Friday, October 23

Hiburan

Fesyen, Gaya Hidup, Hiburan, Selera

“Ingat Jadi Model Baju Batik, Rupanya Model Kuih-Muih”, Foto Viral Curi Perhatian Menteri

Netizen Malaysia ini terkenal dengan perpaduannya di media sosial. Baik urusan menularkan (viral) cerita-cerita menarik, berhibur saling berkongsi ‘duka’  di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official, memberi ‘serangan gerila’ di media sosial antarabangsa  sehinggalah ‘membawang’, kadar kekreatifan netizen Malaysia memang tidak perlu disangkal lagi. Terbaharu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula menjadi ‘mangsa’ gurauan para netizen. Setiap hari pada pukul 2 petang, Ismail akan bersiaran secara langsung di kaca televisyen bagi membentangkan laporan terkini mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. Namun di sebalik keseriusan menyampaikan laporan, para netizen ‘sempat’ berje
Hiburan, Pilihan, Semasa

(Video) Bedilan Meriam Tanda Berbuka Puasa Di Pekan

Seperti kebiasaannya, laungan azan merupakan antara detik-detik yang ditunggu oleh umat Islam yang berpuasa apabila tibanya waktu untuk berbuka puasa. Namun begitu, satu kaedah yang dilakukan di Pekan, Pahang untuk menandakan tibanya waktu berbuka puasa agak lain dan unik sedikit berbanding dengan kebiasaan. Ini kerana, pihak polis di bandar diraja Pahang menggunakan bedilan meriam sepanjang Ramadan sebagai panduan untuk berbuka puasa. Menurut Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Mohd Razli Mohd Yusof berkata, tradisi menembak meriam itu sudah dimulakan sejak lebih 40 tahun lepas. Bedilan meriam sebanyak satu das itu akan dilepaskan menggunakan dua laras meriam jenis Bavaria Gun M635 daripada Jerman bagi menandakan masuknya waktu maghrib. Segala persiapan untuk menggunakan meriam ini akan dibuat...
Hiburan, Luar Negara, Semasa

Pelakon Bollywood, Irrfan Khan Dilaporkan Meninggal Dunia

Pelakon terkenal Bollywood, Irffan Khan dilaporkan telah meninggal dunia di hospital Mumbai pada hari ini disebabkan kanser yang dihidapinya, lapor Tribune India. Pelakon berusia 54 tahun itu didiagnosis menghidap tumor neuroendokrin pada tahun 2018. Beliau dimasukkan ke unit rawatan rapi di hospital Kokilaben Dhirubhai Ambani dengan jangkitan usus besar. Menurut laporan India Today, ibu kepada Irrfan juga telah meninggal dunia pada Sabtu lalu. Irrfan memulakan karier seni dalam dunia Bollywood dengan filem Salaam Bombay pada tahun 1988 dan sejak itu beliau berlakon dalam banyak filem. Beliau juga pernah berlakon di dalam filem-filem Hollywood seperti Jurassic World, Life Of Pi dan Slumdog Millionaire. Sumber: Tribune India, India Today
Hiburan, Pilihan, Selera, Semasa

(Video) Rakaman Siput Sedut ‘Larikan Diri’ Sampai Nak Cecah Siling Buat Ramai Berdekah

Semenjak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ramai diantara kita yang cuba mengisi waktu lapang di rumah mencuba resipi-resipi tular di media sosial. Di samping dapat mengisi waktu lapang, perkara tersebut juga dilihat boleh mengeratkan hubungan antara ahli keluarga, mengasah skill memasak dan sebagainya. Baru-baru ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada menyatakan tentang satu group di Facebook yang bernama Masak Apa Tak Jadi Hari Ini. Pelbagai gambar dan video memaparkan masakan-masakan yang tidak menjadi dikongsikan oleh warganet untuk tujuan hiburan. Namun begitu, dalam banyak-banyak perkongsian yang dikongsi oleh warganet, terdapat satu video yang agak menarik perhatian. Sebuah video yang dikongsi oleh Ong BC menerusi group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini telah membuatkan ra
Gaya Hidup, Hiburan, Semasa

Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni’, Catat 1.5 Juta Pengikut dalam 10 Hari

NILAI, 24 April – Sejak beberapa hari yang lalu, akaun laman Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official’ menjadi sebutan dalam kalangan warganet, yang berkongsikan pelbagai jenis masakan mereka yang tidak menjadi, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Akaun itu yang mula diwujudkan pada 14 April, menjadi tular dan dalam tempoh 10 hari, pengikut akaun Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official ini, telah mencecah 1.5 juta orang sehingga ia turut menjadi sebutan ketika Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyampaikan perutusan khasnya yang disiarkan secara langsung, semalam. Pengasas akaun Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official Norlaila Dollah-Ahmed, 46, berkata akaun itu yang diwujudkan dengan niat hanya untuk berkongsi masakannya dan pengguna Facebook yang tidak menjadi
Akibat Sukar Patuhi Larangan, Daerah Di Indonesia Dilaporkan Kurung Pesalah Dalam ‘Rumah Berhantu’
Hiburan, Kesihatan, Luar Negara, Semasa

Akibat Sukar Patuhi Larangan, Daerah Di Indonesia Dilaporkan Kurung Pesalah Dalam ‘Rumah Berhantu’

