Saturday, October 31

Kerjaya

Kerjaya, Semasa

“Saya Bukan Wanita Pertama Yang Bekerja Dalam Projek ‘Nano-Satellite’ NASA” – Dr. Amani Salim

Sebelum ini tular mengenai seorang anak Malaysia, Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim atau lebih dikenali sebagai Dr. Amani Salim yang dikatakan wanita pertama yang bekerja dalam projek nano-satellite NASA. Selain itu, beliau juga dilaporkan  menjadi ketua kepada 28 saintis NASA. Namun, baru-baru ini Dr. Amani Salim  tampil menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan laporan berkenaan. Berikut penjelasan Dr. Amani Salim melalui akaun Twitter miliknya.I am correcting facts circulating on social media about me. 1. I was not the first woman to work in a NASA nano-satellite project. — Amani Salim (@kenisalim) May 3, 2020“Di sini saya ingin memperbetulkan beberapa fakta yang tular di media sosial mengenai diri saya,” kata Dr. Amani 1. Saya bukan wanita pertama yang bekerja dalam proje
Bisnes, Kerjaya, Semasa

Syarat-syarat Syarikat Yang Diluluskan Beroperasi, Majikan Perlu Tahu

Hari ini merupakan hari pertama sebahagian rakyat Malaysia mula keluar rumah untuk menjalani rutin ke tempat kerja seperti sebelumnya. Perkongsian di media sosial menunjukkan jalan raya mulai sesak, dan penggunaan perkhidmatan awam pula dalam kapasiti penuh pada pagi tadi. Dalam hal ini, majikan dan pekerja perlu menyusun strategi dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi normal baru di tempat kerja. Berikut merupakan syarat-syarat yang majikan perlu ambil tahu berkenaan dengan syarikat yang diluluskan untuk beroperasi. Syarat-syarat tersebut dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) dan terkandung dalam Soalan Lazim MITI Bil 1. Berikut ialah syarat-syaratnya: Gambar: MITI Gambar: MITI Gambar: MITI Sumber: MITI
Gaya Hidup, Kerjaya, Kesihatan

Tukang Sapu Bersyukur Masih Ada Kerja Dan Pendapatan Sepanjang PKP

ALOR SETAR, 2 Mei – Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika sebahagian besar rakyat Malaysia berada di rumah, ada kumpulan tertentu yang terpaksa bertugas terutama petugas di barisan hadapan dan perkhidmatan perlu. Namun ada yang peranan mereka yang tidak disedari walaupun merupakan perkhidmatan yang penting, seperti pekerja-pekerja pembersihan yang bertungkus lumus untuk memastikan kebersihan kawasan persekitaran. Bagi pekerja pembersihan, walaupun terpaksa bertugas pada ketika wabak COVID-19 menyerang seluruh dunia termasuk Malaysia, mereka masih bersyukur kerana masih mempunyai pekerjaan. Apa yang penting mereka masih mempunyai gaji tetap setiap bulan, sepanjang tempoh pelaksanaan PKP. Bagi Mohd Adli Umar, 48, dari Alor Mengkudu dekat sini, walaupun ter
‘Dentist’ Bocor Rahsia Cara Berus Gigi Yang Betul
Gaya Hidup, Kerjaya, Kesihatan, Semasa

‘Dentist’ Bocor Rahsia Cara Berus Gigi Yang Betul

Penjagaan kesihatan pergigian penting untuk mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi. Kesihatan pergigian yang baik membolehkan mereka mengunyah makanan dengan selesa dan bertutur dengan jelas. Bagaimanakah cara menjaga kesihatan pergigian yang baik? Dr. Hafiz berkongsi kaedah berus gigi dengan lebih berkesan. “Sebelum itu, pastikan korang beli berus gigi yang lembut dan juga ubat gigi yang mengandungi fluorida,” kata Dr. Hafiz. Berikut perkongsian oleh Dr. Hafiz Zainal:Ok lah saya bocorkan rahsia mcm mana cara saya berus gigi setiap hari 🙊 tips yang last sekali tu mmg wajib buat ok gaiss 😜 #drhz pic.twitter.com/O4F8Ow7XQA — Dr. Hafiz Zainal (@drhafizzainal) April 30, 2020Sumber: Dr. Hafiz Zainal, Instagram
Kerjaya, Kesihatan, Semasa, Utama

Majikan Dinasihat Laksana Waktu Kerja Anjal, Elakkan Ramai Pekerja Dalam Waktu Yang Sama – PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu Perutusan Khas Perdana Menteri sempena hari pekerja sebentar tadi memaklumkan bahawa majikan dinasihatkan supaya melaksanakan waktu bekerja yang anjal untuk mengelakkan orang ramai bersesak-sesak menuju ke pejabat. Menurutnya, saranan tersebut wajar dilakukan untuk mengelakkan kesesakan di stesen pengangkutan awam serta di dalam kenderaan awam. Selain daripada itu juga, beliau turut menasihatkan kepada majikan agar sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan untuk melindungi diri daripada jangkitan Covid-19. “Di tempat kerja, majikan mesti periksa suhu badan pekerja setiap hari. Kalau suhu badan tinggi, nasihatkan pekerja supaya balik atau pergi ke klinik dengan segera. “Pastikan meja, kerusi dan peralatan yang digunakan di pejabat sentiasa...
Gaya Hidup, Kerjaya, Semasa

