Saturday, August 15

Luar Negara

Gaya Hidup, Luar Negara, Semasa

Anak Tunggu Makanan, Wanita Di Kenya Terpaksa Pura-Pura Masak Batu Hingga Anaknya Tertidur

Ibu daripada 8 orang anak memasak batu kononnya menggantikan makanan dengan harapan mereka akan tertidur kerana penat menunggu. Seorang wanita yang berkerja sebagai tukang cuci bagi mencari nafkah terpaksa berpura-pura memasak makanan untuk dijadikan makan malam. Namun begitu, bukanlah makanan yang dimasak, namun hanyalah beberapa ketulan batu. Perkara tersebut dilakukan adalah kerana dia sudah tidak mempunyai apa-apa barangan memasak dan terpaksa berpura-pura sebegitu supaya anaknya tertidur semasa menunggu makanan disiapkan. Walau bagaimanapun, anaknya dikatakan mula sedar bahawa dirinya sememangnya tidak memasak makanan. Dia menyatakan kepada NTV Kenya bahawa “mereka memberitahu saya bahawa mereka sebenarnya tahu yang saya sedang berbohong kepada mereka. Tetapi saya tidak dapat berbuat
Kesihatan, Luar Negara, Semasa, Travel

Pembukaan Semula Sempadan: Singapura Mungkin Bermula Secara Kecil Dan Selektif

Bagi pembukaan semula mana-mana sempadannya, Singapura mungkin akan bermula secara kecil dan selektif, demikian menurut Menteri Kesihatan republik itu Gan Kim Yong. Gan berkata syarat-syarat pengasingan dan ujian akan diteruskan bagi melindungi republik itu daripada kes import baharu yang membawa kepada penyebaran dalam komuniti. Beliau berkata demikian dalam Kenyataan Kementerian di Parlimen mengenai kemas kini kedua respons kerajaan secara keseluruhan kepada COVID-19 di sini hari ini. Gan berkata pelbagai faktor atau indikator akan diteliti dalam mempertimbang pembukaan sempadan yang merupakan sebahagian langkah pemutus rantaian COVID-19 lebih ketat. “Kami perlu membuat penilaian situasi secara global dan bagi setiap negara, untuk memaklumkan sejauh mana dan pendekatan dalam pembuka
Kesihatan, Luar Negara, Semasa

Angka Korban Covid-19 Di Indonesia Meningkat Kepada 864 Kes

JAKARTA, 4 Mei (Bernama) — Indonesia mencatatkan 19 kematian akibat virus COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 864 kes dengan separuh daripadanya berlaku di Jakarta. Menurut jurucakap kerajaan Indonesia mengenai COVID-19, Achmad Yurianto, dalam tempoh tersebut jumlah kes baharu positif COVID-19 adalah 349 kes, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 11,587 kes manakala 24,020 orang disenaraikan sebagai pesakit dalam pengawasan. Provinsi Jakarta mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu 408 kes, diikuti Jawa Timur (117), Jawa Tengah (86) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. — BERNAMA
Kesihatan, Luar Negara, Semasa

Perdana Menteri Jepun Lanjutkan Tempoh Darurat Sehingga 31 Mei 2020

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah melanjutkan tempoh darurat sehingga 31 Mei 2020 pada hari ini bagi membendung penularan wabak COVID-19 yang semakin menular. Tempoh lanjutan tersebut dikatakan berlaku kerana sistem perubatan yang semakin lemah akibat peningkatan kes COVID-19 dan aktiviti ekonomi yang semakin tertekan disebabkan oleh pengisytiharan darurat. Panel pakar perubatan kerajaan Jepun pada hari Jumaat lepas telah mengesyorkan agar langkah-langkah kecemasan tetap dilakukan untuk sementara waktu bagi mencegah lonjakan kes baru COVID-19 yang boleh memberikan tekanan kepada hospital. Sebelum ini, Shinzo Abe telah mengisytiharkan keadaan darurat selama sebulan pada 7 April untuk tujuh wilayah yang meliputi kawasan bandar termasuk Tokyo, Osaka dan Fukuoka. Beliau kemudian memperlu...
Kesihatan, Luar Negara, Semasa

Setiausahan Neagara Amerika Dakwa Koronavirus Bermula Dari Makmal Di China

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo mendakwa terdapat bukti kukuh penularan koronavirus bermula dari sebuah makmal di China. Walaubagaimanapun, beliau tidak mengemukakan bukti yang didakwanya, lapor The Guardian. Dalam temu bual bersama sebuah stesen TV global, Pompeo berkata, Amerika Syarikat telah meneliti sebarang kemungkinan virus itu datang dari sebuah makmal di Wuhan, China. “Ada bukti kukuh bahawa di situlah ia bermula,” katanya pada Ahad lalu. Tambah Mike, “Saya boleh beritahu anda, bahawa ada jumlah bukti yang signifikan menyatakan ia datang dari makmal di Wuhan.” “Lihat, pakar-pakar terbaik setakat ini berfikir bahawa ia adalah ciptaan manusia. Saya tidak ada sebab untuk tidak percaya,” katanya. Namun, dakwaannya bercanggah apabila bersetuju dengan kenyataan badan per
Kesihatan, Luar Negara, Semasa

