Orang Ramai Dituntut Terus Patuh PKP Meskipun Fasa Seterusnya Dijangka Ada Kelonggaran
Walaupun kerajaan dijangka memberi sedikit kelonggaran dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat nanti, rakyat masih dituntut untuk mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan agar matlamat memutuskan rantaian COVID-19 tercapai.
Tindakan kerajaan mewujudkan PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ternyata memberi impak positif bagi mengekang penularan pandemik maut itu di negara ini terutamanya dalam fasa ketiga ini.
Ia susulan penurunan ketara kes positif COVID-19 di negara ini sekali gus memberi keyakinan kepada rakyat bahawa pemulihan wabak itu semakin memberangsangkan sejak PKP fasa pertama dilaksanakan pada 18 Mac lepas.
Meskipun ramai yang mahu PKP ditamatkan segera namun keputusan kerajaan melanjutkan PKP ke fasa keempat bermula 29 Ap...