Hari Pekerja Dalam Keadaan Normal Baharu

KUALA LUMPUR, 1 Mei  — Hari ini tenaga kerja Malaysia meraikan sambutan Hari Pekerja dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dengan suasana berbeza selepas menempuhi pelbagai cabaran berikutan pandemik COVID-19. Tidak ada perhimpunan hari pekerja seperti kebiasaannya baik yang dirancang oleh Kerajaan Persekutuan mahupun negeri dan ini adalah sebahagian dari normal baharu yang perlu dilalui masyarakat Malaysia kini. Hari Pekerja kali ini disifatkan ‘unik’ kerana berjaya menaikkan semangat pekerja untuk memberikan yang terbaik kepada kesejahteraan negara, terutama petugas barisan hadapan sama ada secara langsung atau tidak langsung, yang bekerja tanpa mengenal penat lelah sementara pekerja  yang bukan daripada sektor yang dibenarkan kerajaan untuk beroperasi kekal duduk di ru
Bisnes, Kerjaya, Semasa

PKP: Kedai Barang Elektrik Antara Yang Dibenar Beroperasi Lima Hari Seminggu Di Kedah

ALOR SETAR, 30 April — Kedai barangan elektrik dan elektronik (E&E), alat ganti kenderaan, barangan input pertanian serta kedai barangan logam (hardware) di negeri ini, dibenarkan beroperasi lima hari seminggu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa empat yang bermula semalam hingga 12 Mei ini. Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Tan Kok Yew, berkata kerajaan negeri telah memberi kebenaran kepada kedai berkenaan untuk beroperasi dari Ahad hingga Khamis. “Sebelum ini kedai alat ganti kenderaan, barangan input pertanian dan kedai barangan logam di negeri ini hanya dibenarkan beroperasi dua hari seminggu iaitu pada Isnin dan Khamis.“Bagi fasa empat, pembukaan kedai perlu mengikut waktu operasi biasa s
Gaya Hidup, Kerjaya, Selera, Semasa

Lelaki Kongsi Kisah Rakan ‘Runner’ Ditahan Polis Gara-Gara Gula Donat Disangka Dadah

Sebagai seorang penghantar makanan, pasti kita berusaha memastikan setiap bungkusan makanan dapat dihantar terus kepada pelanggan tanpa sebarang halangan. Namun, nasib tidak baik didakwa menimpa salah seorang penghantar makanan yang ditahan polis disebabkan bungkusan makanan yang dihantarnya. Menerusi perkongsian oleh saudara Ray di laman Twitter, seorang penghantar makanan dipercayai telah ditahan polis hanya kerana satu bungkusan donut yang disangka dadah.Hahahah aduh buat pasal betullah orang yang jual donut packing gula macam tu . Tak pasal menggelupur orang yang delivery tu dengan polis . 😹 pic.twitter.com/ccaAVDxLpy — Ray (@HassrayMohamad) April 28, 2020Bungkusan tersebut dikatakan disalah anggap sebagai dadah kerana donut itu telah diasingkan bersama beberapa bungkusan gul
Kerjaya, Pilihan, Semasa

Sahur Diterangi Lampu Lori, Petugas Kebersihan Bersila Tepi Jalan Nikmati Juadah

Sejak wabak pandemik Covid-19 mula melanda dunia, kita dapat melihat profesion pekerjaan pasukan perubatan dan keselamatan sering diangkat sebagai wira yang sedang berbakti untuk kita semua. Pun begitu, terdapat satu profesion pekerjaan yang juga sama penting peranannya seperti pasukan perubatan dan pasukan keselamatan yang mungkin kita terlepas pandang. Profesion pekerjaaan yang dimaksudkan itu adalah petugas pembersihan. Seorang pengguna Facebook bernama Asri Ahmad ada berkongsikan foto yang memaparkan petugas kebersihan sedang bersahur tepi jalan dengan diterangi lampu dari lori. Di samping itu, dia juga turut menitipkan sedikit pesanan berkenaan petugas pembersihan ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut: Setiap pagi sekitar jam 4:30 pagi akan ke...
Bisnes, Kerjaya, Kesihatan, Semasa

398 Majikan Di Johor Mohon Pemberhentian, Potongan Gaji Pekerja Sepanjang PKP

Seramai 398 majikan di Johor telah membuat permohonan pemberhentian atau pengurangan gaji melibatkan seramai 15,597 pekerja sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan, berkata ia merangkumi pemberhentian tetap melibatkan 1,443 orang, pemberhentian sukarela seramai 180 orang, pemberhentian sementara seramai 2,864 orang manakala 11,110 orang menerima pengurangan gaji. Menerusi satu kenyataan di sini, hari ini, beliau berkata bagi memastikan majikan mematuhi peraturan semasa PKP, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor telah mewujudkan Skuad Khidmat Cepat (SKC) dalam pengendalian aduan secara bersama dengan Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerja (JKKP). Antara langkah-langkah yang diambil termasuk me