BNM Dijangka Turunkan Lagi Kadar Faedah (OPR)
KUALA LUMPUR: Standard Chartered Bank menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) esok akan mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 50 mata asas atau 0.5 peratus kepada 2.0 peratus.
Bank pusat dijangka terus mengurangkan sebanyak 0.25 peratus lagi pada Julai.
Dalam nota penyelidikan hari ini, ia berkata ini akan menjadikan kadar dasar kepada 1.75 peratus, lebih rendah daripada OPR sebanyak 2.0 peratus semasa krisis kewangan global 2008-2009.
“Walaupun pernyataan dasar monetari pada Mac seimbang berbanding kadar faedah rendah, kami percaya keadaan ekonomi tidak menggalakkan sejak Malaysia memperkenalkan langkah sekatan pergerakan pada 18 Mac,” katanya.
Bank itu berpendapat, susulan BNM telah mengurangkan OPR sebanyak 0.5 peratus sejak awal tahun ini, pengurangan sebanyak 0.5 peratus l