Saturday, August 15

Travel

Kesihatan, Luar Negara, Semasa, Travel

Pembukaan Semula Sempadan: Singapura Mungkin Bermula Secara Kecil Dan Selektif

Bagi pembukaan semula mana-mana sempadannya, Singapura mungkin akan bermula secara kecil dan selektif, demikian menurut Menteri Kesihatan republik itu Gan Kim Yong. Gan berkata syarat-syarat pengasingan dan ujian akan diteruskan bagi melindungi republik itu daripada kes import baharu yang membawa kepada penyebaran dalam komuniti. Beliau berkata demikian dalam Kenyataan Kementerian di Parlimen mengenai kemas kini kedua respons kerajaan secara keseluruhan kepada COVID-19 di sini hari ini. Gan berkata pelbagai faktor atau indikator akan diteliti dalam mempertimbang pembukaan sempadan yang merupakan sebahagian langkah pemutus rantaian COVID-19 lebih ketat. “Kami perlu membuat penilaian situasi secara global dan bagi setiap negara, untuk memaklumkan sejauh mana dan pendekatan dalam pembuka
Kesihatan, Semasa, Travel

Bagasi 553 Penuntut, 70 Kenderaan Disanitasi Menerusi Program Penghantaran Pulang Di Johor

JOHOR BAHRU, 1 Mei — Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor melakukan operasi sanitasi bagasi 553 penuntut dan 70 kenderaan di lima kampus institusi pengajian tinggi (IPT) semalam, menerusi Program Penghantaran Pulang Pelajar IPT. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata kesemua 70 kenderaan itu melibatkan bas, van, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kereta. “Malam tadi, bermula pergerakan pelajar-pelajar yang terkandas di IPT untuk dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing,” katanya berhubung situasi semasa kes COVID-19 di negeri ini, menerusi kenyataan, hari ini.Beliau berkata operasi sanitasi bagasi di lima lokasi itu adalah di Dataran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang melibatkan 296 penuntut; Politeknik Mersing (30); Un
Semasa, Travel

“Mata Gelap Nak Rebah”, Sebulan Tiada Kerja, Lelaki Nekad Jalan Kaki Balik Kelantan Dari KL

Demi bertemu isteri tercinta, seorang lelaki dipercayai berjalan kaki untuk pulang ke kampung halaman. Matnoe Poksu Din mengambil keputusan untuk meredah jarak sejauh 428 kilometer dari Kuala Lumpur untuk ke Tanah Merah, Kelantan. Menurut seorang wanita dipercayai isterinya, Sara Anisa, suaminya yang sedang dalam perjalanan ke Gerik itu telah memutuskan untuk pulang setelah sebulan tidak bekerja. “Suami aku buat kerja gila, jalan kaki balik kampung. Sekarang ni dalam perjalanan ke Gerik. Gila kepala memikir. Duduk KL pun tauke halau dah, sebulan dah tak kerja kan.. Tauke pun halau la dari rumah yang dia beri duduk tu. Duit pun tak ada nak buat makan. Jadi keputusan dia, jalan kaki nak balik rumah,” tulis Sara.Kasut rosak Poksu turut memuatnaik video live untuk berkongsi perke...
Kesan ‘Lockdown’, Sekumpulan Singa Laut Dilihat Berjemur Di Pantai Argentina
Luar Negara, Semasa, Travel

Kesan ‘Lockdown’, Sekumpulan Singa Laut Dilihat Berjemur Di Pantai Argentina

Penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan setiap penduduk di seluruh dunia terpaksa menjalani ‘lockdown’. Pun begitu, satu ‘fenomena’ aneh berlaku di Argentina ketika negara itu sedang dalam pelaksanaan perintah berkurung. Walaupun penduduknya dikatakan mengikut arahan dengan sentiasa berada di rumah, kesempatan itu diambil sekumpulan singa laut dengan berjemur di kawasan pantai. Menurut TribunNews, keadaan teersebut berlaku di Mar del Plata iaitu di pantai barat Argentina. Hal ini berlaku kerana tempat tarikan pelancong tersebut kekurangan pengunjung disebabkan oleh penularan wabak COVID-19 yang melanda Argentina. Gambar: TribunNews/AFP Secara umumnya, singa laut ini hanya dapat dijumpai di sesetengah pantai sahaja. Namun ketika ‘lockdown’ ini, singa-s...
Bisnes, Gaya Hidup, Semasa, Travel

‘Derma Dengan Ikhlas’ Dengan AirAsia, Platform Derma Diperkenal Secara Digital

AirAsia.com menyambut ketibaan bulan Ramadan dengan melancarkan ‘Derma Dengan Ikhlas’, satu inisiatif derma digital awam dalam sebuah platform yang tulus, selamat dan terjamin bagi individu atau organisasi yang ingin menjalankan tanggungjawab amal mereka di bulan Ramadan. Inisiatif tabung derma ini dijalankan dengan kerjasama Yayasan Amanah Assofwah Almalikiyyah, di mana dana tersebut akan digunakan untuk membantu komuniti yang memerlukan serta pasukan barisan hadapan, dan dalam masa yang sama membantu peniaga tempatan di bulan Ramadan ini. Antara komuniti yang akan menerima sumbangan ini termasuk keluarga yang kurang bernasib baik, pelarian dan badan bukan berasaskan keuntungan seperti Soup Kitchen dan rumah anak-anak yatim. Sebahagian dari dana tersebut juga akan digunakan untuk membeli
Semasa, Travel