Muak dengan perangai orang ramai yang sengaja ingkar peraturan penjarakan sosial, seorang ahli politik Indonesia telah memutuskan untuk menempatkan mereka yang ingkar dengan arahan kerajaan itu di sebuah “rumah berhantu”. Ketua daerah Sragen, Kusdinar Untung Yuni Sukowati, menyatakan bahawa beliau telah mengeluarkan arahan yang luar biasa itu pada minggu ini bagi menyekat kemasukan orang luar ke daerah tersebut selepas Jakarta dan beberapa bandar besar yang lain mengisytiharkan perintah berkurung. Beberapa pendatang baru, bagaimanapun, dilaporkan tidak mematuhi arahan supaya mengkuarantinkan diri mereka selama 14 hari bagi mencegah penularan wabak Covid-19 ke seluruh wilayah di pulau Jawa yang padat penduduknya itu.Disebabkan itu, Sukowati telah mengarahkan masyarakat untuk menggantikan
Gaya Hidup, Hiburan, Luar Negara, Semasa

(Video) Polis Indonesia Dendang Lagu ‘Marhaban Ya Ramadan’ Versi COVID-19, Penuh Nasihat Buat Orang Ramai

Pada malam ini, secara rasminya kita akan memasuki bulan Ramadan dan bakal menunaikan ibadah puasa selama sebulan. Sudah tentu, pesta ibadah juga akan bermula dengan pelbagai aktiviti seperti solat sunat Tarawih, tadarus Al-Quran, iftar jamaie (berbuka puasa secara berjemaah), sedekah dan banyak lagi. Namun, suasana Ramadan tahun ini pastinya tidak akan sama dengan tahun-tahun lepas, kerana kita semua ditakdirkan menghadapi pandemik COVID-19 di seluruh dunia hingga mengubah banyak rutin normal, termasuklah pada ibadah puasa sendiri. Bagi rakyat Malaysia, sesuatu yang agak menyedihkan buat kita kerana mulai malam ini, tiada lagi solat sunat Tarawih di surau, tiada lagi acara berbuka puasa beramai-ramai, tiada lagi bazar Ramadan dan segala ‘kemeriahannya’ terpaksa ditunda sementara. Segalany
Hiburan, Kecantikan, Kesihatan, Pilihan, Semasa

(Video)“Setahun 8 Bulan Kami Menanti,” Bapa Kongsi Rakaman Ainul Keluarkan Suara

Perkongsian oleh ibu bapa Ainul Mardhiah yang menjadi ‘buah hati’ dalam kebanyakan rakyat Malaysia sering mendapat perhatian warganet. Apa tidaknya, dengan telatah dan gelagatnya yang comel membuatkan ramai orang suka melihatnya. Terbaru, bapa kepada adik Ainul yang bernama Ahmad Safiuddin menerusi halaman Facebook miliknya berkongsikan rakaman Ainul Mardhiah mengeluarkan suara. Setahun 8 bulan kami menanti dengar suara dari Ainul Mardhiah. Sejak dia lahir, kami tidak pernah dengar suaranya. Alhamdulillah, budak cerdik ni dah pandai tutup trachy sendiri and keluarkan suara. Begini lah suara Ainul Mardhiah yang saya yakin anda semua tidak pernah dengar suaranya.Menurutnya, sudah setahun lapan bulan mereka menanti untuk mendengarkan suara Ainul kerana sejak kelahiran bayi comel itu, mereka
Gaya Hidup, Hiburan, Semasa

(Video) Diserang Strok Sejak Lebih Sebulan, Pelakon Veteran Amran Tompel Kini Terlantar Di Rumah

Siapa yang tidak kenal dengan pelawak Tanah Air yang pernah menjadi sebutan ramai suatu ketika dahulu ketika masih bergiat aktif dalam bidang seni, namun kini tidak lagi. Kini hanya terlantar lemah berikutan dengan masalah kesihatan yang dialaminya. Amran Aman Ramli atau Amran Tompel merupakan seorang seniman Tanah Air yang kini terlantar sakit dikediamannya di Senawang, Negeri Sembilan setelah beliau diserang angin ahmar sejak lima tahun lalu. Beliau yang berusia 70 tahun ini dikatakan diserang strok sejak peringkat awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Sejak kebelakangan ini, tular di media sosial tentang kesempitan hidup yang dialami pelakon dan pelawak veteran yang memerlukan bantuan ikhlas orang ramai.Perkara ini turut dikongsi oleh Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan MAINS yang...
Tengah Sedap Layan Movie Internet Slow, Ini 6 Cara Dapatkan Sambungan Internet Lebih Stabil
Gaya Hidup, Hiburan, Semasa

Tengah Sedap Layan Movie Internet Slow, Ini 6 Cara Dapatkan Sambungan Internet Lebih Stabil

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, mesti ramai yang dah khatam filem atau drama yang sebelum ni tak sempat tengok pun, kan? Setakat ni, dah berapa filem atau drama yang korang tonton? Lima? Sepuluh? Atau 20? Mesti ada yang dah sempat habiskan berbelas filem ataupun drama sepanjang PKP pertama dan kedua ni. Maklumlah, banyak masa kat rumah ataupun asrama. Habis satu episod, sambung episod lain hingga tak sedar jam dah pukul 3 atau 4 pagi. Mata dok segar lagi. Kadang-kadang, terlajak sampai esok hari sampai muka pun dah macam ‘zombi’. Haha.. Untuk PKP ketiga ni, korang dah ada ke senarai filem yang korang nak tengok? Kalau belum, penulis nak cadangkan satu filem thriller yang best gila untuk korang tonton. Confirm sesak dada dan ‘pecah kepala’. Fuh! Tajuknya ialah Forgotten. Filem B