Friday, September 18

Jenayah

Jenayah, Semasa

Cederakan Isteri Hingga Patah Tangan, Peniaga Dipenjara Tiga Hari, Denda RM3,000

KUALA LUMPUR, 4 Mei — Seorang peniaga dihukum penjara tiga hari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencederakan isterinya sehingga patah tangan kanan. Majistret Nurfarahain Roslan menjatuhkan hukuman itu selepas Muhammad Sadruddin Saidfudin, 35, mengaku bersalah dan tertuduh menjalani hukuman penjara mulai hari ini. Tertuduh berdepan hukuman penjara empat minggu jika gagal membayar denda.Dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap isterinya yang berumur 35 tahun di sebuah rumah di Taman Azalea, Kampung Sungai Penchala 1 di sini pada 9.15 malam 29 April lepas mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua h
Jenayah, Kesihatan, Semasa

Ingkar PKP: Enam Rakan Berbuka Puasa Di Bilik Hotel Didenda RM1,000

Akibat berkumpul beramai-ramai dengan alasan ingin berbuka puasa di sebuah bilik hotel, enam rakan termasuk tiga wanita masing-masing didenda RM1,000 atau penjara empat minggu oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Majistret Nurfarahain Roslan menjatuhkan hukuman itu selepas semua tertuduh yang berusia lingkungan 30 hingga 36 tahun mengaku bersalah. Mereka didakwa mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharaan Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di sebuah hotel di Dang Wangi pada 9.45 malam 29 April lepas. Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran agar kesemua tertuduh tidak mengulangi kesalahan sama manakal...
Jenayah, Semasa, Tragedi

”Pemandu Mabuk Sebabkan Kematian Anggota Keselamatan Patut Dipertimbangkan Hukuman Mati”- Dr. MAZA

Satu hukuman yang teramat berat perlu dijatuhkan ke atas individu yang menyebabkan kecederaan atau kematian anggota keselamatan ketika bertugas menjaga kepentingan awam di jalan raya. Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA) dipercayai mengeluarkan kenyataan tersebut berikutan kes kematian seorang anggota polis, Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail yang terkorban akibat dirempuh oleh pemandu disyaki mabuk, baru-baru ini. “Arak ternyata telah memusnah banyak nyawa dan harta. “Pemandu mabuk yang menyebabkan kematian anggota keselamatan patut dipertimbangkan untuk hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebat. “Tiada alasan untuk meringankan hukuman. “Jika dibiarkan, nyawa insan-insan yang sedang berbakti kepada negara dengan mudah diragut oleh ‘kaki mabuk’,” jelasnya m
Jenayah, Semasa, Tragedi

(Video) Jenazah Allahyarham Koperal Safwan Selamat Dikebumikan Mengikut Istiadat Polis Pagi Tadi

Jenazah anggota polis, Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail yang terkorban dalam nahas rempuhan ketika bertugas di sekatan jalan raya (SJR) Op COVID-19 di Plaza Tol LEKAS baru-baru ini telah selamat dikebumikan. Mengikut perkongsian di facebook, jenazah dikebumikan secara istiadat polis di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Bata, Tanjung Rambutan, Perak pagi tadi. Halaman Facebook Friends of PDRM awal pagi tadi memuat naik rakaman video istiadat keberangkatan jenazah dari Bilik Penyerahan Hospital Serdang menuju ke lokasi pengebumian di Tanjung Rambutan, Perak sekitar pukul 2.15 pagi.Dalam pada itu, seorang warga Facebook, Romy Irwan Shah turut memuat naik rakaman video ketibaan jenazah Allahyarham Koperal Safwan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Bata. Ketibaan jenazah di s...
Jenayah, Semasa, Utama

Anggota Polis Cedera Dipukul Lelaki Bawa Dadah Ketika Rondaan PKP

Lumut: Dua anggota polis cedera selepas dipukul dengan topi keledar ketika bergelut dengan seorang suspek kes pecah kedai di Taman Setia, Sitiawan di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Nor Omar Sappi berkata kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu mengakibatkan seorang anggota patah jari telunjuk kanan manakala seorang lagi lebam di kepala serta kaki, dan kedua-kedua anggota berkenaan kini dirawat di Hospital Seri Manjung. Beliau berkata pada mulanya kedua-kedua anggota polis berkenaan terserempak dengan suspek berumur 28 tahun yang menunggang motorsikal itu semasa membuat rondaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan semasa memecut untuk melarikan diri, motosikal yang ditunggang suspek terbabas. “Semasa pihak polis hendak menahan suspek, dia bertindak a
Jenayah, Semasa

