Saturday, August 15

Bisnes

Bisnes, Semasa, Utama

Moratorium Pinjaman Kereta Dan Pinjam Islamik Ditarik Balik? Apa Yang Anda Perlu Tahu Setakat Ini

Terbaru, Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dalam satu kenyataan memberitahu bahawa peminjam sewa beli (hire purchase) dan pembiayaan Islam (islamic financing) dengan kadar tetap akan dikenakan faedah selama 6 bulan moratorium. Kedua-dua pinjaman pada masa ini tidak dikenakan caj faedah, tetapi Bank Negara Malaysia (BNM) dan Persatuan Bank Malaysia (ABM) telah mengumumkan perubahan yang akan berkuat kuasa esok (1 Mei 2020). Menurut siaran media, BNM memberitahu bahawa mulai 1 Mei 2020, moratorium 6 bulan tidak lagi menjadi pilihan automatik untuk semua pelanggan.Seorang individu, Khairi melalui Twitter miliknya menjelaskan sedikit-sebanyak mengenai perkara ini.Masih ingat Moratorium (Penangguhan Bayaran) yang Muhyiddin umumkan bulan lepas? Tiba-tiba tadi BNM kata kena bayar juga?...
Bisnes, Kerjaya, Semasa

PKP: Kedai Barang Elektrik Antara Yang Dibenar Beroperasi Lima Hari Seminggu Di Kedah

ALOR SETAR, 30 April — Kedai barangan elektrik dan elektronik (E&E), alat ganti kenderaan, barangan input pertanian serta kedai barangan logam (hardware) di negeri ini, dibenarkan beroperasi lima hari seminggu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa empat yang bermula semalam hingga 12 Mei ini. Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Tan Kok Yew, berkata kerajaan negeri telah memberi kebenaran kepada kedai berkenaan untuk beroperasi dari Ahad hingga Khamis. “Sebelum ini kedai alat ganti kenderaan, barangan input pertanian dan kedai barangan logam di negeri ini hanya dibenarkan beroperasi dua hari seminggu iaitu pada Isnin dan Khamis.“Bagi fasa empat, pembukaan kedai perlu mengikut waktu operasi biasa s
Bisnes, Kerjaya, Kesihatan, Semasa

398 Majikan Di Johor Mohon Pemberhentian, Potongan Gaji Pekerja Sepanjang PKP

Seramai 398 majikan di Johor telah membuat permohonan pemberhentian atau pengurangan gaji melibatkan seramai 15,597 pekerja sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan, berkata ia merangkumi pemberhentian tetap melibatkan 1,443 orang, pemberhentian sukarela seramai 180 orang, pemberhentian sementara seramai 2,864 orang manakala 11,110 orang menerima pengurangan gaji. Menerusi satu kenyataan di sini, hari ini, beliau berkata bagi memastikan majikan mematuhi peraturan semasa PKP, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor telah mewujudkan Skuad Khidmat Cepat (SKC) dalam pengendalian aduan secara bersama dengan Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerja (JKKP). Antara langkah-langkah yang diambil termasuk me
Bisnes, Gaya Hidup, Luar Negara, Semasa

KODAK Jual 51,300 Keping ‘Jigsaw Puzzle’ Terbesar Dunia

Syarikat fotografi tereknal Kodak baru-baru ini telah melancarkan jigsaw terbesar di dunia yang terdiri daripada 51,300 keping dan berukuran 28.5 kaki dengan ketinggian 6.25 kaki. Kodak baru saja melancarkan ‘puzzle terbesar dunia’ menampilkan gambar mercu tanda ikonik yang diambil oleh jurugambar profesional. Memadankan lebih dari 51,000 kepingan puzzle pasti akan mengambil masa yang lama, tetapi untuk membuatnya boleh mengurangkan tekanan bagi  yang ingin mencubanya. Puzzle itu terdiri daripada 27 mercu tanda antarabangsa yang berbeza, dari Tembok Besar China hingga Patung Liberty dan Taj Mahal. Puzzle gergasi Kodak telah mendapat permintaan yang sangat tinggi. Ia sudah habis dijual di Amazon dengan harga $ 410 (RM1,700+).Sumber: Odditycentral.com
Bisnes, Semasa

Pos Malaysia Buka Peluang Individu Ingin Jadi “Pos Rider”, Komisyen Sehingga RM 6000

Pos Malaysia Berhad membuka peluang kepada orang ramai yang memiliki van untuk menyertai Pos Rider di seluruh Malaysia. Tawaran itu terbuka bagi mereka yang berminat untuk menambah pendapatan sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Syarikat itu menawarkan komisen sehingga RM6,000 bagi ejen sepenuh masa untuk serahan item Pos Laju. Antara kriteria lain yang diperlukan adalah;Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas Memiliki van atas nama sendiri atau syarikat Memiliki lesen memandu penuh GDL Memiliki telefon pintar Android 5.0 ke atasPendaftaran boleh dilakukan dengan mengisi borang ini manakala untuk maklumat lanjut, layari https://www.pos.com.my/Peluang jana pendapatan tambahan sewaktu #PKP ini? Jom sertai #PosRider yang kini beroperasi di seluruh Malaysia! D...
Bisnes, Semasa, Utama

