(Video) Detik-Detik Cemas Bayi Terlepas Dari Pelukan Ibu Selepas Dirempuh Kerbau Dalam Ketakutan
Seekor kerbau dilaporkan telah ditembak mati oleh pegawai polis China selepas berjaya meloloskan diri ketika dalam perjalanan untuk dibawa ke pusat penyembelihan.
Rakaman yang mendebarkan itu memaparkan seekor kerbau yang kelihatan sedang ketakutan, telah menyondol seorang ibu dan bayinya kerana terdesak untuk mencari jalan keluar.
Wanita bersama bayinya itu telah diselamatkan oleh dua orang anggota keluarganya yang bergegas ke luar selepas menyedari situasi cemas itu untuk menghalau kerbau berkenaan.Wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an itu walau bagaimanapun dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan manakala anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan, lapor polis tempatan.
Kejadian tersebut berjaya dirakamkan oleh sebuah kamera litar tertutup yang terletak di kawasan luar ruma...