Friday, September 18

Semasa

Kesihatan, Semasa

Muhyiddin Gesa NAM Bantu Negara-Negara kecil Perangi COVID-19

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini menggesa Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) membantu negara-negara kecil memerangi wabak COVID-19.Beliau berkata Malaysia percaya NAM perlu memainkan peranan yang lebih ketara bagi memperjuangkan akses dan perolehan bagi negara-negara kecil dalam mendapatkan bekalan perubatan, ubat-ubatan dan vaksin sebaik sahaja ia dibangunkan.Beliau berkata Malaysia bimbang jika NAM tidak bersatu, negara-negara kecil akan dipinggirkan apabila ubat-ubatan dan vaksin dibangunkan syarikat farmasi besar di negara-negara maju.“Kita mesti mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk pengisytiharan yang meminggirkan kepentingan negara anggota NAM apatah lagi di saat dunia sedang berdepan krisis COVID-19 ini,” kata beliau semasa Mesyuar
Gaya Hidup, Luar Negara, Semasa

Anak Tunggu Makanan, Wanita Di Kenya Terpaksa Pura-Pura Masak Batu Hingga Anaknya Tertidur

Ibu daripada 8 orang anak memasak batu kononnya menggantikan makanan dengan harapan mereka akan tertidur kerana penat menunggu. Seorang wanita yang berkerja sebagai tukang cuci bagi mencari nafkah terpaksa berpura-pura memasak makanan untuk dijadikan makan malam. Namun begitu, bukanlah makanan yang dimasak, namun hanyalah beberapa ketulan batu. Perkara tersebut dilakukan adalah kerana dia sudah tidak mempunyai apa-apa barangan memasak dan terpaksa berpura-pura sebegitu supaya anaknya tertidur semasa menunggu makanan disiapkan. Walau bagaimanapun, anaknya dikatakan mula sedar bahawa dirinya sememangnya tidak memasak makanan. Dia menyatakan kepada NTV Kenya bahawa “mereka memberitahu saya bahawa mereka sebenarnya tahu yang saya sedang berbohong kepada mereka. Tetapi saya tidak dapat berbuat
Gaya Hidup, Pilihan, Semasa

“Saya Takkan Main Telefon Semasa Cas Lagi,” Gadis Gemas ‘Handphone’ Meletup Di Sebelahnya

Telefon bimbit sememangnya merupakan peralatan yang agak penting dalam kehidupan seharian kita. Mana tidaknya, pelbagai urusan dapat diselesaikan dengan hanya satu ‘klik’ sahaja. Malahan, ada yang menggunakan telefon bimbit khususnya telefon pintar sebagai alat untuk menjana pendapatan mereka. Disebabkan itu, penggunaannya dalam sehari pastinya akan menyebabkan bateri telefon itu sering kehabisan. Justeru daripada itu, ramai di antara kita yang sering mengecas sambil menggunakannya dalam masa yang sama. Walaupun kadang-kadang mungkin kita terpaksa mengecas sambil menggunakannya, namun perkara tersebut jikalau boleh perlulah dijauhkan. Dalam satu perkongsian seorang warganet bernama @farishafadzleen di Twitter, dia mendakwa bahawa telefon bimbit milik datuknya telah meletup semasa sedang di
Kesihatan, Luar Negara, Semasa, Travel

Pembukaan Semula Sempadan: Singapura Mungkin Bermula Secara Kecil Dan Selektif

Bagi pembukaan semula mana-mana sempadannya, Singapura mungkin akan bermula secara kecil dan selektif, demikian menurut Menteri Kesihatan republik itu Gan Kim Yong. Gan berkata syarat-syarat pengasingan dan ujian akan diteruskan bagi melindungi republik itu daripada kes import baharu yang membawa kepada penyebaran dalam komuniti. Beliau berkata demikian dalam Kenyataan Kementerian di Parlimen mengenai kemas kini kedua respons kerajaan secara keseluruhan kepada COVID-19 di sini hari ini. Gan berkata pelbagai faktor atau indikator akan diteliti dalam mempertimbang pembukaan sempadan yang merupakan sebahagian langkah pemutus rantaian COVID-19 lebih ketat. “Kami perlu membuat penilaian situasi secara global dan bagi setiap negara, untuk memaklumkan sejauh mana dan pendekatan dalam pembuka
Kesihatan, Semasa

Pemakaian Penutup Hidung Dan Mulut Amat Digalakkan Di Kawasan Awam Dan Sesak – KKM

Pemakaian penutup hidung dan mulut sangat digalakkan dalam kalangan rakyat terutama bagi mereka yang berada di kawasan awam dan sesak bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. “Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan mereka memakai penutup hidung dan mulut tetapi sekarang ini bukan satu kewajipan,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini hari ini. Selain itu, Dr Noor Hisham juga mengingatkan syarat lain juga perlu dipatuhi iaitu jarakan sosial yang selamat sekurang-kurangnya satu meter serta amalan kebersihan diri yang tinggi dengan kerap mencuci tangan.“Kalau boleh amalkan jarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter jadi kita boleh elakkan penularan COVID-19. KKM harap semua rakyat Malaysia ak
Semasa, Tragedi

