Status Liga-M 2020 Dijangka Diketahui Dalam Tempoh Terdekat
Kuala Lumpur: Status saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2020 yang ditangguh sejak 16 Mac susulan penularan pandemik COVID-19, dijangka diketahui dalam tempoh terdekat.
Ia selepas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini mengesahkan pihaknya sudah menerima permohonan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi meneruskan saingan bola sepak berprestij tempatan itu.
Menurut Ismail Sabri, segala persoalan dan permasalahan yang timbul berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dibincangkan bersama kesemua kementerian dalam mesyuarat esok.
”Saya sudah menerima surat (permohonan rasmi) daripada Menteri Belia dan Sukan untuk kita putuskan dari segi bola sepak…liga bola sepak sama ada boleh atau tidak boleh dilaksanakan. Sep