Sunday, May 31

Luar Negara

Gaya Hidup, Luar Negara

“Rossi Pun Kalah”, Main ‘Cilok’ Atas ‘Highway’, Video Pecut ‘Akak Rider’ Ni Jadi Perhatian

Menunggang motosikal di atas lebuh raya sememangnya terdedah kepada pelbagai bahaya. Apa tidaknya, kenderaan lain seperti kereta, van, lori dan bas turut menggunakan lebuhraya yang sama dengan kadar kelajuan yang tinggi. Di Indonesia, motosikal dilarang untuk memasuki lebuhraya kerana dikhuatiri terdedah terhadap bahaya tersebut. Namun, menerusi satu rakaman, memaparkan sebuah motosikal yang dipercayai ditunggang oleh seorang wanita telah menarik perhatian rata-rata warganet. Menurut laporan daripada media tempatan, motosikal itu sebenarnya secara tidak sengaja memasuki lebuhraya kerana mengikut arah yang diarah menerusi Google Maps. Apa yang menarik perhatian, adalah cara tunggangan wanita berkenaan yang bertindak memecut memotong kenderaan-kenderaan lain. Malah, dia juga turut ‘mencilok’
Jenayah, Luar Negara, Semasa

Lelaki Kejam Cukur Kepala Isteri Gara-Gara Jumpa Rambut Dalam Makanan

Seorang lelaki berusia 35 tahun ditahan oleh pihak polis setelah didakwa mencukur kepala isterinya dengan alasan yang tidak munasabah. Perbuatan itu dilakukan adalah kerana dia menjumpai rambut di dalam sarapan yang disediakan oleh isterinya. Pihak polis telah menyerbu rumahnya di kampung di rantau Joypurhat di Bangladesh dan menahan lelaki berkenaan selepas penduduk tempatan memaklumkan mengenai kejadian itu. Menurut Ketua Polis Daerah, Shahriar Khan, lelaki berkenaan telah menjumpai rambut manusia di atas nasi dan susu sarapan isterinya yang disediakan untuknya. Dia menjadi marah apabila melihat rambut tersebut dan menyalahkan isterinya. Dia kemudiannya mengambil bilah dan mencukur kepala isterinya secara paksa. Berikutan tindakan itu, lelaki berkenaan didakwa dengan sengaja menyebabkan ...
Luar Negara, Tragedi

(Video)Tragedi Feri Karam Korea Macam Kapal Titanic, Ada Mangsa Maut Tersenyum, Sempat Buat Video Yakin Diselamatkan

Kita sering diingatkan untuk mematuhi arahan apabila berlaku kecemasan demi menyelamatkan nyawa. Namun bagaimana pula jika sebaliknya yang berlaku? Anda berada di dalam feri yang semakin tenggelam. Dengan bunyi helikopter, bot-bot ke sana ke mari di luar kapal, serta arahan kru kapal yang meminta anda untuk kekal bertenang di dalam dek, anda mungkin yakin akan terselamat. Inilah yang dipercayai oleh kebanyakan penumpang feri Sewol yang terkorban dalam tragedi kapal karam yang membunuh 304 mangsa dari keseluruhan 476 penumpang, dalam kejadian yang berlaku April 2014. “Helikopter datang!” kata seorang pelajar perempuan sambil melambai dan tersenyum riang ke arah kamera rakannya. Dalam rakaman telefon pintar para pelajar terlibat, kebanyakan mereka masih kelihatan tenang, relaks bahkan ceria
Jenayah, Luar Negara, Semasa

Alasan Konon ‘Tak Mampu Beli Hadiah’, Bapa Rogol Anak 13 Tahun Sebagai ‘Hadiah’ Hari Lahir

“Saya tak mampu beri dia hadiah”. Ini alasan seorang bapa durjana setelah disoal polis atas tindakannya bertindak memperkosa anak perempuan berusia 13 tahun ketika hari lahir mangsa. Perbuatan suspek berusia 32 tahun itu dibongkarkan oleh isterinya di rumah mereka di Chipaya, Bolivia. Menurut The Sun, suspek menunggu isterinya keluar dari rumah sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu setelah memberitahu isterinya dia ingin menghabiskan masa menyambut hari lahir si anak di rumah mereka. Lelaki tersebut telah mengugut isterinya, namun wanita berkenaan melaporkan kepada polis yang seterusnya menangkap suspek berkenaan. Berikutan itu, mangsa kini sedang menjalani sesi kaunseling sementara siasatan masih berjalan. “Satu serangan seksual ke atas remaja perempuan berusia 13 tahun dan yang s