Friday, September 18

Kesihatan

Kesihatan, Semasa

Muhyiddin Gesa NAM Bantu Negara-Negara kecil Perangi COVID-19

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini menggesa Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) membantu negara-negara kecil memerangi wabak COVID-19.Beliau berkata Malaysia percaya NAM perlu memainkan peranan yang lebih ketara bagi memperjuangkan akses dan perolehan bagi negara-negara kecil dalam mendapatkan bekalan perubatan, ubat-ubatan dan vaksin sebaik sahaja ia dibangunkan.Beliau berkata Malaysia bimbang jika NAM tidak bersatu, negara-negara kecil akan dipinggirkan apabila ubat-ubatan dan vaksin dibangunkan syarikat farmasi besar di negara-negara maju.“Kita mesti mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk pengisytiharan yang meminggirkan kepentingan negara anggota NAM apatah lagi di saat dunia sedang berdepan krisis COVID-19 ini,” kata beliau semasa Mesyuar
Kesihatan, Luar Negara, Semasa, Travel

Pembukaan Semula Sempadan: Singapura Mungkin Bermula Secara Kecil Dan Selektif

Bagi pembukaan semula mana-mana sempadannya, Singapura mungkin akan bermula secara kecil dan selektif, demikian menurut Menteri Kesihatan republik itu Gan Kim Yong. Gan berkata syarat-syarat pengasingan dan ujian akan diteruskan bagi melindungi republik itu daripada kes import baharu yang membawa kepada penyebaran dalam komuniti. Beliau berkata demikian dalam Kenyataan Kementerian di Parlimen mengenai kemas kini kedua respons kerajaan secara keseluruhan kepada COVID-19 di sini hari ini. Gan berkata pelbagai faktor atau indikator akan diteliti dalam mempertimbang pembukaan sempadan yang merupakan sebahagian langkah pemutus rantaian COVID-19 lebih ketat. “Kami perlu membuat penilaian situasi secara global dan bagi setiap negara, untuk memaklumkan sejauh mana dan pendekatan dalam pembuka
Kesihatan, Semasa

Pemakaian Penutup Hidung Dan Mulut Amat Digalakkan Di Kawasan Awam Dan Sesak – KKM

Pemakaian penutup hidung dan mulut sangat digalakkan dalam kalangan rakyat terutama bagi mereka yang berada di kawasan awam dan sesak bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. “Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan mereka memakai penutup hidung dan mulut tetapi sekarang ini bukan satu kewajipan,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini hari ini. Selain itu, Dr Noor Hisham juga mengingatkan syarat lain juga perlu dipatuhi iaitu jarakan sosial yang selamat sekurang-kurangnya satu meter serta amalan kebersihan diri yang tinggi dengan kerap mencuci tangan.“Kalau boleh amalkan jarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter jadi kita boleh elakkan penularan COVID-19. KKM harap semua rakyat Malaysia ak
Kesihatan, Pilihan, Semasa

(Video) Foto Orang Ramai Berbaris Di Kedai Pajak Gadai Undang Sebak Ramai

Selepas kerajaan melonggarkan perintah kawalan pergerakan (PKP) setelah 46 hari melaksanakan langkah pencegahan tersebut untuk membendung wabak pandemik Covid-19, orang ramai mula dilihat keluar dari rumah untuk menjalankan urusan harian mereka. Namun begitu, terdapat beberapa foto yang berlegar di media sosial yang memaparkan orang ramai berbaris di hadapan kedai pajak gadai. Perkara tersebut telah menimbulkan beberapa pandangan orang ramai mengenai nasib mereka yang berbaris itu. Apa tidaknya, ada yang berpendapat bahawa berkemungkinan mereka itu memerlukan wang untuk menyara kehidupan. Menjengah ke laman Twitter, terdapat beberapa warganet yang berkongsikan suasana di pelbagai tempat yang menunjukkan orang ramai berbaris di hadapan kedai pajak gadai. Perkongsian warganet kebanyakannya t...
Kesihatan, Semasa, Utama

Covid-19: Hanya Empat Negeri Catat Kes Baharu Hari Ini

Menerusi pemakluman daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, terdapat sebanyak 55 kes baharu Covid-19 dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 6,353 kes. Daripada jumlah itu, terdapat empat negeri sahaja yang mencatatkan kes baharu pada hari ini. Menerusi kiriman di twitter KKMPutrajaya, terdapat sebanyak 21 kes di Selangor, 25 kes di WP Kuala Lumpur, 6 kes di Negeri Sembilan dan 3 kes di Melaka.Statistik ke baharu positif #COVIDー19 di Malaysia sehingga jam 12pm, 4 Mei. Sebanyak 55 kes baharu termasuk 7 kes import. Hanya Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan WP Kuala Lumpur merekodkan kes baharu. #PKP berkuatkuasa sehingga 12 Mei. #StayAtHome pic.twitter.com/XvxJXrX2KR — KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 4, 2020Selain itu, KKM juga memaklumkan daripada 55 kes baharu Covi
Gaya Hidup, Kesihatan, Pilihan, Semasa

