Kajian Dedahkan Udara Di Dalam Rumah Lebih Kotor Dari Udara Di Luar, Ini Sebabnya
Kesihatan merupakan elemen penting yang perlu dititkberatkan oleh semua orang. Disebabkan dunia pada hari ini terlalu terdedah dengan pelbagai bentuk pencemaran, kesihatan manusia semakin hari semakin terancam disebabkan udara yang disedut ke dalam badan merupakan udara yang tidak bersih. Oleh itu, kualiti udara di persekitaran kita sangatlah penting untuk diambil peduli supaya dapat mencegah masalah ini daripada terus berlarutan.
Kita juga perlu sentiasa menjaga kesihatan badan pada setiap masa sama ada semasa menguruskan hal-hal harian dan juga sewaktu kita tidur. Apa yang pasti, kita tidak tahu apa yang berlaku disekeliling kita sewaktu kita tidur. Oleh itu, kita terlebih dahulu perlu memastikan kualiti udara yang berada disekeliling kita bersih dan nyaman sebelum melelapkan mata.
Ramai...