyatakan kepada NTV Kenya bahawa “mereka memberitahu saya bahawa mereka sebenarnya tahu yang saya sedang berbohong kepada mereka. Tetapi saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana saya memang tidak mempunyai apa-apa.”

Walau bagaimanapun, jirannya telah membantunya dengan memberitahu media tempatan mengenai wanita itu dan mereka telah membuka satu akaun bank untuknya. Kini, kehidupan wanita itu mungkin berubah setelah dia mendapat sumbangan daripada pihak tertentu.

Saya tidak percaya bahawa orang Kenya sangat penyayang untuk membantu.

Dia juga berasa tidak menyangka dapat menerima bantuan dan ada golongan yang prihatin akan nasibnya.

Sumber: Daily Mail

Sumber asal pautan ini dipetik daripada halaman siakapkeli.my