Saturday, August 15

Bisnes

Bisnes, Gaya Hidup, Semasa

PSP: Kerajaan Disaran Perkenal Kad Diskaun Petrol

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Kerajaan disaran mengkaji semula pemberian subsidi petrol bersasar melalui Program Subsidi Petrol (PSP) dengan mengambil kira mekanisme alternatif yang lebih sesuai seperti mewujudkan kad diskaun khas petrol.Tanpa menolak kebaikan PSP, rata-rata pengguna yang ditemui Bernama berkata cadangan itu dilihat memberi lebih manfaat jangka panjang kepada golongan sasar, lebih-lebih lagi dalam berdepan ketidaktentuan pasaran harga minyak dunia. Peniaga, Ahmad Sudir Tahir, 45, berkata sekiranya kad diskaun diwujudkan pengguna dapat menikmati penjimatan berterusan yang secara langsung dapat membantu mengurangkan beban berikutan kos bahan api yang sentiasa berubah. “Misalnya, dengan kad itu kerajaan boleh menetapkan kadar diskaun 50 sen atau 20 sen seliter…dengan ca