Saturday, August 15

Uncategorized

Semasa, Uncategorized, Utama

“Tiada Lagi 10KM Radius Perjalanan, Namun Rentas Negeri Masih Belum Dibenarkan” – Ismail Sabri

Sebelum ini, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), 14 April lalu menetapkan had perjalanan individu yang keluar rumah dibenarkan dalam radius tidak melebihi 10 kilometer (km) dari kediaman. Menurut peraturan itu, yang dibuat di bawah subseksyen 11(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), individu tersebut juga tidak boleh disertai orang lain kecuali dengan alasan munasabah. Walau bagaimanapun, terbaru melalui sidang media harian hari ini oleh Menteri Pertahanan, Ismail Sabri memaklumkan bahawa tiada lagi peraturan itu dalam tempoh PKPB ini. Pun begitu, dalam masa yang sama beliau memberitahu, perjalanan rentas negeri masih belum dibenarkan.Tiada lagi 10km radius perjalanan dalam peraturan #PKPB , namun rentas negeri masih belum dibenarkan – Ismail Sabri pic.twi
Uncategorized

Gadis Kongsi ‘Petua’ Pembuka Rezeki Paling Mustajab

Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. Dan bulan Ramadhan, amalan ini menjadi lebih dianjurkan lagi. Perkongsian Najihah Shahrel mengenai satu tips berkaitan dengan rezeki boleh dipraktikkan dan menjadi amalan. Menurut Najihah, beliau mengatakan bahawa teruskanlah amalan menderma jika kita merasakan yang rezeki kita sempit atau berada dalam keadaan yang susah. “Tak perlu jumlah yang banyak, cukup sekadar mana awak mampu. Yang penting, nawaitu,” kata Najihah. Kata Najihah lagi, rezeki itu tidak semestinya hanya terhad dalam bentuk wang. Namun, ianya ada dalam pelbagai bentuk seperti kesihatan, kebahagiaan dan dikelilingi oleh orang-orang baik. ...
Luar Negara, Semasa, Uncategorized

Bintang Lagenda Bollywood, Rishi Kapoor Meninggal Dunia

Semalam, seorang bintang Bollywood Irrfan Khan berusia 54 telah meninggal dunia akibat kanser yang dihidapi. Terkini, seorang lagi bintang lagenda Bollywood yang cukup terkenal dengan lakonan sebagai ‘Hero Hindi’ era zaman 70an dilaporkan telah meninggal dunia pada hari ini akibat kanser yang dihidapinya sejak dua tahun lalu. Berita menyedihkan ini disampaikan oleh adiknya, Randhir Kapoor. Beliau meninggal dunia di Sir HN Reliance Foundation Hospital di Mumbai.#globalbuzz Actor Rishi Kapoor has died at 67 after a two-year-long battle with cancer at the Sir HN Reliance Foundation Hospital in Mumbai. His brother Randhir Kapoor confirmed the news. pic.twitter.com/XnAcVzUO8t — BERNAMA Radio (@bernamaradio) April 30, 2020  Sumber: Bernama
Kesihatan, Luar Negara, Semasa, Uncategorized

Vietnam Buka Semula Kawasan Pelancongan Sempena Cuti Umum

HANOI, 29 April (Bernama) — Beberapa kawasan pelancongan popular di Vietnam bakal dibuka semula sempena cuti National Reunification Day (30 April) dan May Day (1 Mei), selepas negara ini melonggarkan peraturan penjarakan sosial, lapor agensi berita Vietnam (VNA). Lembaga pengurusan ‘My Son Cultural Site’ di wilayah tengah Quang Nam berkata tempat itu akan dibuka dari 28 April, tetapi pengunjung perlu memakai penutup hidung dan mulut serta menjaga jarak sosial. Akhbar Nhan Dan melaporkan kawasan itu ditutup sementara waktu sejak 16 Mac susulan penularan COVID-19. Sementara itu, Jabatan Pelancongan wilayah Khanh Hoa berkata beberapa destinasi pelancongan popular di bandar Nha Trang juga akan dibuka semula tidak lama lagi. Selain itu, destinasi menarik di wilayah Kien Giang ...
Semasa, Uncategorized, Utama

TERKINI: Kemaskini Harga Runcit Petrol Mulai 25 April Sehingga 1 Mei

KUALA LUMPUR, 24 April –Kementerian Kewangan Malaysia pada hari ini telah mengemas kini harga runcit bagi produk petroleum untuk tempoh 25 April sehingga 1 Mei 2020. Menerusi satu perkongsian yang dinyatakan melalui akaun Twitter rasminya, harga minyak diesel dilaporkan turun sebanyak 3 sen. Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal RM1.25 dan RM1.55 seliter bagi tempoh 25 April sehingga 1 Mei ini. Harga runcit diesel pula turun tiga sen seliter kepada RM1.40. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM). “Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian ba
Uncategorized

