Saturday, May 30

Bilangan Kes Baharu Covid-19 Jadi Dua Angka, Warganet Banjiri ‘Live’ KKM Dengan Ucapan Penghargaan

Bilangan kes baharu Covid-19 hari ini menunjukkan penurunan iaitu hanya dengan 55 kes berbanding semalam dengan 122 kes.

Keadaan ini memperlihatkan usaha yang dilakukan oleh petugas barisan hadapan dalam menangani jangkitan Covid-19 sedikit sebanyak membuahkan hasil.

Seperti kebiasaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham akan memaklumkan maklumat terkini situasi Covid-19 di Malaysia.

Gambar: KKM

Disebabkan itu, ramai netizen yang membanjiri komen di ‘live’ Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan ucapan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan.

Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi nasihat yang telah diberikan oleh KKM agar Covid-19 ini segera hilang.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia