Sunday, May 31

Semasa

Kesihatan, Semasa, Utama

Bilangan Kes Baharu Covid-19 Jadi Dua Angka, Warganet Banjiri ‘Live’ KKM Dengan Ucapan Penghargaan

Bilangan kes baharu Covid-19 hari ini menunjukkan penurunan iaitu hanya dengan 55 kes berbanding semalam dengan 122 kes. Keadaan ini memperlihatkan usaha yang dilakukan oleh petugas barisan hadapan dalam menangani jangkitan Covid-19 sedikit sebanyak membuahkan hasil. Seperti kebiasaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham akan memaklumkan maklumat terkini situasi Covid-19 di Malaysia. Gambar: KKM Disebabkan itu, ramai netizen yang membanjiri komen di ‘live’ Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan ucapan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan.Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi nasihat yang telah diberikan oleh KKM agar Covid-19 ini segera hilang. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Pilihan, Semasa

“Balai Yang Penuh Nostalgia,” Dua Tahun Berlalu, ‘Uniform’ Arwah Adib ‘Diabadikan’ Di Sudut Memorial

Seperti yang kebanyakan orang sedia maklum, pada hari ini, 4 Mei, anggota bomba dan penyelamat menyambut Hari Bomba Sedunia. Bakti dan pengorbanan mereka dalam menyelamatkan mangsa-mangsa dan harta benda sangatlah dikenang walaupun zaman terus beredar. Pun begitu, terdapat juga beberapa anggota bomba yang terkorban semasa menjalankan tugas. Antaranya ialah anggota bomba PB Muhammad Adib bin Mohd. Kassim yang mendapat perhatian kebanyakan orang di Malaysia. Allahyarham juga telah diangkat sebagai perwira negara atas dedikasinya terhadap tugas yang telah diamanahkan. Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh seorang anggota bomba yang menggunakan nama Silatang Bugis di Facebook, balai bomba yang pernah menjadi tempat Allahyarham Muhammad Adib bertugas masih lagi menyimpan beberapa barangan mil...
Semasa, Utama

Akta 333 Diteliti Semula Untuk Hukuman Lebih Berat Bagi Pemandu Sebabkan Kematian

PUTRAJAYA, 4 Mei (Bernama) — Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) akan diteliti semula supaya mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan kematian atau kecederaan pengguna jalan raya lain dikenakan hukuman lebih berat, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Katanya beliau telah meminta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk meneliti semula Akta 333 kerana Kementerian Pengangkutan memandang serius isu berkaitan pemandu di bawah pengaruh alkohol, dadah atau memandu secara berbahaya sehingga meragut nyawa pengguna jalan raya lain, termasuk anggota penguat kuasa yang bertugas. Penelitian pindaan Akta 333 itu turut melibatkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk JPJ, Polis Diraja Malaysia, Peguam Negara dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya M
Jenayah, Semasa

Cederakan Isteri Hingga Patah Tangan, Peniaga Dipenjara Tiga Hari, Denda RM3,000

KUALA LUMPUR, 4 Mei — Seorang peniaga dihukum penjara tiga hari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencederakan isterinya sehingga patah tangan kanan. Majistret Nurfarahain Roslan menjatuhkan hukuman itu selepas Muhammad Sadruddin Saidfudin, 35, mengaku bersalah dan tertuduh menjalani hukuman penjara mulai hari ini. Tertuduh berdepan hukuman penjara empat minggu jika gagal membayar denda.Dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap isterinya yang berumur 35 tahun di sebuah rumah di Taman Azalea, Kampung Sungai Penchala 1 di sini pada 9.15 malam 29 April lepas mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua h
Kesihatan, Luar Negara, Semasa

Perdana Menteri Jepun Lanjutkan Tempoh Darurat Sehingga 31 Mei 2020

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah melanjutkan tempoh darurat sehingga 31 Mei 2020 pada hari ini bagi membendung penularan wabak COVID-19 yang semakin menular. Tempoh lanjutan tersebut dikatakan berlaku kerana sistem perubatan yang semakin lemah akibat peningkatan kes COVID-19 dan aktiviti ekonomi yang semakin tertekan disebabkan oleh pengisytiharan darurat. Panel pakar perubatan kerajaan Jepun pada hari Jumaat lepas telah mengesyorkan agar langkah-langkah kecemasan tetap dilakukan untuk sementara waktu bagi mencegah lonjakan kes baru COVID-19 yang boleh memberikan tekanan kepada hospital. Sebelum ini, Shinzo Abe telah mengisytiharkan keadaan darurat selama sebulan pada 7 April untuk tujuh wilayah yang meliputi kawasan bandar termasuk Tokyo, Osaka dan Fukuoka. Beliau kemudian memperlu...
Gaya Hidup, Kesihatan, Semasa

