Tanpa Ibu Dan Ahli Keluarga Lain, Hanya Datuk Dan Imam Kampung Iringi Jenazah Bayi Baru Lahir
Saban hari, media sosial sentiasa dihujani dengan pelbagai kisah kebaikan yang boleh memberi inspirasi dan teladan yang baik kepada umum.
Abam Botak juga tidak terlepas dalam berkongsi segala bantuan yang diberikannya kepada orang ramai yang tidak berkemampuan menguruskan jenazah ahli-ahli keluarga.
Menerusi kiriman terbarunya, beliau berkongsi mengenai jenazah seorang bayi yang baru dilahirkan. Lebih sayu, disebabkan ibu kepada bayi itu masih lagi sakit di hospital, hanya datuknya sahaja yang menemaninya ke tempat persemadian.
RAMADHAN SAYU
Sudah masuk seminggu Ramadhan kita. Sungguh tidak terasa masa berjalan begitu pantas.
Sepanjang 7 hari itu jugaklah saya dan team Abam Botak tanpa putus bersama waris-waris jenazah menguruskan urusan terakhir sebatang jasad bernama manusia didunia ini....