“Malam Ni Last La Kita…,” Rakan Setugas Kongsi Detik-Detik Terakhir Bersama Allahyarham Kpl Safwan

Allahyarham Kpl Safwan bin Muhammad Ismail telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Bata, Tanjung Rambutan, Perak pada pagi tadi. Pemergian anggota polis itu sudah semestinya sangat dirasai oleh ahli keluarga serta rakan-rakan yang telah bertugas bersamanya. Muhammad Lutfe iaitu salah seorang rakan setugas Allahyarham berkongsi detik-detik terakhirnya bersama Allahyarham sebelum  berlakunya kejadian rempuhan itu. TENANGLAH DISANA WAHAI SAHABAT SEPERJUANGAN “Malam ni last la kita di sjr ni..Lepas ni dah pindah ke tempat lain dah” kata terakhir yang terkeluar dibibir mulut rakan seperjuanganku. Hanya seminit memisahkan kita..! Jam 0200hrs @ 03/05/2020 Aku : Wan aku nk p khemah minum ayaq sat Wan : Ok..Sambil tersenyum Renungan dan kata kata akhir arwah padaku Ja
Kesihatan, Pilihan, Semasa

(Video) Foto Orang Ramai Berbaris Di Kedai Pajak Gadai Undang Sebak Ramai

Selepas kerajaan melonggarkan perintah kawalan pergerakan (PKP) setelah 46 hari melaksanakan langkah pencegahan tersebut untuk membendung wabak pandemik Covid-19, orang ramai mula dilihat keluar dari rumah untuk menjalankan urusan harian mereka. Namun begitu, terdapat beberapa foto yang berlegar di media sosial yang memaparkan orang ramai berbaris di hadapan kedai pajak gadai. Perkara tersebut telah menimbulkan beberapa pandangan orang ramai mengenai nasib mereka yang berbaris itu. Apa tidaknya, ada yang berpendapat bahawa berkemungkinan mereka itu memerlukan wang untuk menyara kehidupan. Menjengah ke laman Twitter, terdapat beberapa warganet yang berkongsikan suasana di pelbagai tempat yang menunjukkan orang ramai berbaris di hadapan kedai pajak gadai. Perkongsian warganet kebanyakannya t...
Kesihatan, Semasa, Utama

Covid-19: Hanya Empat Negeri Catat Kes Baharu Hari Ini

Menerusi pemakluman daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, terdapat sebanyak 55 kes baharu Covid-19 dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 6,353 kes. Daripada jumlah itu, terdapat empat negeri sahaja yang mencatatkan kes baharu pada hari ini. Menerusi kiriman di twitter KKMPutrajaya, terdapat sebanyak 21 kes di Selangor, 25 kes di WP Kuala Lumpur, 6 kes di Negeri Sembilan dan 3 kes di Melaka.Statistik ke baharu positif #COVIDー19 di Malaysia sehingga jam 12pm, 4 Mei. Sebanyak 55 kes baharu termasuk 7 kes import. Hanya Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan WP Kuala Lumpur merekodkan kes baharu. #PKP berkuatkuasa sehingga 12 Mei. #StayAtHome pic.twitter.com/XvxJXrX2KR — KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 4, 2020Selain itu, KKM juga memaklumkan daripada 55 kes baharu Covi
Gaya Hidup, Kesihatan, Pilihan, Semasa

Beri Kesan Kepada Pernafasan, Doktor Ini Gesa Ibu Bapa Henti Pakaikan Bedak Talkum Pada Bayi

Sudah menjadi satu norma dalam kebanyakan ibu bapa berkenaan mengenakan bedak talkum ke atas muka bayi selepas sahaja selesai memandikan mereka. Namun begitu, tahukah anda bahawa sebenarnya tindakan itu boleh menjejaskan kesihatan bayi tersebut. Menerusi perkongsian yang dibuat doktor Ahmad Luqman Bukhari melalui akaun Facebooknya, pemakaian bedak talkum kepada bayi mampu menyebabkan jangkitan paru-paru yang serius. Dia turut menasihatkan kepada ibu bapa agar menghentikan perbuatan itu serta-merta. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut: Kalau korang jenis yang suka sapukan bedak talkum kat muka anak lepas mandi, tolong hentikan terus tabiat tu lepas baca apa yang saya tulis ni. Dulu saya pun ada jugak perangai sama macam tu. Cuma bila terbaca amaran dar...
Kesihatan, Luar Negara, Semasa

Angka Korban Covid-19 Di Indonesia Meningkat Kepada 864 Kes

JAKARTA, 4 Mei (Bernama) — Indonesia mencatatkan 19 kematian akibat virus COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 864 kes dengan separuh daripadanya berlaku di Jakarta. Menurut jurucakap kerajaan Indonesia mengenai COVID-19, Achmad Yurianto, dalam tempoh tersebut jumlah kes baharu positif COVID-19 adalah 349 kes, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 11,587 kes manakala 24,020 orang disenaraikan sebagai pesakit dalam pengawasan. Provinsi Jakarta mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu 408 kes, diikuti Jawa Timur (117), Jawa Tengah (86) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. — BERNAMA