Sunday, May 31

Semasa

Semasa, Utama

Pantai Timur Dan Johor Dijangka Alami Enam Episod Hujan Lebat Bermula November

Kuala Lumpur : Tiga negeri di Pantai Timur semenanjung dan Johor dijangka mengalami empat hingga enam episod hujan lebat bermula awal November hingga Januari depan berikutan kedatangan musim Monsun Timur Laut. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Jailan Simon berkata ketika monsun  berlaku, negeri berkenaan dijangka menerima peningkatan jumlah hujan sehingga 40 peratus. ”Monsun Timur Laut berlaku antara November hingga Mac. Biasanya, hujan akan bermula di Kelantan dan Terengganu pada November hingga Disember. Lazimnya, secara purata ketika monsun kedua negeri ini menerima hujan antara 300 hingga 650 milimeter (mm) sebulan berbanding bulan biasa hanya 200 hingga 300mm. ”Bagi Pahang dan Johor pula, kita jangka hujan lebat akan berlaku pada Disemb
Semasa, Utama

Bayi Pertama Menerusi Pemindahan Embrio Selepas Dibeku Enam Tahun Lahir Di HSNZ

KUALA TERENGGANU, 8 Okt (Bernama) — Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini melakar sejarah apabila bayi pertama hasil prosedur pemindahan embrio yang dibekukan (FET)  selama enam tahun selamat dilahirkan dihospital itu semalam. Kelahiran bayi lelaki  itu bukan sahaja menggembirakan ibu bapanya, Mohd Yuhairi Haniff Yoon, 37, dan Noor’adn Muhammad, 38, malah turut menggembirakan warga kerja HSNZ kerana ia menjadi satu lagi kejayaan dalam kaedah persenyawaan In Vitro Fertilisation (IVF) atau dikenali bayi tabung uji di hospital berkenaan. Ketua pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G)  hospital itu  Dr Nasuha Yaacob berkata kebiasaannya, prosedur FET  dilakukan dalam tempoh purata antara satu hingg
Raih 44 Ribu Perkongsian Sehari, Kisah Suami Hilang Kerja, Rasa Bebankan Isteri Undang Sebak
Semasa, Utama

Raih 44 Ribu Perkongsian Sehari, Kisah Suami Hilang Kerja, Rasa Bebankan Isteri Undang Sebak

Setiap manusia akan diuji dalam hidup. Cuma apa yang membezakan adalah bentuk ujian yang diterima. Ada yang diuji dengan begitu hebat hingga merasa putus asa dalam hidup namun berjaya bangun semula kerana sifat sabar dan redha. Seperti perkongsian video oleh Ustaz Ebit Lew mengenai seorang peserta di dalam programnya tempoh hari. Lelaki berkenaan putus harapan dalam hidup hingga merasa ingin mati kerana diuji dengan kehilangan pekerjaan. Mujurlah adanya seorang isteri yang sentiasa setia di sisinya. Video yang meraih 46 ribu tanda suka dan 44 ribu perkongsian hanya dalam tempoh sehari dimuat naik itu ternyata berjaya membuatkan ramai warga net tersentuh. Terkejut sangat sebak bila saya tanya siapa pernah rasa putus asa dalam hidup, rasa lebih baik mati je dan terasa macam nak bunuh diri? S...
Semasa, Utama

(Video) Rempuh Van Buat Pusingan U, Anggota Polis URB Dipercayai Terkorban

Kemalangan jalan raya boleh dikatakan berlaku pada setiap hari di pelbagai tempat yang berbeza. Walaupun pengguna sentiasa berwaspada dan berhati-hati, namun kemalangan yang berlaku tidak dapat dijangka kerana disebabkan oleh kecuaian pengguna yang lain. Menerusi satu perkongsian dihalaman Facebook Penang Kini sebentar tadi, satu kemalangan maut telah dilaporkan berlaku berhampiran Shell Kilang Lama, Kulim petang tadi dikatakan melibatkan seorang anggota polis yang sedang bertugas. Mangsa, Lans Koperal Zarih, 27 tahun seorang anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim dipercayai telah meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah van yang sedang membuat pusingan U.Menerusi akaun halaman Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS pula, ra...
Semasa, Utama

Air Berbau: 31 Kawasan Telah Pulih – Air Selangor

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) — Tiga puluh satu kawasan di Selangor yang mengalami masalah bekalan air berbau telah pulih, dengan hanya dua kawasan yang masih belum pulih sepenuhnya, sehingga pukul 6.00 petang ini. “Sehingga pukul 6.00 petang hari ini, hanya dua kawasan iaitu Seri Kembangan dan Saujana Puchong yang masih belum pulih sepenuhnya,” kata Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Abdul Raof Ahmad dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata pihaknya sedang meningkatkan usaha dan aktiviti pencucian sistem perpaipan di kedua-dua kawasan itu bagi mempercepatkan proses pemulihan. Air Selangor memohon maaf berhubung perkara itu dan menasihati pelanggan menghubungi talian 15300 atau Whats
“Accident Sampai Nak Putus Jari”, Rintihan Para ‘Rider’ Buat Hati ‘Remuk’
Kerjaya, Semasa, Utama

“Accident Sampai Nak Putus Jari”, Rintihan Para ‘Rider’ Buat Hati ‘Remuk’

Sejak semalam, isu mengenai pengurusan Foodpanda yang mengekalkan skim pembayaran baharu menjadi topik hebat dibincangkan terutamanya diruangan media sosial. Bukan itu sahaja, rata-rata netizen bertindak melancarkan boikot terhadap aplikasi penghantaran makanan dengan cara memadam aplikasi tersebut di dalam telefon bimbit mereka. Perkara ini hebat diperdebat adalah dikaitkan dengan kesungguhan rata-rata “rider” ketika menjalankan tugas. Apa tidaknya, bagi menghantar setiap pesanan, seorang penghantar makanan terdedah kepada pelbagai bahaya dan risiko kemalangan ketika berada di atas jalan raya. Melalui perkongsian oleh seorang individu melalui laman Twitter @zikriasmani, dia mendakwa bahawa dua orang rakannya telah meninggal dunia ketika menjalankan tugas menghantar makanan kepada pelangga
“Bukan Bahasa Ibunda Saya”, Tweet Permaisuri Mengaku Tak Malu Kalau Bahasa Inggeris Tak Betul Raih Perhatian Netizen
Semasa

“Bukan Bahasa Ibunda Saya”, Tweet Permaisuri Mengaku Tak Malu Kalau Bahasa Inggeris Tak Betul Raih Perhatian Netizen

Isu penggunaan bahasa sering diperkatakan sejak kebelakangan ini dari isu beberapa kali menteri memberi kenyataan rasmi dalam bahasa selain bahasa kebangsaan hinggalah selebriti yang didakwa merendahkan penguasaan bahasa Inggeris orang lain. Walaupun tidak tahu ia ditujukan kepada sesiapa atau sekadar perkongsian peribadi tanpa kena mengena dengan sebarang pihak, ini pula pendapat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengenai penggunaan bahasa baginda. “Ada masa bahasa Malaysia saya kurang betul dan saya malu, tetapi kalau bahasa Inggeris saya tidak betul, saya tidak malu kerana itu bukan bahasa ibunda saya. Saya anak Melayu!” kongsi baginda tuanku melalui laman Twitter miliknya.ada masa bahasa malaysia saya kurang betul dan saya malu , tetapi kalau bahasa ingge
Tahu Tak Buah Kundur Sebenarnya Boleh Mengesan Kehadiran Makhluk Halus? Ini Penjelasannya
Gaya Hidup, Semasa

Tahu Tak Buah Kundur Sebenarnya Boleh Mengesan Kehadiran Makhluk Halus? Ini Penjelasannya

Berapa kali anda pernah rasa sesuatu yang tidak kena terjadi dalam kehidupan anda? Anda mungkin pernah lemah tubuh badan, mudah beremosi tanpa sebab dan mungkin anda pernah rasa benci terhadap orang lain? Ia mungkin permainan perasaan, atau pengaruh dari suasana sekeliling yang sedikit sebanyak menjejaskan kualiti kehidupan anda. Mungkin ya mungkin tidak. Mungkin secara tidak sedar anda telah terkena gangguan sihir. Menurut Ustaz Afifuddin Shukri dalam satu statusnya di laman Facebooknya, jika rumah anda ada bunyi guli jatuh bunyi orang tarik kerusi atau ada nampak kelibat atau nasi cepat basi maka letakkanlah buah kundur. Seandainya buah itu busuk, buang jauh-jauh dan gantikan dengan yang baru sampai tidak busuk.Salah satu keistimewaan buah kundur ini ciptaan Allah ini, ia mampu mengesa...