COVID-19: Penting Kuarantin Ekoran 85 Peratus Pesakit Di Sabah Tiada Gejala Awal

KOTA KINABALU, 21 April  — Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sangat menekankan kepentingan kuarantin bagi individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar atau dalam negara kerana 85 peratus pesakit positif COVID-19 di negeri ini tidak menunjukkan gejala awal. Pengarahnya, Datuk Dr Christina Rundi berkata daripada 293 kes COVID-19 yang dianalisis, 249 kes atau 85 peratus didapati tidak mempunyai gejala pada peringkat awal. “Keadaan ini amat membimbangkan kerana mereka berpotensi untuk menjangkiti kontak rapat tanpa disedari.“Oleh itu dalam usaha membendung penularan COVID-19, langkah kuarantin ini penting untuk memutuskan rantaian jangkitan agar virus itu tidak merebak dan menjangkiti orang lain,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Beliau berkata, pihaknya kini masi
Uncategorized

Mak Ayah Jangan Sesuka Hati Kongsi 3 Perkara Ini Tentang Anak Di Media Sosial, Takut Jadi Mimpi Ngeri & Buat Anak Stress

Sudah menjadi kebiasaan ibu bapa zaman moden hari ini untuk memuat naik rakaman video anak mereka yang dirasakan lucu, menarik dan sebagainya sehingga boleh tular dengan cepat di media sosial. Namun, kita perlu ingat, tidak semua rakaman video anak yang kita rasa seronok, perlu untuk dikongsi kepada orang lain kerana boleh jadi ia memberi impak negatif kepada anak kita secara tidak sedar. Public Health Malaysia (PHM) menerusi Facebook berkongsi tentang tiga jenis rakaman video anak yang tidak perlu dikongsi oleh golongan ibu bapa. Gambar hiasan   Menurut perkongsian PHM, rakaman video anak sedang dipukul, didenda atau sebarang situasi yang memalukan berisiko untuk mengakibatkan anak tersebut mengalami emotional distress dan ia bukan perkara yang lucu untuk dikongsi di media. Kajian me
Uncategorized

Mak Ayah Jangan Sesuka Hati Kongsi 3 Perkara Ini Tentang Anak Di Media Sosial, Takut Jadi Mimpi Ngeri & Buat Anak Stress

Sudah menjadi kebiasaan ibu bapa zaman moden hari ini untuk memuat naik rakaman video anak mereka yang dirasakan lucu, menarik dan sebagainya sehingga boleh tular dengan cepat di media sosial. Namun, kita perlu ingat, tidak semua rakaman video anak yang kita rasa seronok, perlu untuk dikongsi kepada orang lain kerana boleh jadi ia memberi impak negatif kepada anak kita secara tidak sedar. Public Health Malaysia (PHM) menerusi Facebook berkongsi tentang tiga jenis rakaman video anak yang tidak perlu dikongsi oleh golongan ibu bapa. Gambar hiasan   Menurut perkongsian PHM, rakaman video anak sedang dipukul, didenda atau sebarang situasi yang memalukan berisiko untuk mengakibatkan anak tersebut mengalami emotional distress dan ia bukan perkara yang lucu untuk dikongsi di media. Kaji...
Uncategorized

Empat Pintu Sempadan Thailand-Malaysia Dibuka Semula Mulai Esok

PATTANI, 17 April (Bernama) — Bermula esok,  empat pintu sempadan Thailand-Malaysia dibuka semula dan dijangka lebih 8,000 warga Thailand yang terkandas di Malaysia akan pulang secara berperingkat ke kampung halaman masing-masing. Antara yang terkandas sejak 23 Mac lalu, berikutan kesemua sembilan pintu sempadan Thailand-Malaysia ditutup, termasuk pekerja kedai makan, nelayan, penoreh getah, pekerja ladang sawit, pelajar dan  mereka yang melawat saudara mara di Malaysia. Timbalan Jurucakap Tentera Kolonel Sirichan Ngathong berkata Panglima Tentera Darat Thailand, Jeneral Apirat Kongsompong mengarahkan semua unit di sempadan bersiap sedia dengan kemasukan warga Thailand yang akan pulang. “Tentera akan membantu urusan kemasukan warga Thailand, memeriksa kesihatan mereka dan mengh
Semasa, Uncategorized, Utama

Covid-19: KKM Sahkan Daerah Muar Sebagai Zon Merah

Terdapat pertambahan zon merah menjadi kepada 27 mengikut statistik terbaharu sehingga 12 tengah hari, 14 April. Daerah terbaharu zon merah ialah Muar. Daerah ini mencatatkan 44 kes positif Covid-19. Ini menjadikan pertambahan zon merah di Johor selain daripada Batu Pahat, Johor Bharu dan Kluang. Manakala, di daerah Kulai, kes positif Covid-19 berada pada tahap jingga di mana mencatatkan 38 kes setakat ini. PKP Fasa ke-3 bermula hari ini. Penting untuk kita terus duduk rumah dan penjarakan sosial untuk putuskan rantaian jangkitan Covid-19.Selain itu, di Sarawak masih mengekalkan dua daerah zon merah iaitu di Kuching dan Kota Samarahan. Manakala di Sabah, walaupun hanya satu zon merah dilaporkan di Tawau namun Kota Kinabalu dan Lahad Datu telah berada dalam zon jingga di mana masing-masin...