Friday, September 18

Tragedi

Luar Negara, Tragedi

(Video)Tragedi Feri Karam Korea Macam Kapal Titanic, Ada Mangsa Maut Tersenyum, Sempat Buat Video Yakin Diselamatkan

Kita sering diingatkan untuk mematuhi arahan apabila berlaku kecemasan demi menyelamatkan nyawa. Namun bagaimana pula jika sebaliknya yang berlaku? Anda berada di dalam feri yang semakin tenggelam. Dengan bunyi helikopter, bot-bot ke sana ke mari di luar kapal, serta arahan kru kapal yang meminta anda untuk kekal bertenang di dalam dek, anda mungkin yakin akan terselamat. Inilah yang dipercayai oleh kebanyakan penumpang feri Sewol yang terkorban dalam tragedi kapal karam yang membunuh 304 mangsa dari keseluruhan 476 penumpang, dalam kejadian yang berlaku April 2014. “Helikopter datang!” kata seorang pelajar perempuan sambil melambai dan tersenyum riang ke arah kamera rakannya. Dalam rakaman telefon pintar para pelajar terlibat, kebanyakan mereka masih kelihatan tenang, relaks bahkan ceria