Sunday, May 31

Kesihatan

Kesihatan, Luar Negara, Semasa

Setiausahan Neagara Amerika Dakwa Koronavirus Bermula Dari Makmal Di China

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo mendakwa terdapat bukti kukuh penularan koronavirus bermula dari sebuah makmal di China. Walaubagaimanapun, beliau tidak mengemukakan bukti yang didakwanya, lapor The Guardian. Dalam temu bual bersama sebuah stesen TV global, Pompeo berkata, Amerika Syarikat telah meneliti sebarang kemungkinan virus itu datang dari sebuah makmal di Wuhan, China. “Ada bukti kukuh bahawa di situlah ia bermula,” katanya pada Ahad lalu. Tambah Mike, “Saya boleh beritahu anda, bahawa ada jumlah bukti yang signifikan menyatakan ia datang dari makmal di Wuhan.” “Lihat, pakar-pakar terbaik setakat ini berfikir bahawa ia adalah ciptaan manusia. Saya tidak ada sebab untuk tidak percaya,” katanya. Namun, dakwaannya bercanggah apabila bersetuju dengan kenyataan badan per
Kesihatan, Luar Negara, Semasa

COVID-19 : Singapura Catatkan 573 Kes Baharu, Jumlah Keseluruhan 18,778 Kes

Singapura hari ini mengesahkan 573 lagi kes positif COVID-19, dengan lima daripadanya merupakan rakyat atau pemastautin tetap republik itu. Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan berkata majoriti kes adalah pekerja asing yang tinggal di asrama.  Dengan kes baharu ini, jumlah mereka yang dijangkiti virus itu mencecah 18,778. MOH masih meneliti perincian kes-kes dan akan mengemas kini maklumat berkenaan kemudian. Dalam data terperinci dikeluarkan lewat Ahad, kementerian itu berkata tiada lagi kes berkaitan stesen MRT Maxwell, di Jalan Neil untuk dua tempoh inkubasi lepas, dan sekarang kluster itu telah ditutup. Republik itu juga telah mengenal pasti enam kluster baharu semalam, dengan kluster terbesar S11 Dormitory @ Punggol yang setakat ini mencecah 2,505 kes disahkan. Pada A...
Jenayah, Kesihatan, Semasa

Ingkar PKP: Enam Rakan Berbuka Puasa Di Bilik Hotel Didenda RM1,000

Akibat berkumpul beramai-ramai dengan alasan ingin berbuka puasa di sebuah bilik hotel, enam rakan termasuk tiga wanita masing-masing didenda RM1,000 atau penjara empat minggu oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Majistret Nurfarahain Roslan menjatuhkan hukuman itu selepas semua tertuduh yang berusia lingkungan 30 hingga 36 tahun mengaku bersalah. Mereka didakwa mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharaan Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di sebuah hotel di Dang Wangi pada 9.45 malam 29 April lepas. Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran agar kesemua tertuduh tidak mengulangi kesalahan sama manakal...
Kesihatan, Semasa

(Video) TERKINI: KKM Sahkan Satu Kluster Baru COVID-19 Dikesan Di Kuching

Putrajaya, 4 Mei -Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat pertambahan satu kluster baru COVID-19 hari ini di Kuching, Sarawak. Kluster itu melibatkan kes indeks himpunan di Sri Petaling, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini. “Kluster baru telah dikenalpasti di Kuching iaitu kluster Taman BDC melibatkan sejumlah 37 kes. Dan ini juga melibatkan perhimpunan tabligh iaitu kes indeks yang telah menjangkiti keluarga, ahli masjid dan juga rakan sekerja, melibatkan tiga generasi. Dalam perkembangan lain, beliau mengesahkan kemaskini terbaru bagi kluster-kluster yang masih aktif di Malaysia. Kluster tersebut adalah;Pasar Chow Kit, tambah 16 kes, keseluruhan 44 Sendayan, tambah 5 kes, keseluruhan 109 Pesantren, tambah 3 kes, keseluruhan 222 Kg
Kesihatan, Luar Negara, Semasa, Utama

Singapura Benarkan Pemakaian Pelindung Muka Jika Keluar Rumah

Kementerian Kesihatan di Singapura mengumumkan bahawa rakyatnya yang keluar dari rumah dalam tempoh ‘lockdown’ ini boleh memakai salah satu daripada jenis topeng muka berikut yang menawarkan perlindungan asas yang mencukupi.Topeng yang boleh digunakan semula Topeng DIY Pelindung muka plastikWalau bagaimanapun, mereka harus memakain pelindung plastik dengan penutup mulut. Kementerian negara itu juga menyatakan bahawa ‘surgical mask’ harus digunakan sebaiknya khusus buat mereka yang sangat memerlukannya, seperti pekerja kesihatan, memandangkan Singapura kekurangan topeng jenis itu. Pada awal April, jurutera dari Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA) telah tampil dengan rekaan pelindung muka untuk digunakan oleh pekerja barisan hadapan ketika mereka bertugas. Sumber: Mothership.SG
Kesihatan, Semasa