COVID-19: PDRM, Agensi Penguat kuasa Laksana Operasi Buru PATI – KPN

KUALA LUMPUR, 1 Mei — Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan operasi besar-besaran bersama agensi keselamatan dan penguatkuasaan lain bagi memburu pendatang tanpa izin semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata operasi berkenaan dilaksanakan juga bertujuan membendung dan menyekat penularan wabak COVID-19 di negara ini.Beliau berkata pendatang asing tanpa izin sukar dikesan jika dijangkiti wabak COVID-19 berikutan tidak mempunyai sebarang dokumen sah dan mampu menyebabkan penularan wabak tersebut apabila mereka bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi lain. “Selagi PKP masih dilaksanakan, polis tidak akan membiarkan mana-mana pihak yang tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah bergerak bebas. ̶
Gaya Hidup, Jenayah, Luar Negara, Semasa

Kes Keganasan Rumah Tangga Global Boleh Bertambah Sehingga 31 Juta Kes Jika Perintah Berkurung Dilaksana Selama 6 Bulan- PBB

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menegaskan, perintah berkurung selama enam bulan boleh menjurus kepada pertambahan sebanyak 31 juta keganasan rumah tangga di seluruh dunia. “Ia adalah peningkatan krisis di dalam krisis. Kita perlu memberi perhatian maksimum terhadap hal ini sekarang,” kata Dr Ramiz Alakbarov, Timbalan Pengarah Tabung Kependudukan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFPA) kepada CBS News. Dalam data oleh Universiti John Hopkins, Avenir Health dan Universiti Victoria, Australia, UNFPA meramalkan pertambahan 61 juta kes jika perintah berkurung yang ketat dilanjutkan kepada tempoh setahun. “Ia sangat mengganggu. Jika kita tidak lakukan apa-apa, tak bercakap tentangnya, tidak memberi amaran, setiap tiga bulan akan ada pertambahan 15 juta kes,” kata Alakbarov....
Jenayah, Semasa

Scammer Cipta Laman Web Palsu Mirip Milik Agensi Kerajaan & Bank, Orang Ramai Diminta Berhati-Hati

KUALA LUMPUR, 1 Mei — Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan kegiatan scammer yang cuba memperdayakan pengguna dengan mencipta laman sosial dan laman sesawang yang mirip milik agensi kerajaan dan pihak bank. Ketua Pegawai Operasi FOMCA, T. Saravanan berkata scammer berkenaan menggunakan kemahiran dalam teknologi dan mencipta laman sesawang dan media sosial seakan mirip Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan bank untuk memperdaya pengguna yang kesempitan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Para scammer akan mencari pengguna yang rentan terutama warga emas yang terhimpit pada masa kini. “Sehubungan itu pengguna dinasihatkan supaya menyemak terlebih dahulu maklumat yang mereka terima sama ada melal...
Gaya Hidup, Jenayah

(Video) Ustaz Ebit Santuni Banduan Akhir, ‘Haji’ Menangis Saat Doakan Kebaikan Untuk Keluarga & Bekas Isterinya

Baru-baru ini, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew ada ziarah ke Penjara Kajang untuk memberi sumbangan tiga buah mesin basuh berkapasiti 25 kilogram bagi kegunaan para banduan di sana. Dalam masa sama, beliau turut berpeluang menyantuni banduan-banduan secara berdepan dengan keizinan dan pengawasan pihak penjara. Coretan kisah ziarahnya hari itu boleh dibaca di sini. Hari ini, Ustaz Ebit Lew memuat naik video penuhnya mengenai ziarah tersebut di Facebooknya. Melangkah ke sel banduan akhir. Jumpa 40 banduan akhir di Penjara Kajang. Dapat jumpa 40 banduan akhir di Penjara Kajang buat hati ini menangis. Baru mula beri sedikit nasihat dan doa semua menangis teresak-esak tadi. Masa cerita perjuangan Nabi saw dan keluarga. Sebut tentang mak ayah. Mereka semua kenal saya. Happy sangat mereka. Men...
Mayat Pembekal Sayur Ditemui Reput Dalam Bilik Air
Jenayah, Semasa, Tragedi

Mayat Pembekal Sayur Ditemui Reput Dalam Bilik Air

KUCHING, 1 Mei — Mayat seorang pembekal sayur di pasar raya ditemui dalam keadaan reput di dalam bilik air rumahnya di Jalan Song di sini, kira-kira pukul 9.05 pagi, semalam. Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Awang Din Awang Gani berkata maklumat diperolehi menerusi  seorang pemanggil menghubungi polis memaklumkan seekor anjing mati di perkarangan sebuah rumah milik majikannya yang disewakan, namun usaha menghubungi penyewa terbabit gagal dan meminta bantuan polis untuk membuat pemeriksaan. “Polis tiba di tempat kejadian dan memasuki rumah berkenaan serta terhidu bau busuk yang datang dari tingkat atas rumah. Polis bersama-sama pegawai perubatan serta bomba ke tingkat atas rumah dan menemui mayat seorang lelaki di bilik air rumah tersebut.“Mayat telah dihantar ke Hospital Umum Sara