Monday, July 13

Semasa

Semasa, Utama

Insiden Keganasan Di Stadium Gelora Bung Karno, FIFA Denda PSSI Lebih RM180,000

Gabungan Bola Sepak Antarabangsa (Fédération Internationale de Football Association dalam bahasa Perancis) lazimnya dikenali dengan singkatan FIFA telah mendenda Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) sebanyak Rp643 juta (bersamaan RM 186,000.00). Denda itu dikenakan kepada persatuan berkenaan disebabkan tindakan ganas yang terjadi semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 antara Indonesia dan Malaysia di stadium utama Gelora Bung Karno di Jakarta baru-baru ini. PSSI dalam satu kenyataan di laman web rasminya menyatakan bahawa mereka menerima pertuduhan itu. “PSSI menghormati proses undang-undang dan keputusan yang diambil oleh FIFA. Kami akan segera menunaikan kewajipan dan melakukan penilaian untuk mengelakkan insiden sedemikian berulang lagi” kata Ketua Setiausaha PSSI, Ratu Tisha Des
#InstagramDarkMode Trending Di Twitter, Pengguna iPhone Dan Android Teruja Insta Jadi Gelap
Semasa, Utama

#InstagramDarkMode Trending Di Twitter, Pengguna iPhone Dan Android Teruja Insta Jadi Gelap

Instagram akan menghapuskan following tab yang ternyata telah menimbulkan kontroversi sepanjang minggu ini. Namun perubahan ini hanya akan berlaku sekiranya pengguna iPhone dan IOS 13 mengemas kini aplikasi perkongsian termasuklah sokongan mod gelap (Dark Mode). Untuk pengguna Android pula, hanya Android 10 dan 9 sahaja yang menyokong mode gelap di Instagram.Tab following ini sememangnya dikenali sebagai tempat untuk mengintai (stalk)  dan melihat aktiviti selebriti, kawan-kawan mahupun pasangan anda. Tetapi sejak awal bulan Ogos lalu, para pengguna telah mengadu bahawa tab following ini telah ‘hilang’. Perkara ini juga telah disahkan sendiri oleh oleh pihak Instagram. Ini bermakna apabila anda mengetik ikon hati (love), anda hanya boleh melihat aktiviti anda sendiri sahaja. In
Bisnes, Gaya Hidup, Semasa

PSP: Kerajaan Disaran Perkenal Kad Diskaun Petrol

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Kerajaan disaran mengkaji semula pemberian subsidi petrol bersasar melalui Program Subsidi Petrol (PSP) dengan mengambil kira mekanisme alternatif yang lebih sesuai seperti mewujudkan kad diskaun khas petrol.Tanpa menolak kebaikan PSP, rata-rata pengguna yang ditemui Bernama berkata cadangan itu dilihat memberi lebih manfaat jangka panjang kepada golongan sasar, lebih-lebih lagi dalam berdepan ketidaktentuan pasaran harga minyak dunia. Peniaga, Ahmad Sudir Tahir, 45, berkata sekiranya kad diskaun diwujudkan pengguna dapat menikmati penjimatan berterusan yang secara langsung dapat membantu mengurangkan beban berikutan kos bahan api yang sentiasa berubah. “Misalnya, dengan kad itu kerajaan boleh menetapkan kadar diskaun 50 sen atau 20 sen seliter…dengan ca
Semasa, Utama

Lelongan Awam Kenderaan Sita Di JPJ Negeri Sembilan

SEREMBAN, 9 Oktober (Bernama) – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan akan mengadakan Lelongan Awam Kenderaan Sita Siri 2/2019 di kawasan parkir awam jabatan itu di Jalan Seremban-Tampin di sini pada 16 Okt ini. Menurut kenyataan JPJ Negeri Sembilan, sebanyak 82 kenderaan akan dilelong pada hari tersebut. “Sehubungan itu, dokumen penjualan lelong boleh dibeli pada 24 September hingga 11 Oktober ini secara tunai dengan harga RM100 senaskhah di kaunter 39, Blok Omega, JPJ Negeri Sembilan di sini. Dokumen penjualan lelong yang dibeli tidak boleh dikembalikan. “Pembida yang mempunyai dokumen penjualan lelong sahaja dibenarkan melihat kenderaan yang akan dilelong di stor simpanan kenderaan JPJ Negeri Sembilan pada 7 hingga 11 Okober ini,” menurut kenyataan di laman sosial facebook JP
Semasa

Seram, Buat Boomerang Tak Sengaja Rakam Hantu Tak Berkepala

Sememangnya, tidak dinafikan bahawa kehidupan kita turut dikelilingi oleh pelbagai unsur-unsur mistik yang pastinya menyeramkan kebanyakan orang. Menerusi perkongsian seorang wanita yang berdepan dengan pengalaman mistik yang disedari melalui gambar yang telah ditangkap. Ada seorang hamba Allah yang tak di kenali mintak no erin untuk call berkaitan dgn bisnes , tengah kami dok sembang dia gtau erin “erin nak tanya hari tu erin ada buat boomerang yang pakai seluar jeans puteh & baju pink tu” erin ada event ape dekat mane? Selamba aku dengan riang jawab “erin celebrate birthday kawan dekat sebuah hotel” kenapa kakak syg?Hamba Allah : Erin ada perasan sesuatu tak dekat boomerang tu? Erina : takde pulak kak , knp? Hamba Allah : erin kakak perasan org belakang erin tu takde kepala 😵
Semasa

Netizen Tegur Permaisuri Gara-Gara ‘Typo’

Sejak petang tadi, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah membuat beberapa ciapan yang berkaitan dengan penggunaan bahasa terutamanya bahasa Malaysia. Menurutnya, dia berasa malu sekiranya bahasa Malaysia yang diguna olehnya kurang tepat daripada bahasa Inggeris. Sebagai rakyat Malaysia khususnya yang berbangsa Melayu, penggunaan bahasa Malaysia adalah sangat penting bagi melambangkan keperibadian dan sifat jati seseorang. Melalui ciapan Twitter @cheminahsayang, Raja Permaisuri Agong menyatakan bahawa rakyat Malaysia khususnya yang berbangsa Cina dan India sangat beruntung kerana boleh bertutur dalam tiga bahasa. Disebabkan itu, Tunku Azizah juga turut menyarankan agar orang Melayu mempelajari bahasa India atau Cina supaya dapat mengimbangi kemahiran berbahasa seper...
”Tuhan Itu Maha Adil, Doakan Kami..” – Rider Food Panda
Semasa, Utama

”Tuhan Itu Maha Adil, Doakan Kami..” – Rider Food Panda

Isu ketidakpuasaan hati mengenai pengurusan Foodpanda dan rider syarikat  penghantaran makanan tersebut kini sedang hangat dibincangkan dan mendapat perhatian ramai. Rata-rata netizen ternyata menyuarakan sokongan mereka kepada para rider dengan melancarkan boikot terhadap syarikat tersebut. Malah, #boycottfoodpanda turut menjadi trending di Twitter dengan kebanyakan warganet menunjukkan bahawa mereka telah memadam aplikasi berkenaan. Malah, facebook Boikot FoodPanda yang baru sehari dilancarkan juga telah mendapat lebih 22 ribu tanda suka daripada netizen. Menerusi posting terbaru yang dimuat naik, para rider memohon doa dari netizen berkenaan keputusan mereka untuk keluar daripada syarikat tersebut. Rezeki kami ada di mana-manaRata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan memb...
Dihukum Penjara 40 Tahun 24 Sebatan, Lakukan Sumbang Mahram Terhadap Anak
Jenayah, Semasa, Utama

Dihukum Penjara 40 Tahun 24 Sebatan, Lakukan Sumbang Mahram Terhadap Anak

Kuala Terengganu : Perbuatan keji seorang pemandu lori yang melakukan sumbang mahram, seks luar tabii dan merakam video pornografi terhadap anaknya yang berusia 11 tahun, terbalas apabila dihukum penjara 40 tahun dan 24 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen, hari ini. Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman tersebut setelah lelaki berusia 41 tahun itu mengaku bersalah melakukan empat kesalahan ke atas anak sulungnya. Ketika penghakiman Nooriah berkata walaupun lelaki itu mengaku bersalah sejak hari pertama dituduh namun perbuatan tertuduh amat terkutuk di sisi agama apatah lagi kanak-kanak tersebut adalah orang kurang upaya (OKU) kategori lemah pempelajaran. Katanya, tertuduh sepatutnya menjadi contoh yang baik dan mendidik anaknya itu tetapi mengambil kesempatan atas ketidakupayaannya dan per...
Wanita Warga Emas Hilang Dari Rumah Di Semanggol
Semasa, Utama

Wanita Warga Emas Hilang Dari Rumah Di Semanggol

Bagan Serai : Sebuah keluarga  merayu  bantuan orang  ramai  untuk mengesan  ibu  mereka  yang  dilaporkan hilang dari kediaman di Kampung Jaya, Batu  10,  Jalan  Kerian,  Semanggol,  Sabtu lepas. Anak lelaki mangsa, Jantan Abu Bakar, 40, berkata ibu mereka, Fatimah Mat, 72,  disedari  hilang  oleh  ahli keluarga pada pukul 12.30 tengah hari Sabtu lepas. Beliau berkata kali terakhir ibu mereka berada di kediaman mereka pada pukul 10 pagi dan hanya menyedari ketiadaan ibunya di rumah pada pukul 12.30 tengah hari itu...
Jenayah, Semasa, Utama

Data Pengguna Berisiko Terdedah Melalui GIF, Pihak Whatsapp Saran Ikuti Langkah Ini

Pengguna aplikasi Whatsapp dinasihati untuk mengemaskini aplikasi tersebut kerana ianya didakwa sedang terdedah kepada bahaya serangan siber. Menurut laporan media tempatan, Cyber Crooks sedang berusaha untuk menggodam telefon bimbit pengguna Whatsapp dan mencuri fail serta mesej pengguna. Kaedah yang digunakan oleh penggodam adalah dengan cara menghantar GIF kepada pengguna Whatsapp dan apabila pengguna membuka GIF tersebut, penggodam dapat mengakses segala fail yang terdapat di dalam telefon pengguna. Ancaman ini berfungsi dengan baik pada peranti yang menggunakan Android 8.1 dan Android 9 dan ianya kurang berkesan terhadap  sistem operasi Google versi yang lama. Gambar: News.com Walau bagaimanapun, pihak Facebook yang memiliki Whatsapp telah mengambil langkah untuk mengeluarkan anc...