Tuesday, August 11

Beri Kesan Kepada Pernafasan, Doktor Ini Gesa Ibu Bapa Henti Pakaikan Bedak Talkum Pada Bayi

Sudah menjadi satu norma dalam kebanyakan ibu bapa berkenaan mengenakan bedak talkum ke atas muka bayi selepas sahaja selesai memandikan mereka.

Namun begitu, tahukah anda bahawa sebenarnya tindakan itu boleh menjejaskan kesihatan bayi tersebut.

Menerusi perkongsian yang dibuat doktor Ahmad Luqman Bukhari melalui akaun Facebooknya, pemakaian bedak talkum kepada bayi mampu menyebabkan jangkitan paru-paru yang serius. Dia turut menasihatkan kepada ibu bapa agar menghentikan perbuatan itu serta-merta. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Kalau korang jenis yang suka sapukan bedak talkum kat muka anak lepas mandi, tolong hentikan terus tabiat tu lepas baca apa yang saya tulis ni.

Dulu saya pun ada jugak perangai sama macam tu. Cuma bila terbaca amaran daripada American Academy of Paediatric tentang bahaya perbuatan tu, terus saya stop serta merta.

Rupanya doktor pakar kanak-kanak dah bagitau lama dah pasal benda ni. Even kes baby mati akibat masalah pernafasan yang berpunca dari debu bedak ni dah dilaporkan sejak awal tahun 60-an lagi.

Partikel bedak talcum tu kan halus sangat-sangat.

Bila kita sapu kat anak, risiko memang tinggi untuk anak kita terhidu lalu berterusan masuk ke dalam salur pernafasan.

Akhirnya boleh sampai ke paru-paru si comel kita hingga menyebabkan dia sering terbatuk, sesak nafas dan akhirnya mengalami jangkitan paru-paru yang serius (talcum powder poisoning)!

Menurut American Academy of Paediatric jugak, sedikit debu talkum pun cukup bahaya serta mampu merosakkan salur pernafasan bayi yang kecil.

Mintak tolong ya mak ayah sekalian. Janganlah duk seronok nak pakaikan bedak talkum ni pada anak kecil.

Gambar Hiasan via Google

Lagi-lagi bayi yang berisiko dan mempunyai sistem pernafasan sensitif seperti bayi pramatang, anak yang menghidap sakit jantung dan mempunyai breathing problem sejak lahir.

Tak apalah kalau anak kita nampak comot sikit, tak berbedak wangi macam anak orang lain. Asalkan kesihatan dia tak terganggu.

Tolong sebarkan info ni pada mak ayah yang belum tahu ye. Saya ni sampai sekarang masih duk rasa bersalah kat anak saya sebab saya pernah terbuat benda yang bahayakan kesihatan dia ni.

Sumber: Ahmad Luqman Bukhari