Friday, September 18

Tragedi

Luar Negara, Semasa, Tragedi

(Video) Detik Cemas Apartment Runtuh, Pejalan Kaki Nyaris Ditimpa Runtuhan

Dua pejalan kaki nyaris maut apabila sebuah bangunan apartment lama berusia 130 tahun runtuh secara tiba-tiba di Odessa, Ukraine. Kejadian yang berlaku pada 10 pagi, 9 April lalu hampir membunuh seorang lelaki dan seorang wanita yang berjalan berhampiran bangunan itu. Nasib menyebelahi mereka apabila sempat menyedari sesuatu yang tidak kena dan berjaya menyelamatkan diri sebelum tertimbus. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian melibatkan bangunan terbiar itu. Menurut penduduk tempatan, kerja-kerja membaik pulih baru dimulakan sebelum ia runtuh. “Ia runtuh tidak lama selepas pekerja menggerudi dinding,” kata Natalia Taban, seorang wanita yang tinggal berhampiran lokasi kejadian. Pekerja pembinaan yang berada di kawasan itu juga dilaporkan berhenti berehat sebelum kejadian b...
Kesihatan, Luar Negara, Tragedi

Dipercayai Hadapi Tekanan Melampau Jadi “Frontliner” Kekang COVID-19, Doktor Ditemui Bunuh Diri

Pengarah perubatan di Jabatan Kecemasan New York-Presbyterian Allen, Pusat Perubatan Universiti Columbia di Manhattan, Amerika Syarikat (US) dilaporkan membunuh diri. Doktor tersebut, 49, yang juga petugas barisan hadapan pandemik COVID-19 ditemui mati di Charlottesville, kata jurucakap untuk jabatan polis tempatan, Tyler Hawn kepada Daily News. “Pihak polis menerima panggilan kecemasan perubatan pada Ahad, dalam masa sama mangsa dikejarkan ke UVA Health System University Hospital namun meninggal dalam perjalanan akibat kecederaan parah,” tambah Hyler. Ayahnya, Dr. Philip Breen berkata, kes-kes jangkitan yang dikendalikannya sudah terlalu banyak dan Lorna sendiri sakit menderita kerana virus tersebut. “Mangsa mula kembali bekerja setelah beberapa minggu dirawat. Sesudah i...
Jenayah, Semasa, Tragedi

Panggil Tak Dilayan, Wajah Gadis Ditoreh Lelaki Didakwa Ada Masalah Mental

Insan mana yang tidak marah apabila ada orang yang tidak dikenali mendatangkan kecederaan kepada salah seorang ahli keluarga kita. Baru-baru ini, tular di laman sosial Facebook seorang lelaki mendakwa muka adiknya ditoreh.  Menurut perkongsiannya,  kejadian itu berlaku di Jalan Rumbia, Taman Daya, Johor Bahru lebih kurang 3.00 petang semalam. Kejadian berlaku apabila adiknya dikatakan sedang ambil daun pisang di depan rumah untuk membuat kuih. Suspek kemudian memanggil adiknya itu tapi tidak dilayan. Adiknya kemudian bergegas masuk ke rumah namun suspek berjaya menangkap dan menoreh pipi sehingga ke telinga. “Sekarang berada di HSI untuk rawatan. Lelaki ni betul-betul duduk di belakang rumah saya. Dia ada masalah mental. Jiran-jiran disekeliling juga pernah dia kacau,” menurut
Semasa, Tragedi

Penduduk Kongsi Kejadian Tanah Runtuh Di Taman Seri Ampang Selepas Beberapa Hari Hujan Lebat

Menerusi laman Twitter rasmi Bernama menunjukkan beberapa buah rumah di Taman Seri Ampang mengalami kerosakan akibat tanah runtuh yang berlaku awal pagi tadi. Hujan lebat sejak beberapa hari lepas menyebabkan tanah runtuh. Gambar yang dikongsikan oleh penduduk sekitar menunjukkan keadaan tanah runtuh tersebut. Namun setakat ini, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa yang dilaporkanHujan lebat sejak beberapa hari lepas menyebabkan tanah runtuh di Taman Seri Ampang, Ampang. Gambar: Penduduk pic.twitter.com/fpRwzX4SUd — BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) April 28, 2020  Sumber: Bernama
Luar Negara, Tragedi

Dipercayai Hilang Dalam Kebakaran Besar Hutan, Biri-Biri Bulat Macam Bola Ditemui Semula Selepas 7 Tahun

Seekor biri-biri yang dipercayai hilang dalam kebakaran besar di Pulau Tasmania, Australia pada 2013 lalu telah dijumpai semula, baru-baru ini. Seorang peladang, Alice Gray berkata, haiwan tersebut ditemui di kawasan rumahnya ketika mereka sekeluarga sedang membuat aktiviti barbeku. “Apabila kami melihatnya, kami berfikir ‘apakah ia?’ “Pada 2013 lalu, semua kawasan berpagar di ladang berkenaan telah terbakar dan saya percaya, biri-biri itu terperangkap dalam semak-samun di bahagian belakang ladang ketika pagar itu dibina semula,” katanya kepada pemberita BBC, seperti yang dilaporkan portal Metro.co.uk. Gambar: Alice Gray Dalam pada itu, Alice menambah, beliau tidak tahu akan kewujudan biri-biri itu yang masih hidup. “Bagaimanapun, kami mempunyai firasat ...
Wanita Ecuador ‘Bangun’ Selepas Disahkan ‘Meninggal Dunia’, Keluarga Terlanjur Bakar Mayat Pesakit Lain
Luar Negara, Semasa, Tragedi, Utama