GTower Hotel Tutup Selepas 10 Tahun Beroperasi

G City Club Hotel Sdn Bhd, yang menguruskan sebuah hotel merangkumi 180 bilik dengan nama dagang GTower Hotel, menghentikan operasi hotelnya setelah satu dekad dalam perniagaan kerana penurunan kadar penginapan. G City Club Hotel mengatakan bahawa keputusan untuk menghentikan operasi adalah akibat kadar penginapan rendah yang dialami dalam beberapa tahun kebelakangan ini dari peningkatan persaingan dari hotel baru dan percambahan homestay di sekitar Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC). “Hotel ini pada awalnya disasarkan kepada pelancong korporat dan beberapa tahun kebelakangan ini telah menyaksikan penurunan mendadak dalam pelanggan korporat kami terutama dari industri minyak dan gas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Dikatakan kerja-kerja Mass Rapid Transit di sekitar KL...
Bisnes, Semasa, Utama

Isu Pembukaan Taska Akan Dibincangkan Esok – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 29 April — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membincangkan keperluan untuk pembukaan semula taska pada mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) esok, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata ini susulan beberapa sektor ekonomi sudah mula beroperasi pada fasa keempat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini. “Sekarang ini perkara ini (pembukaan semula taska) kita akan bincangkan pada mesyuarat MKN esok, perkara ini telah kita usulkan dan akan dipertimbangkan.“Tetapi apa yang penting semua sektor mematuhi garis panduan KKM sama ada taska, restoran atau institusi. Garis panduan KKM sudah ada, jadi kalau taska tersebut boleh patuh pada garis panduan KKM jadi tiada masalah, itu yang perlu kita pastikan dahul
Bisnes, Fesyen, Luar Negara, Pilihan, Semasa

Esprit Tutup Kedai Di Asia Menjelang Akhir Jun

Esprit Holdings Ltd., peruncit fesyen bakal menutup semua kedainya di Asia pada akhir Jun berikutan kemerosotan hasil jualan di rantau ini dan kesan COVID-19, lapor agensi berita pusat Taiwan. Esprit cawangan Taiwan pada Selasa berkata pihak syarikat memutuskan untuk menutup semua 56 kedai di Asia selain dari China, termasuk di Singapura, Malaysia, Taiwan, Hong Kong dan Macau. Di Taiwan, Esprit mempunyai 26 cawangan. Langkah itu diambil sebagai sebahagian usaha untuk mengatasi cabaran yang dicetuskan oleh pandemik COVID-19. “Ini adalah langkah yang tepat untuk Esprit kerana pandemik COVID-19  memberi kesan dramatik kepada perniagaan kami,” kata ketua pegawai eksekutif Anders Kristiansen dalam satu kenyataan bertarikh 27 April di laman web Esprit. Hasil jualan syarikat merudum d
Bisnes, Semasa, Utama

“Resah Duit Habis, Sales ‘Drop’ Teruk,” Tiga Usahawan Jenama Terkenal Kongsi Tips ‘Sales’ Tak ‘Tiris’ Walau PKP

Dalam waktu sekarang ni ramai peniaga-peniaga dan para usahawan yang mengakui terjejas dengan hasil jualan yang ‘drop’ teruk. Situasi ni membuatkan ada diantara mereka ‘mati akal’ tak tahu nak buat apa sebab ia datang secara tiba-tiba tanpa sempat nak buat ‘back-up plan’. “Resah hati ni bila tengok stok semua dah ambil, duit dah banyak habis tapi sales tak gerak-gerak.”Baca kisah tiga usahawan ni yang bina bisnes jutaan ringgi dari Zero To Million dengan bimbingan Mentor dan ilmu untuk bina bisnes dengan betul. Dari gerai bawah pokok sehingga ‘mahsyur’ seluruh Port Dickson Siapa yang tak pernah dengar King’s Char Kuew Teow. Kalau lalu depan PD tu boleh nampak restoran besar dengan papan tanda warna merah yang boleh tampung...
Bisnes, Gaya Hidup, Semasa

Pengeluar Perabot, Peruncit Perlu Bersedia Untuk Peluang Eksport

KUALA LUMPUR, 29 April — Penggiat industri perabot Malaysia perlu bersedia untuk peluang mengeksport pelbagai jenis perabot ke Amerika Syarikat (AS), selepas COVID-19. Thomas Russell, editor kanan harian dalam talian AS, Furniture Today, berkata pengeluar dan peruncit di Malaysia perlu mengekalkan kerjasama yang kukuh dengan pelanggan mereka di AS serta memantau perkembangan dan situasi terkini di AS. “Beberapa negeri di AS akan dibuka semula bermula 1 Mei, dan pesanan dihantar semula.“Memandangkan Malaysia mempunyai barisan produk yang kukuh untuk kategori seperti pejabat di rumah, ruang tamu dan ruang makan, ini merupakan peluang untuk berkembang,” katanya dalam sesi webinar, ‘Post COVID-19: The Change in Global Furniture Landscape: What is Ahead?’, anjuran Pame