Beri Kesan Kepada Pernafasan, Doktor Ini Gesa Ibu Bapa Henti Pakaikan Bedak Talkum Pada Bayi

Sudah menjadi satu norma dalam kebanyakan ibu bapa berkenaan mengenakan bedak talkum ke atas muka bayi selepas sahaja selesai memandikan mereka. Namun begitu, tahukah anda bahawa sebenarnya tindakan itu boleh menjejaskan kesihatan bayi tersebut. Menerusi perkongsian yang dibuat doktor Ahmad Luqman Bukhari melalui akaun Facebooknya, pemakaian bedak talkum kepada bayi mampu menyebabkan jangkitan paru-paru yang serius. Dia turut menasihatkan kepada ibu bapa agar menghentikan perbuatan itu serta-merta. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut: Kalau korang jenis yang suka sapukan bedak talkum kat muka anak lepas mandi, tolong hentikan terus tabiat tu lepas baca apa yang saya tulis ni. Dulu saya pun ada jugak perangai sama macam tu. Cuma bila terbaca amaran dar...
Kesihatan, Luar Negara, Semasa

Angka Korban Covid-19 Di Indonesia Meningkat Kepada 864 Kes

JAKARTA, 4 Mei (Bernama) — Indonesia mencatatkan 19 kematian akibat virus COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 864 kes dengan separuh daripadanya berlaku di Jakarta. Menurut jurucakap kerajaan Indonesia mengenai COVID-19, Achmad Yurianto, dalam tempoh tersebut jumlah kes baharu positif COVID-19 adalah 349 kes, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 11,587 kes manakala 24,020 orang disenaraikan sebagai pesakit dalam pengawasan. Provinsi Jakarta mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu 408 kes, diikuti Jawa Timur (117), Jawa Tengah (86) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. — BERNAMA
Kesihatan, Semasa, Utama

Bilangan Kes Baharu Covid-19 Jadi Dua Angka, Warganet Banjiri ‘Live’ KKM Dengan Ucapan Penghargaan

Bilangan kes baharu Covid-19 hari ini menunjukkan penurunan iaitu hanya dengan 55 kes berbanding semalam dengan 122 kes. Keadaan ini memperlihatkan usaha yang dilakukan oleh petugas barisan hadapan dalam menangani jangkitan Covid-19 sedikit sebanyak membuahkan hasil. Seperti kebiasaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham akan memaklumkan maklumat terkini situasi Covid-19 di Malaysia. Gambar: KKM Disebabkan itu, ramai netizen yang membanjiri komen di ‘live’ Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan ucapan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan.Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi nasihat yang telah diberikan oleh KKM agar Covid-19 ini segera hilang. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Kesihatan, Luar Negara, Semasa

Perdana Menteri Jepun Lanjutkan Tempoh Darurat Sehingga 31 Mei 2020

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah melanjutkan tempoh darurat sehingga 31 Mei 2020 pada hari ini bagi membendung penularan wabak COVID-19 yang semakin menular. Tempoh lanjutan tersebut dikatakan berlaku kerana sistem perubatan yang semakin lemah akibat peningkatan kes COVID-19 dan aktiviti ekonomi yang semakin tertekan disebabkan oleh pengisytiharan darurat. Panel pakar perubatan kerajaan Jepun pada hari Jumaat lepas telah mengesyorkan agar langkah-langkah kecemasan tetap dilakukan untuk sementara waktu bagi mencegah lonjakan kes baru COVID-19 yang boleh memberikan tekanan kepada hospital. Sebelum ini, Shinzo Abe telah mengisytiharkan keadaan darurat selama sebulan pada 7 April untuk tujuh wilayah yang meliputi kawasan bandar termasuk Tokyo, Osaka dan Fukuoka. Beliau kemudian memperlu...
Gaya Hidup, Kesihatan, Semasa

Hasrat Dua Beradik Nikah Serentak Tertunai Selepas Sebulan Tertangguh

ALOR SETAR, 4 Mei  — Hasrat dua beradik untuk bernikah dengan pasangan masing-masing dalam majlis yang sama akhirnya menjadi kenyataan hari ini selepas sebulan tertangguh ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Nurul Allia Ezzati Md Lutfi, 26, dengan pasangan Mohd Azran Elyas, 28, dan adiknya Nurul Ainna Md Lutfi, 23, dengan pasangannya Fairuzfaiz Faiq Fairuzi, 23, dinikahkan oleh Pegawai Agama Daerah Kota Setar Syeikh Ahmad Faisol Omar bersama tujuh lagi pasangan lain di Pejabat Agama Daerah Kota Setar, di sini. Nurul Allia Ezzati yang ditemui pemberita selepas majlis itu berkata majlis akad nikahnya dan Nurul Ainna sepatutnya dilangsungkan serentak pada 3 April lepas.“Bila tidak dibenarkan untuk langsungkan akad nikah, kami ambil keputusan untuk tangguhk