Sungai Melaka Jernih ‘Kehijauan’ Ketika PKP

MELAKA, 24 April — Sungai Melaka, yang sebelum ini berkeladak dan berwarna coklat seumpama teh tarik, kini bertukar jernih dan berwarna kehijauan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Gambar ‘kehijauan’ sungai itu tular di media sosial dan menimbulkan keterujaan dalam kalangan warganet terutama anak Melaka sendiri namun ada yang mengatakan gambar itu tidak benar dan telah disunting. Tinjauan Bernama di beberapa kawasan Sungai Melaka di sini, terutama berhampiran kompleks bangunan Stadthuys dan Jalan Jonker mendapati Sungai Melaka telah kembali bersih, berwarna kehijauan, serta lebih bersih berbanding sebelum PKP, namun ‘kehijauan’ sungai itu tidaklah sejernih seperti yang tular di laman sosial.Pengayuh beca Joseph Oliveira, 54, hanya tersenyum apabila ditunjukkan g
Indonesia Larang Semua Penerbangan Komersial Dan Persendirian Bermula Esok Sehingga 1 Jun 2020
Bisnes, Kerjaya, Luar Negara, Semasa, Travel

Indonesia Larang Semua Penerbangan Komersial Dan Persendirian Bermula Esok Sehingga 1 Jun 2020

JAKARTA, 23 April (Bernama) — Indonesia mengumumkan larangan terhadap semua penerbangan komersial dan persendirian di dalam negeri dan antarabangsa, berkuat kuasa esok sehingga 1 Jun 2020. Direktur Jenderal Perhubungan Udara Kementerian Perhubungan (Pengangkutan), Novie Riyanto dalam satu kenyataan berkata ia selaras dengan perintah Presiden Indonesia Joko Widodo yang melarang semua aktiviti bermudik atau balik kampung bagi menyambut Aidilfitri 1441 Hijrah. Larang bermudik yang mula berkuat kuasa esok itu, kebiasaannya sebelum ini (aktiviti bermudik) melibatkan pergerakan berjuta-juta orang terutamanya dari Kota Jakarta dan kota-kota berhampirannya, ke wilayah-wilayah lain ke seluruh Indonesia, sama ada melalui pengangkutan darat, udara dan laut, bagi menyambut Aidilfitri. Bagaimanapu
Semasa, Travel

Perubahan Waktu Operasi Pengangkutan Awam Sepanjang Ramadhan

PUTRAJAYA, 23 April (Bernama) — Pengangkutan awam di bawah kendalian Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) akan beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi dan 4 petang hingga 10 malam sepanjang bulan Ramadan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Beliau berkata perkhidmatan terlibat ialah LRT, MRT dan KL Monorail di bawah kendalian Rapid Rail Sdn Bhd, perkhidmatan bas di bawah kendalian Rapid Bus Sdn Bhd termasuk bas henti-henti, bas percuma seperti Go KL dan Smart Selangor, semua bas pengantara serta semua jenis perkhidmatan tren di bawah kendalian KTMB. “Frekuensi kekerapan bagi operasi perkhidmatan rel Rapid KL adalah setiap 10 minit ketika waktu puncak dan setiap 30 minit selepas waktu puncak,” katanya dalam kenyataan hari ini. Sejak 2
Kesihatan, Luar Negara, Semasa, Travel

Jepun Dilaporkan Potong Lebih 100 Ribu Bunga Tulip Untuk Elak Orang Ramai Berkumpul

Pihak berkuasa Jepun dilaporkan telah bertindak memotong lebih 100,000 bunga tulip untuk mengelakkan orang ramai berkumpul beramai-ramai seterusnya mencegah penularan wabak Covid-19. Kebiasaannya, ribuan bunga yang melitupi ladang di bandar Sakura, timur Tokyo itu akan menjadi daya tarikan buat pelancong yang ingin melihat keindahan bunga tersebut.Namun apabila kerajaan Jepun melaksanakan langkah-langkah penjarakan sosial bagi mencegah penularan wabak Covid-19 ini, pihak berkuasa terpaksa memotong dan meranapkan keindahan kawasan padang bunga itu supaya ianya tidak lagi menjadi daya tarikan kepada orang ramai.Pihak berkuasa Jepun juga turut dilaporkan membatalkan festival bunga tulip tahunan di ladang Sakura Furusato Hiroba. “Secara lazimnya, ramai pengunjung akan datang pada hujung mi
Semasa, Travel

Covid: P.Pinang Tubuh Pasukan Kerja Tinjau Isu Pelancongan

GEORGE TOWN, 22 April  — Kerajaan Pulau Pinang menubuhkan ‘Pasukan Kerja Next Normal Pelancongan Pulau Pinang’ bagi mengkaji kesan yang dihadapi sektor itu semasa dunia berhadapan dengan pandemik COVID-19. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pasukan itu akan mengadakan sidang meja bulat maya dengan pemegang taruh industri untuk perbincangan awal berhubung impak sektorial yang mereka hadapi Sabtu ini. “Pasukan kerja ini berperanan mengumpul pandangan pemegang taruh sektor berkaitan pelancongan di Pulau Pinang dan merangka strategi untuk memastikan kelangsungan sektor ini dalam situasi ‘Next Normal’ yang kita hadapi.“Saya sendiri akan mempengerusikan pasukan kerja ini, manakala Exco Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin dilantik sebagai timbala