Hasrat Dua Beradik Nikah Serentak Tertunai Selepas Sebulan Tertangguh

ALOR SETAR, 4 Mei  — Hasrat dua beradik untuk bernikah dengan pasangan masing-masing dalam majlis yang sama akhirnya menjadi kenyataan hari ini selepas sebulan tertangguh ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Nurul Allia Ezzati Md Lutfi, 26, dengan pasangan Mohd Azran Elyas, 28, dan adiknya Nurul Ainna Md Lutfi, 23, dengan pasangannya Fairuzfaiz Faiq Fairuzi, 23, dinikahkan oleh Pegawai Agama Daerah Kota Setar Syeikh Ahmad Faisol Omar bersama tujuh lagi pasangan lain di Pejabat Agama Daerah Kota Setar, di sini. Nurul Allia Ezzati yang ditemui pemberita selepas majlis itu berkata majlis akad nikahnya dan Nurul Ainna sepatutnya dilangsungkan serentak pada 3 April lepas.“Bila tidak dibenarkan untuk langsungkan akad nikah, kami ambil keputusan untuk tangguhk
Kesihatan, Luar Negara, Semasa

Setiausahan Neagara Amerika Dakwa Koronavirus Bermula Dari Makmal Di China

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo mendakwa terdapat bukti kukuh penularan koronavirus bermula dari sebuah makmal di China. Walaubagaimanapun, beliau tidak mengemukakan bukti yang didakwanya, lapor The Guardian. Dalam temu bual bersama sebuah stesen TV global, Pompeo berkata, Amerika Syarikat telah meneliti sebarang kemungkinan virus itu datang dari sebuah makmal di Wuhan, China. “Ada bukti kukuh bahawa di situlah ia bermula,” katanya pada Ahad lalu. Tambah Mike, “Saya boleh beritahu anda, bahawa ada jumlah bukti yang signifikan menyatakan ia datang dari makmal di Wuhan.” “Lihat, pakar-pakar terbaik setakat ini berfikir bahawa ia adalah ciptaan manusia. Saya tidak ada sebab untuk tidak percaya,” katanya. Namun, dakwaannya bercanggah apabila bersetuju dengan kenyataan badan per
Kesihatan, Luar Negara, Semasa

COVID-19 : Singapura Catatkan 573 Kes Baharu, Jumlah Keseluruhan 18,778 Kes

Singapura hari ini mengesahkan 573 lagi kes positif COVID-19, dengan lima daripadanya merupakan rakyat atau pemastautin tetap republik itu. Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan berkata majoriti kes adalah pekerja asing yang tinggal di asrama.  Dengan kes baharu ini, jumlah mereka yang dijangkiti virus itu mencecah 18,778. MOH masih meneliti perincian kes-kes dan akan mengemas kini maklumat berkenaan kemudian. Dalam data terperinci dikeluarkan lewat Ahad, kementerian itu berkata tiada lagi kes berkaitan stesen MRT Maxwell, di Jalan Neil untuk dua tempoh inkubasi lepas, dan sekarang kluster itu telah ditutup. Republik itu juga telah mengenal pasti enam kluster baharu semalam, dengan kluster terbesar S11 Dormitory @ Punggol yang setakat ini mencecah 2,505 kes disahkan. Pada A...
Gaya Hidup, Semasa

Santuni Golongan OKU, Lelaki Ajar Bahasa Isyarat Mudah

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memerlukan rakyat Malaysia untuk kekal di rumah bagi mencegah penularan COVID-19, dan setelah lebih dua bulan tempoh PKP dilaksanakan pastinya ramai individu mula kekurangan idea untuk mengisi waktu lapang mereka. Baru-baru ini, seorang pemuda iaitu Afiq Masri berkongsi di laman Twitter, mengenai bahasa isyarat yang mudah untuk dipelajari untuk memudahkan komunikasi dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) terutamanya pendengarann. Mungkin tidak terlintas dalam pemikiran orang ramai menggunakan masa terluang untuk mempelajari bahasa isyarat, tapi tak salah jika kita menyantuni golongan orang kurang upaya (OKU) pendengaran dengan mempelajarinya.Semoga memberi manfaat buat anda semua. ‘simple sign language’ 🤟 pic.twitter.com/3CYOMIbaCL — Afiq Masri (@AfiqxM
Jenayah, Kesihatan, Semasa

Ingkar PKP: Enam Rakan Berbuka Puasa Di Bilik Hotel Didenda RM1,000

Akibat berkumpul beramai-ramai dengan alasan ingin berbuka puasa di sebuah bilik hotel, enam rakan termasuk tiga wanita masing-masing didenda RM1,000 atau penjara empat minggu oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Majistret Nurfarahain Roslan menjatuhkan hukuman itu selepas semua tertuduh yang berusia lingkungan 30 hingga 36 tahun mengaku bersalah. Mereka didakwa mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharaan Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di sebuah hotel di Dang Wangi pada 9.45 malam 29 April lepas. Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran agar kesemua tertuduh tidak mengulangi kesalahan sama manakal...