Tuesday, August 11

Perniagaan

Kerja, Melancong, Nampaknya, Perniagaan, Semasa

PKP: Sektor Pelancongan Langkawi Terjejas, Pantai Chenang Sepi

LANGKAWI, 21 April  — Tidak terjangkau oleh akal, Pantai Chenang yang menjadi lokasi tumpuan pelbagai kegiatan sukan air, bersantai, serta merakam gambar kenangan di sini boleh ‘terkubur’ begitu sahaja, apabila suasana menjadi lengang tiba-tiba, tanpa kehadiran pelancong atau sebarang aktiviti. Lokasi yang sentiasa meriah dengan hiruk-pikuk pelancong kini kelihatan ‘kosong’ berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik COVID-19, sejak 18 Mac lepas. Pantai Chenang boleh dijadikan gambaran terbaik kepada situasi dihadapi industri pelancongan Langkawi yang begitu terkesan susulan penularan wabak itu.Bercakap kepada Bernama, Presiden Persatuan Pemandu Pelancong Langkawi (LTGA) Ardi Bahador berkata 220 orang ahli persatuan yang berkhidmat sebagai ‘