Tuesday, November 24

Pilihan

Gaya Hidup, Pilihan, Semasa

“Saya Takkan Main Telefon Semasa Cas Lagi,” Gadis Gemas ‘Handphone’ Meletup Di Sebelahnya

Telefon bimbit sememangnya merupakan peralatan yang agak penting dalam kehidupan seharian kita. Mana tidaknya, pelbagai urusan dapat diselesaikan dengan hanya satu ‘klik’ sahaja. Malahan, ada yang menggunakan telefon bimbit khususnya telefon pintar sebagai alat untuk menjana pendapatan mereka. Disebabkan itu, penggunaannya dalam sehari pastinya akan menyebabkan bateri telefon itu sering kehabisan. Justeru daripada itu, ramai di antara kita yang sering mengecas sambil menggunakannya dalam masa yang sama. Walaupun kadang-kadang mungkin kita terpaksa mengecas sambil menggunakannya, namun perkara tersebut jikalau boleh perlulah dijauhkan. Dalam satu perkongsian seorang warganet bernama @farishafadzleen di Twitter, dia mendakwa bahawa telefon bimbit milik datuknya telah meletup semasa sedang di
Gaya Hidup, Pilihan

Lahir Dalam Keluarga Penuh Seni, Gadis Ambil Masa 9 Tahun Dalami Ilmu Lukisan

Bukan mudah untuk mengetahui minat sebenar dalam diri masing-masing. Setiap orang mempunyai pelbagai potensi yang mungkin belum pernah ‘diterokai’ lagi. Dalam meniti proses tersebut, semangat dan konsistensi adalah sangat penting. Menerusi kiriman Alwani Ismail di laman Twitter, dia berkongsi mengenai kisah perjalanannya dalam memupuk minat kepada dunia lukisan. Menurutnya, dia sememangnya dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai latar belakang seni lukisan namun hanya dia seorang sahaja yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut. Ikuti perjalanannya sehingga lukisannya kini sangat cantik dan terperinci.AKU BUKAN SEORANG PANDAI MELUKIS . Aku nak share kisah perjalanan aku dalam dunia melukis ini. Dan aku amik masa 9 tahun dan sampai sekarang untuk aku belajar melukis dan detail
Kesihatan, Pilihan, Semasa

(Video) Foto Orang Ramai Berbaris Di Kedai Pajak Gadai Undang Sebak Ramai

Selepas kerajaan melonggarkan perintah kawalan pergerakan (PKP) setelah 46 hari melaksanakan langkah pencegahan tersebut untuk membendung wabak pandemik Covid-19, orang ramai mula dilihat keluar dari rumah untuk menjalankan urusan harian mereka. Namun begitu, terdapat beberapa foto yang berlegar di media sosial yang memaparkan orang ramai berbaris di hadapan kedai pajak gadai. Perkara tersebut telah menimbulkan beberapa pandangan orang ramai mengenai nasib mereka yang berbaris itu. Apa tidaknya, ada yang berpendapat bahawa berkemungkinan mereka itu memerlukan wang untuk menyara kehidupan. Menjengah ke laman Twitter, terdapat beberapa warganet yang berkongsikan suasana di pelbagai tempat yang menunjukkan orang ramai berbaris di hadapan kedai pajak gadai. Perkongsian warganet kebanyakannya t...
Gaya Hidup, Kesihatan, Pilihan, Semasa

Beri Kesan Kepada Pernafasan, Doktor Ini Gesa Ibu Bapa Henti Pakaikan Bedak Talkum Pada Bayi

Sudah menjadi satu norma dalam kebanyakan ibu bapa berkenaan mengenakan bedak talkum ke atas muka bayi selepas sahaja selesai memandikan mereka. Namun begitu, tahukah anda bahawa sebenarnya tindakan itu boleh menjejaskan kesihatan bayi tersebut. Menerusi perkongsian yang dibuat doktor Ahmad Luqman Bukhari melalui akaun Facebooknya, pemakaian bedak talkum kepada bayi mampu menyebabkan jangkitan paru-paru yang serius. Dia turut menasihatkan kepada ibu bapa agar menghentikan perbuatan itu serta-merta. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut: Kalau korang jenis yang suka sapukan bedak talkum kat muka anak lepas mandi, tolong hentikan terus tabiat tu lepas baca apa yang saya tulis ni. Dulu saya pun ada jugak perangai sama macam tu. Cuma bila terbaca amaran dar...
Pilihan, Semasa

“Balai Yang Penuh Nostalgia,” Dua Tahun Berlalu, ‘Uniform’ Arwah Adib ‘Diabadikan’ Di Sudut Memorial

Seperti yang kebanyakan orang sedia maklum, pada hari ini, 4 Mei, anggota bomba dan penyelamat menyambut Hari Bomba Sedunia. Bakti dan pengorbanan mereka dalam menyelamatkan mangsa-mangsa dan harta benda sangatlah dikenang walaupun zaman terus beredar. Pun begitu, terdapat juga beberapa anggota bomba yang terkorban semasa menjalankan tugas. Antaranya ialah anggota bomba PB Muhammad Adib bin Mohd. Kassim yang mendapat perhatian kebanyakan orang di Malaysia. Allahyarham juga telah diangkat sebagai perwira negara atas dedikasinya terhadap tugas yang telah diamanahkan. Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh seorang anggota bomba yang menggunakan nama Silatang Bugis di Facebook, balai bomba yang pernah menjadi tempat Allahyarham Muhammad Adib bertugas masih lagi menyimpan beberapa barangan mil...
Gaya Hidup, Pilihan, Selera

