Saturday, August 15

Jenayah

Jenayah, Luar Negara, Semasa

Banduan Baru Dibebaskan Didakwa Bakar Rumah Mertua Lepas Isterinya Dipercayai Sudah ‘Tawar Hati’

Misteri terbakarnya rumah di Kampung Batipuh Panjang, daerah Koto Tangah, Kota Padang, Sumatera Barat yang berlaku pada hari Khamis (2/2/2020) sebulan yang lalu akhirnya terbongkar. Ternyata rumah tersebut telah dibakar oleh seorang bekas banduan yang berusia 46. Ketua Polis Koto Tangah, AKP Zamri Elfino mengesahkan bahawa rumah tersebut sengaja dibakar oleh seorang bekas banduan. Difahamkan, suspek baru sahaja dibebaskan daripada penjara selepas menerima pengampunan hasil program asimilasi Corona atau Covid-19. “Kami telah berjaya menahan seorang suspek berusia 46 tahun yang disyaki melakukan kesalahan jenayah dengan sengaja membakar rumah,” katanya. Menurutnya, lokasi rumah yang dibakar oleh suspek terletak berdekatan dengan rumah-rumah lain. Disebabkan itu, ianya berpotensi ...
Jenayah, Semasa

(Video) ‘Long Tiger’ Sah Ditangkap Polis 2 Hari Lepas – Polis Johor

Putrajaya, 30 April – Seorang individu yang hanya dikenali sebagai ‘Long Tiger’ disahkan ditangkap semalam. Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, lelaki itu ditahan di rumahnya di Muar atas kesalahan memfitnah polis. “Memang kita ada buat tangkapan pada 28 April, dua hari lepas. Dia ditangkap atas kesalahan memfitnah seorang pegawai polis yang bertugas di jabatan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak,” katanya dalam sidang media Polis Johor hari ini. Tambahnya, Long Tiger bukan warganegara Malaysia dan merupakan pemastautin sementara (bukan pemastautin tetap) yang mengaku dilahirkan di Mentakab, Pahang. “Individu ini juga ada tiga rekod yang telah disabitkan, satu, Seksyen 363, tahun 2012, disabitkan atas kes culik. Kedua, Seksyen 37...
Fesyen, Jenayah, Semasa

Polis Rekod Keterangan Wak Doyok

JOHOR BAHRU, 30 April — Polis merekodkan keterangan personaliti fesyen dan pelakon, Wak Doyok, hari ini bagi membantu siasatan berhubung tempahan sebentuk cincin menggunakan ukiran lambang peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay,berkata Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Md Nor, 41, hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri sejak 11 pagi tadi bagi memberikan keterangan. “Wak Doyok dipanggil memberi keterangan susulan satu laporan polis yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Johor, dua hari lepas (Selasa) di IPD Iskandar Puteri.“Kes ini sebenarnya sudah lama, dia (Wak Doyok) membeli cincin pada tahun 2018 secara dalam talian dari sebuah syarikat di Indonesia,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinje
Jenayah, Luar Negara, Semasa

Lepas Dah Langgar, Individu Tinggal Nota Mohon Maaf Guna ‘Marker Pen

Apabila berlaku satu insiden di mana seorang pemilik kereta melanggar kereta pemilik yang lain tanpa sengaja, pasti mereka akan cuba menyelesaikan dengan cara yang baik. Namun, berbeza dengan satu keadaan yang berlaku di negara Singapura. Baru-baru ini, tular di laman media sosial berkenaan satu video yang dimuatnaik  oleh All Singapore Stuff. Video berdurasi 29 saat itu menunjukkan sebuah kereta  ‘diconteng’ dengan marker pen. Yang peliknya, tulisan itu dipercayai sebagai tanda permohonan maaf oleh individu tersebut selepas melanggar kereta terbabit secara tidak sengaja. “Maaf, saya melanggar kereta anda semasa mengundur” tulis individu tersebut. Gambar: All Singapore Stuff Gambar: All Singapore Stuff Gambar: All Singapore Stuff Gambar: All Singapore Stuff Melalui
Jenayah, Semasa, Utama

Jururawat Rugi RM12,614, Ditipu Macau Scam

Kepala Batas: Lagi penjawat awam ditipu Macau Scam dan kali ini seorang jururawat kerugian RM12,614 selepas diperdaya oleh sindiket itu yang mendakwa wanita tersebut terbabit dalam kes penyeludupan dadah dan pengubahan wang haram dalam kejadian di sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Noorzainy Mohd Noor, berkata wanita berusia 35 tahun itu pada mulanya dihubungi seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Sarjan Razlan dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang yang memaklumkan mangsa terbabit dalam kes jenayah. “Seterusnya panggilan itu disambungkan kepada seorang lelaki mendakwa sebagai pegawai polis berpangkat Inspektor konon dari IPK Pulau Pinang dan memaklumkan kepada mangsa terdapat waran tangkap atas namanya kerana terbabit dengan sindiket
Jenayah, Semasa, Utama