Wanita Ecuador ‘Bangun’ Selepas Disahkan ‘Meninggal Dunia’, Keluarga Terlanjur Bakar Mayat Pesakit Lain

Seorang wanita di Guayaquil, Ecuador tiba-tiba ‘bangun’ setelah sebelumnya disahkan meninggal dunia akibat jangkitan wabak Covid-19. Khabar itu jelas melegakan ahli keluarganya yang telah salah membawa pulang jenazah untuk disempurnakan pengebumiannya. Alba Maruri dilaporkan telah tiga minggu koma dan disahkan meninggal dunia pada 27 Mac lalu. Seminggu kemudian, keluarganya telah ditunjukkan ‘mayat’ Maruri namun dalam posisi mengiring. “Saya takut nak tengok mukanya,” kata anak saudara lelaki Maruri yang menyangka mayat yang ditunjukkan itu adalah ibu saudaranya. “Mayat itu persis ibu saudara saya, rambut dan tona kulit mereka sama.” Walau bagaimanapun, pada Khamis, Maruri akhirnya telah sedarkan diri dan meminta para doktor  untuk menghubung
Semasa, Tragedi, Utama

Naluri Hati Ibu Jadi Kenyataan, Bumbung Rumah Diterbangkan Ribut

IPOH, 26 April — Naluri hati seorang ibu tunggal yang berasakan seolah-olah perkara buruk akan berlaku benar-benar menjadi kenyataan dan bagaikan mimpi buruk apabila sebahagian bumbung rumahnya di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Chepor Dalam di sini diterbangkan angin dalam kejadian ribut petir petang semalam. Nor Hasneza Mohd Razali, 39, berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6.00 petang itu, beliau sempat melaungkan azan kerana ketakutan, namun tidak dapat menyelamatkan barangan rumah. “Saya tak sempat menyelamatkan perabot serta barangan elektrik yang kebanyakannya sekarang sudah rosak,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.Nor Hasneza yang tidak bekerja dan mempunyai empat anak berusia 11 hingga 19 tahun merupakan antara dua keluarga yang ditempatkan di Pus
Jenayah, Luar Negara, Tragedi

Tragedi Paling Kejam Dalam Sejarah Jepun, ‘Neraka’ 44 Hari Junko Furuta

Pernahkah anda dengar dengan kisah pembunuhan seorang remaja Jepun bernama Junko Furuta? Golongan muda kini mungkin kurang mengetahui tentang kes pembunuhan ini kerana kejadiannya berlaku sekitar lewat 80-an. Menurut UnseenJapan, kejadian yang berlaku di Saitama, Jepun itu bermula apabila gadis sekolah tinggi tersebut didapati hilang pada November 1988 sehinggalah mayatnya dijumpai pada 30 Mac 1989. Berdasarkan tweet oleh D Alpha Legacy, berikut adalah kronologi pembunuhan Junko Furuta yang dikatakan kes pembunuhan paling kejam dan ngeri dalam sejarah Jepun. Gambar: D Alpha Legacy Gambar: D Alpha Legacy Gambar: D Alpha LegacyDia kemudiannya dilarikan ke Ayase yang terletak di wilayah Misato dan Adachi di Tokyo, jarak dari Misato, tempat tinggal Junko ke Ayase mengambil masa kira-kira sat...
Negara Luar Negara, Semasa, Tragedi

Dipercayai Buaian Putus, Spring ‘Benam’ Kepala Kanak-Kanak 6 Tahun

Seorang kanak-kanak perempuan di Medan, Indonesia terpaksa menjalani dua kali pembedahan bagi membuang bahagian spring besi buaian yang terpacak di kepalanya. Nazwa Maulida, 6 dilaporkan cedera setelah buaian adik yang dinaikinya putus, menyebabkan spring membenam di atas kepalanya. Akibatnya, tempurung kepala mangsa mengalami keretakan dan dia digegaskan ke sebuah hospital tempatan untuk rawatan.”Saya buntu mencari dana untuk kos perubatan anak saya Nazwa,” kata Heriansyah, ayah kepada mangsa. Ketika Nazwa sedang bermain buaian, tiba-tiba springnya putus lalu menancap di kepalanya, ujar Heriansyah. Tambahnya, mereka terus membawa Nazwa ke hospital untuk menjalani dua pembedahan. Namun disebabkan kekurangan dana, mereka terpaksa meminta bantuan orang ramai untuk menampung kos rawatan ter
Semasa, Tragedi

Sepupu Meninggal Ketika Hantar Makanan Kepada Pelanggan, Eira Syazira Mohon Orang Ramai Sedekahkan Al-Fatihah

Peranan penghantar makanan atau rider adalah sangat penting pada ketika ini bagi memenuhi kehendak orang ramai. Mereka juga perlu dianggap sebagai frontliners yang sanggup berkorban tidak kira dalam pelbagai keadaan cuaca dan terkadang perlu menempuh bahaya. Pelakon popular, Eira Syazira memaklumkan bahawa sepupunya meninggal dunia semasa sedang menghantar makanan kepada pelanggan. Menerusi laman Instagram awal pagi tadi, Eira memohon kepada orang ramai untuk sedekahkan Al Fatihah kepada sepupunya, Allahyarham Muhammad Fakrul Rozi. Menurutnya, Allahyarham yang berusia 21 tahun itu sedang dalam perjalanan menghantar makanan ke rumah pelanggan.View this post on Instagram Mohon saudara2 ku, sedekah kan Al Fatihah buat Allahyarham Muhammad Fakrul Rozi. Arwa...