Ini Suami Isteri Kena Belajar, 17 Tips Memasak Yang Mungkin Korang Tak Pernah Tahu

Bagi kaum wanita semestinya selalu memasak untuk keluarga tambah-tambah lagi bila sudah berumah tangga. Pasti pelbagai tips dan petua dijadikan rujukan untuk memudahkan urusan memasak mereka. Petua dapur ini sangat penting untuk sang isteri kerana mereka kaan menyediakan masakan yang sedap-sedap belaka untuk si suami dan anak-anak. Rasanya tidak salah kalau si suami juga belajar petua dapur yang dikongsikan oleh seorang tukang masak di laman Facebooknya, Ayue Jalal tentang 17 tips di dapur yang mungkin berguna untuk korang semua. 1. Nak kupas bawang merah untuk elak pedih mata: rendam bawang dalam air garam 5-10 min lepas tu dah boleh membawang tanpa rasa sedih 2. Nak elak ikan goreng melekat kat kuali; panaskan minyak goreng 2,3 keping asam keping then baru goreng ikan like a boss tak pay...
Kesihatan, Luar Negara, Pilihan, Semasa

Ketiadaan Pengunjung Melawat, Penguin ‘Kebosanan’ Dibawa Melawat Sekitar Zoo Di Singapura

Penguin di zoo Singapura diberikan peluang memanfaatkan perintah berkurung yang berkuatkuasa di sebahagian negara Singapura dengan mengadakan jelajah di kawasan zoo yang kini lengang tanpa kelibat manusia. Dengan arahan penutupan zoo kepada umum terpaksa dikuatkuasakan kerana negara sedang berjuang memerangi wabak Covid-19 yang semakin memburuk, penguin Afrika ini kini tidak perlu risau lagi berkenaan manusia yang pastinya akan berhenti dan ingin mengambil gambar bersama mereka ketika mereka berkeliaran di dalam zoo tersebut.Oleh yang demikian, penjaga mereka mula membawa mereka keluar bersiar-siar di kawasan kompleks itu, dan mendorong mereka untuk berjalan-jalan melihat kawasan pameran sekitar dan taman permainan kanak-kanak. Penguin-penguin tersebut kelihatan langsung tidak terkesan d...
Gaya Hidup, Pilihan, Semasa

(Video) “Panjang Doanya Hancur Iblis, Jin..,” Lelaki Kongsi Detik Berbuka Puasa Bersama Nenek

Seperti yang diketahui, sambutan bulan Ramadan pada tahun ini sememangnya sangat berbeza daripada tahun sebelumnya. Pun begitu, keadaan ini sebenarnya membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada setiap orang untuk lebih mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Hargailah dan luangkanlah waktu bersama mereka secukupnya agar kita tidak akan menyesal kelak. Seorang pengguna Twitter, Mkhairulanwarr, mengambil peluang ini untuk menemani neneknya berbuka namun ada detik-detik yang mencuit hati sehingga mendapat perhatian warganet. Menerusi video yang dimuatnaik olehnya, neneknya dilihat sedang membaca doa berbuka puasa. Menariknya, doa itu sangat panjang sehingga dapat dilihat bahawa ada seorang individu yang tidak sabar untuk membuka periuk nasi.Teman nenek berbuka harini. Panjang doanyaa ...
Kesihatan, Pilihan, Semasa

Hidap Penyakit Kulit Sejak Lahir, Bapa Minta Bantuan Orang Ramai Tampung Belanja Ubat Anak

Ibu bapa sentiasa menginginkan yang terbaik untuk anak-anak dan sanggup berkorban apa sahaja. Ditambah pula jika anak-anak menghadapi sebarang kesakitan yang serius, pastinya luluh hati mereka. Keadaan ini dihadapi oleh seorang bapa, Nazreen Syah yang memohon bantuan orang ramai agar dapat menampung perubatan anak kecilnya, Aina Afieyah yang menghidap penyakit Epidermolysis bullosa. Menurut portal Mayo Clinic, Epidermolysis bullosa merupakan kumpulan penyakit yang jarang dijumpai dan menyebabkan kulit menjadi rapuh dan melepuh. Assalamualaikum..sy bapa kepada anak sy Aina afieyah bt Muhamad Nazreen Syah. Isteri sy bernama Nor shuadah bt abu bakar. Anak sy di lahirkan pada 24.1.2016. Di hospital besar ipoh, anak sy di sahkan oleh doktor menghidap (Epidermolysis bullosa, dystrophic) sejak ha...
Gaya Hidup, Pilihan

Mufti Wilayah Beri Penjelasan Hukum Makan Dakwat Sotong

Resepi sotong masak dakwat hitam bukanlah satu benda asing bagi orang Malaysia. Ada yang menjadikan masakan ini sebagai resepi masakan istimewa. Namun, pernah atau tidak terlintas di fikiran anda apakah hukum memakan masakan sotong berdakwat? Bagi menyelesaikan masalah kekeliruan itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah menjawab dan memberi penerangan yang jelas tentang masakan tersebut. Soalan: Saya berasal dari Terengganu, setelah berhijrah ke Kuala Lumpur saya dapati kelainan yang terdapat pada masakan sotong di sini apabila mereka memasaknya bersama-sama dakwat/pasi sotong tersebut. Maka apakah hukum memakan sotong bersama-sama sotong tersebut? Mohon pandangan SS. Mufti. Jawapan: Sebelum kami mengemukakan pandangan hukum bagi permasalahan tersebut, dibentangkan terlebih dahulu defi...