Wanita Rugi RM84,950 Kerana Mahu ‘Tuntut’ Beg Berjenama Dari AS

Kuantan: Seorang penolong pengurus membuat laporan polis mendakwa ditipu seorang lelaki berhubung tuntutan kiriman kononnya berisi beg berjenama dari Amerika Syarikat (AS) melibatkan kerugian RM84,950. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazri Mohd Yusof berkata wanita berusia 42 tahun itu mendakwa mengetahui tentang kiriman berkenaan selepas dihubungi seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai petugas di syarikat penghantaran, Isnin lalu. “Suspek memberitahu bungkusan itu dialamatkan ke tempat kerja mangsa dan disebabkan kandungannya merupakan barangan berjenama, mangsa perlu menjelaskan cukai sebanyak RM9,150 sebelum dapat menuntut beg tersebut.  “Mangsa yang pada awalnya ragu-ragu dengan kiriman itu, akhirnya terpedaya apabila ditakutkan oleh suspek yan
Jenayah, Semasa, Utama

Rogol Warga Mongolia, PDRM Tidak Kompromi Anggota Terbabit Jenayah

Kuala Lumpur: Tindakan pendakwaan terhadap seorang pegawai polis di mahkamah yang terlibat dalam kes rogol membabitkan dua wanita warga Mongolia membuktikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah berkompromi atau melindungi perlakuan jenayah pegawai dan anggota pasukan itu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata pihaknya telah menerima arahan Jabatan Peguam Negara untuk menuduh pegawai berpangkat Inspektor itu selepas dua kertas siasatan dibuka iaitu Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Kanun Keseksaan. Menurutnya, pegawai itu telah dituduh semalam di Mahkamah Klang mengikut Seksyen 13 (f) ATIPSOM kerana kesalahan pemerdagangan orang dengan cara penyalahgunaan kuasa untuk tujuan eksploitasi seks. Pegawai itu dijang
Jenayah, Luar Negara, Utama

Wanita Gali ‘Kubur’ Sendiri, Selepas Ditanam Hidup-Hidup Oleh Jiran

Seorang wanita yang berusia 57 tahun dari Ukraine baru-baru ini telah menjadi tajuk utama berita antarabangsa kerana selamat daripada serangan kejam jirannya yang mabuk. Mangsa didakwa telah dipukul selama berjam-jam dan kemudian ditanam di tanah perkuburan berdekatan. Menurut media, Nina Rudchenko, berjaya bertahan setelah dikebumikan hidup-hidup oleh jirannya. Wanita itu memberitahu polis bahawa dia berada di dalam rumahnya di kampung Maryanske ketika dua beradik berusia 27 dan 30 tahun menyerang dan memukul di kepalanya menggunakan kayu besbol. Wanita itu mendakwa telah dipukul dengan teruk selama beberapa jam sebelum pengsan dan tersedar di tanah perkuburan. Nina memberitahu wartawan bahawa dia mendengar kedua suspek bercerita mengenai dirinya apakah dia sudah mati, dan setelah mereka ...
Jenayah, Luar Negara, Semasa, Utama

Gari Dari Jauh, Polis India Guna Alat Khas Tahan Pesalah Sambil Jaga Jarak Selamat

Keputusan untuk melakukan pengasingan sepenuhnya atau lockdown di India telah berkuatkuasa ekoran wabak Covid-19 yang semakin menular di seluruh dunia. Pegawai di Chandigarh, India telah mula gunakan alat memerangi jenayah baru yang unik untuk ‘mengumpulkan’ sesiapa yang melangar perintah perintah penguncian Coronavirus secara selamat. Demonstarasi video berdurasi 1 minit 7 saart menunjukkan seorang polis menggunakan sebatang besi dengan bentuk bulat dibahagian depan dipercayai untuk mengunci pinggang pesalah, sekaligus menjaga jarak dengan selamat. “Peralatan dan latihan yang hebat,” ujar Ketua Polis Negara yang memuji cara unik untuk menangani suspek yang tidak memberi kerjasama dengan perintah berkurung. Setakat ini Chandigarh, ibu kota Haryana dan Punjab, telah ...
Jenayah, Semasa

Kastam Patah Cubaan Seludup 9 juta Batang Rokok Di Pelabuhan Klang

PUTRAJAYA, 29 April — Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan cubaan menyeludup sembilan juta batang rokok putih bernilai RM720,000 dengan cukai berjumlah RM5.7 juta di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, semalam. Penolong Ketua Pengarah Kastam Datuk Zulkurnain Mohamed Yusuf berkata bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan pegawai penguatkuasaan Zon Tengah Unit II (Selangor) membuat pemeriksaan ke atas sebuah kontena 40 kaki persegi yang diikrar sebagai ‘alas kaki, tuala mandi’ pada pukul 12.30 tengah hari di pelabuhan itu “Hasil pemeriksaan menemui sejumlah rokok putih yang disembunyikan di sebalik guni-guni berisi dagangan yang diikrar bagi mengaburi mata pihak JKDM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Zulkurnain berkata modus operandi pe