(Video) TERKINI: 55 Kes Baharu Termasuk 7 Kes Import Dilaporkan, Tiada Kematian – KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat 55 kes baharu jangkitan COVID-19 yang direkodkan setakat hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah tersebut menjadikan jumlah kumulatif jangkitan keseluruhan adalah sebanyak 6,353 kes. “Ia menjadikan jumlah kes aktif adalah sebanyak 1,764 kes. “Daripada 55 kes baharu tersebut, tujuh (7) daripadanya adalah kes import dan 48 kes lagi adalah tempatan dengan 24 kes daripadanya adalah dikesan daripada kluster Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” jelasnya dalam sidang media harian, di sini hari ini. Dalam pada itu, tiada kematian terbaharu direkodkan dan keseluruhan kes kematian kekal 105 kes bersamaan 1.65 peratus.Sumber: KKM
Kesihatan, Semasa

(Video) TERKINI: 71 Kes Sembuh Dan Discaj Hari Ini, Lebih Tinggi Dari Kes Baru

Putrajaya, 4 Mei- Sebanyak 71 kes sembuh COVID-19 telah direkodkan hari ini, lapor Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media sebentar tadi. “Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan terdapat 71 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini,” katanya. Tambah beliau, angka itu menjadikan kes pulih sepenuhnya 4,484 kes dari 6,353  kes di Malaysia. Angka itu bersamaan 70.6 peratus kes sembuh direkodkan dari jumlah keseluruhan kes.Sumber: KKM
Kesihatan, Semasa

Petaling Kembali Jadi Zon Kuning COVID-19, Zon Merah Berkurang Kepada 9

Putrajaya, 5 April – Daerah Petaling kembali menjadi zon kuning COVID-19 dengan penurunan kepada 39 kes aktif daripada 43 kes semalam. Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), penurunan itu sekaligus menyebabkan zon merah berkurang menjadi 9 zon. “Petaling kembali menjadi zon kuning sekaligus menjadikan zon merah berkurang daripada 10 kepada 9. “Pulau Pinang hanya tinggal satu kes aktif. “Bagi anda yang tidak terlibat dalam sektor yang mula beroperasi hari ini, terus duduk di rumah kerana ia tempat paling selamat,” tulis KKM. Setakat ini, sebanyak 9 zon merah, 62 zon kuning dan 82 zon hijau direkodkan di seluruh negara. Sebanyak 6,298 kes dicatatkan di Malaysia dengan 1,780 daripadanya adalah kes aktif dengan kebolehjangkitan menyebarkan virus tersebut.Petaling kembali menjadi zon kuning sek
Kesihatan, Semasa

TERKINI: Semua Pekerja Asing Di Semua Sektor Wajib Jalani Saringan COVID-19, Kos Perlu Ditanggung Majikan

Semua pekerja warga asing wajib jalani saringan COVID-19, lapor Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Mesyuarat memutuskan untuk mewajibkan semua pekerja warga asing daripada semua sektor seperti pembinaan, perkilangan, komersial, kedai makan dan sebagainya membuat saringan kesihatan (swab test). “Kos saringan tersebut perlu ditanggung oleh majikan mereka,” katanya dalam Sidang Media Harian PKP hari ini. Tambah Ismail, Kementerian Kesihatan (KKM) bercadang akan mulakan saringan swab test tersebut di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Kenyataan berkenaan boleh dirujuk pada minit ke 12.Sumber: RTM
Bisnes, Kesihatan, Semasa

Jika Sektor Ekonomi & Pekerja Gagal Patuh SOP, Mereka Akan Kembali Kepada PKP Iaitu Duduk Rumah- KP Kesihatan

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin akan kembali dijalankan jika terdapat sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi semula mulai hari ini tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menegaskan kenyataan demikian berikutan beberapa sektor ekonomi dibuka semula serta kelonggaran kawalan dalam PKP Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini. “Kerajaan belum tamatkan PKP (Fasa 4 sehingga 12 Mei). “Kerajaan cuma bagi sedikit kelonggaran untuk sektor ekonomi tertentu beroperasi semula tetapi secara berhati-hati dan terkawal mengikut SOP ketat Kementerian Kesihatan (KKM). “Jika mereka ini (sektor ekonomi dan pekerja) gagal patuhi SOP atau tidak yakin boleh patuhi SOP sepenuhnya, mereka akan kembali kepada PKP iaitu duduk di rumah,” kat