Saturday, August 15

CUTI-CUTI

CUTI-CUTI

KUNDASANG BEST HOMESTAY RANAU

Kundasang sangat terkenal sebagai pusat pelancongan bukan sahaja kerana kekayaan khazanah alam semulajadinya, ia juga terkenal sebagai pengeluar produk makanan segar terutamanya makanan laut, sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebelum merancang itinerari untuk menerokai Kundasang, disini disenaraikan beberapa penginapan unik bagi pilihan pengunjung.1. LITTLE HUT Jauh dari hiruk-pikuk bandar, The Little Hut menawarkan chalet dengan nama-nama ‘catchy’ seperti ‘Unbreak My Hut’, ‘Hut Leluyaa’ dan ‘Hut Attack’ dengan kapasiti berbeza-beza bagi pilihan penginap. Chalet ini menawarkan penginapan dengan kapasiti untuk 2 ke 5 orang dengan harga yang berbaloi. Dengan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu yang megah, mungkin agak mencabar untuk sampai ke chalet ini, namun sangat berbaloi pada akhirn