COVID-19 : Singapura Catatkan 573 Kes Baharu, Jumlah Keseluruhan 18,778 Kes

Singapura hari ini mengesahkan 573 lagi kes positif COVID-19, dengan lima daripadanya merupakan rakyat atau pemastautin tetap republik itu. Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan berkata majoriti kes adalah pekerja asing yang tinggal di asrama.  Dengan kes baharu ini, jumlah mereka yang dijangkiti virus itu mencecah 18,778. MOH masih meneliti perincian kes-kes dan akan mengemas kini maklumat berkenaan kemudian. Dalam data terperinci dikeluarkan lewat Ahad, kementerian itu berkata tiada lagi kes berkaitan stesen MRT Maxwell, di Jalan Neil untuk dua tempoh inkubasi lepas, dan sekarang kluster itu telah ditutup. Republik itu juga telah mengenal pasti enam kluster baharu semalam, dengan kluster terbesar S11 Dormitory @ Punggol yang setakat ini mencecah 2,505 kes disahkan. Pada A...
Kesihatan, Luar Negara, Semasa, Utama

Singapura Benarkan Pemakaian Pelindung Muka Jika Keluar Rumah

Kementerian Kesihatan di Singapura mengumumkan bahawa rakyatnya yang keluar dari rumah dalam tempoh ‘lockdown’ ini boleh memakai salah satu daripada jenis topeng muka berikut yang menawarkan perlindungan asas yang mencukupi.Topeng yang boleh digunakan semula Topeng DIY Pelindung muka plastikWalau bagaimanapun, mereka harus memakain pelindung plastik dengan penutup mulut. Kementerian negara itu juga menyatakan bahawa ‘surgical mask’ harus digunakan sebaiknya khusus buat mereka yang sangat memerlukannya, seperti pekerja kesihatan, memandangkan Singapura kekurangan topeng jenis itu. Pada awal April, jurutera dari Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA) telah tampil dengan rekaan pelindung muka untuk digunakan oleh pekerja barisan hadapan ketika mereka bertugas. Sumber: Mothership.SG
(Video) Pekan Sunyi Sepi Kerana “Lockdown”, Biri-Biri Dilapor ‘Berkonvoi’ Di Jalan Raya Di Turki
Luar Negara, Semasa

(Video) Pekan Sunyi Sepi Kerana “Lockdown”, Biri-Biri Dilapor ‘Berkonvoi’ Di Jalan Raya Di Turki

Segerombolan besar biri-biri memenuhi jalanan di sebuah bandar di Turki. Video detik ‘penjajahan’ tersebut telah dimuatnaik seorang wartawan Turki, Ragip Soylu di laman sosial miliknya. Menurut Ragip, gerombolan itu telah memasuki bandar Samsun, bandar yang terletak di semenanjung utara negara terbabit dengan populasi 1.4 juta penduduk. “Segerombolan biri-biri ‘menjajah’ bandar Samsun, Turki malam tadi ketika perintah berkurung,” tulisnya.Flock of sheep invades Turkey’s city of Samsun last night during the coronavirus lockdown 🐑 pic.twitter.com/Wmf4pKEGPM — Ragıp Soylu (@ragipsoylu) May 3, 2020Video tersebut telah mendapat lebih 17.8 ribu tanda suka serta lebih 5.9 ribu ulang kicau. Rata-rata netizen turut terhibur melihat peristiwa tersebut. Tengok biri-biri tu, seekor pun tak pakai t
Luar Negara, Semasa

Tular Foto Ayah Ada 4 Anak Kecil Mahu Jual Buah Pinggang Kerana Kesempitan Hidup

Menjual buah pinggang demi kelangsungan hidup ketika pandemik COVID-19 adalah keputusan tragis yang dibuat oleh seorang lelaki dari Klaten, Jawa, Indonesia. Lelaki berkenaan, Frans Larry Oktavianus tekad mahu berbuat demikian kerana atas desakan hidup setelah diberhentikan kerja, lapor portal Detik. Tindakan luar jangkaan itu bukan sahaja menggemparkan seluruh penduduk kampung Dusun Karangsem, Ngering Jogonalan, malah ahli keluarganya cuma diberitahu bahawa dia hanya mahu ke Semarang. “Kelmarin pagi, dia bersama isteri pergi ke Semarang, tapi cuma mahu ke sana sahajalah,” kata ketua penduduk, Heru Utomo kepada pemberita Detik di balai kampung pada Ahad. Difahamkan, Larry berjalan kaki dari rumah ke rumah sehingga ke Semarang untuk menjual buah pinggangnya kerana mahu menanggung kos keperlu
Luar Negara, Semasa, Tragedi, Utama

(Video) Bayi Trauma Ditarik, Diseret ‘Topeng Monyet’

Topeng monyet adalah kesenian tradisional yang dikenal di pelbagai daerah di Indonesia. Pertunjukan topeng monyet juga dapat dijumpai di India, Pakistan, Thailand, Vietnam, Tiongkok, Kamboja, Jepang, dan Korea. Jenis kesenian ini melibatkan seorang pawang yang melatih monyetnya untuk melakukan berbagai aktiviti yang meniru tingkah laku manusia, misalnya mengenakan pakaian, berdandan dan berbelanja. Tular satu video di media sosial menunjukkan seorang kanak-kanak telah ditarik dan diseret oleh seekor topeng monyet. Pun begitu, monyet yang menyerang kanak-kanak tersebut dikatakan bukan monyet yang liar tetapi monyet yang telah dilatih dan digunakan sebagai pertunjukan jalanan. Menurut Sahabatsurga, video tersebut dirakam oleh salah seorang penduduk kampung di Tanjung Sari, Sukomanunggal, Sur...