Friday, October 23

Tidak dikategorikan

Tidak dikategorikan

COVID-19: Penting Kuarantin Ekoran 85 Peratus Pesakit Di Sabah Tiada Gejala Awal

KOTA KINABALU, 21 April  — Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sangat menekankan kepentingan kuarantin bagi individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar atau dalam negara kerana 85 peratus pesakit positif COVID-19 di negeri ini tidak menunjukkan gejala awal. Pengarahnya, Datuk Dr Christina Rundi berkata daripada 293 kes COVID-19 yang dianalisis, 249 kes atau 85 peratus didapati tidak mempunyai gejala pada peringkat awal. “Keadaan ini amat membimbangkan kerana mereka berpotensi untuk menjangkiti kontak rapat tanpa disedari.“Oleh itu dalam usaha membendung penularan COVID-19, langkah kuarantin ini penting untuk memutuskan rantaian jangkitan agar virus itu tidak merebak dan menjangkiti orang lain,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Beliau berkata, piha