Wednesday, May 27

Utama

Kesihatan, Semasa, Utama

Covid-19: Hanya Empat Negeri Catat Kes Baharu Hari Ini

Menerusi pemakluman daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, terdapat sebanyak 55 kes baharu Covid-19 dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 6,353 kes. Daripada jumlah itu, terdapat empat negeri sahaja yang mencatatkan kes baharu pada hari ini. Menerusi kiriman di twitter KKMPutrajaya, terdapat sebanyak 21 kes di Selangor, 25 kes di WP Kuala Lumpur, 6 kes di Negeri Sembilan dan 3 kes di Melaka.Statistik ke baharu positif #COVIDー19 di Malaysia sehingga jam 12pm, 4 Mei. Sebanyak 55 kes baharu termasuk 7 kes import. Hanya Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan WP Kuala Lumpur merekodkan kes baharu. #PKP berkuatkuasa sehingga 12 Mei. #StayAtHome pic.twitter.com/XvxJXrX2KR — KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 4, 2020Selain itu, KKM juga memaklumkan daripada 55 kes baharu Covi
Kesihatan, Semasa, Utama

Bilangan Kes Baharu Covid-19 Jadi Dua Angka, Warganet Banjiri ‘Live’ KKM Dengan Ucapan Penghargaan

Bilangan kes baharu Covid-19 hari ini menunjukkan penurunan iaitu hanya dengan 55 kes berbanding semalam dengan 122 kes. Keadaan ini memperlihatkan usaha yang dilakukan oleh petugas barisan hadapan dalam menangani jangkitan Covid-19 sedikit sebanyak membuahkan hasil. Seperti kebiasaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham akan memaklumkan maklumat terkini situasi Covid-19 di Malaysia. Gambar: KKM Disebabkan itu, ramai netizen yang membanjiri komen di ‘live’ Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan ucapan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan.Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi nasihat yang telah diberikan oleh KKM agar Covid-19 ini segera hilang. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Semasa, Utama

Akta 333 Diteliti Semula Untuk Hukuman Lebih Berat Bagi Pemandu Sebabkan Kematian

PUTRAJAYA, 4 Mei (Bernama) — Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) akan diteliti semula supaya mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan kematian atau kecederaan pengguna jalan raya lain dikenakan hukuman lebih berat, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Katanya beliau telah meminta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk meneliti semula Akta 333 kerana Kementerian Pengangkutan memandang serius isu berkaitan pemandu di bawah pengaruh alkohol, dadah atau memandu secara berbahaya sehingga meragut nyawa pengguna jalan raya lain, termasuk anggota penguat kuasa yang bertugas. Penelitian pindaan Akta 333 itu turut melibatkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk JPJ, Polis Diraja Malaysia, Peguam Negara dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya M
Kesihatan, Luar Negara, Semasa, Utama

Singapura Benarkan Pemakaian Pelindung Muka Jika Keluar Rumah

Kementerian Kesihatan di Singapura mengumumkan bahawa rakyatnya yang keluar dari rumah dalam tempoh ‘lockdown’ ini boleh memakai salah satu daripada jenis topeng muka berikut yang menawarkan perlindungan asas yang mencukupi.Topeng yang boleh digunakan semula Topeng DIY Pelindung muka plastikWalau bagaimanapun, mereka harus memakain pelindung plastik dengan penutup mulut. Kementerian negara itu juga menyatakan bahawa ‘surgical mask’ harus digunakan sebaiknya khusus buat mereka yang sangat memerlukannya, seperti pekerja kesihatan, memandangkan Singapura kekurangan topeng jenis itu. Pada awal April, jurutera dari Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA) telah tampil dengan rekaan pelindung muka untuk digunakan oleh pekerja barisan hadapan ketika mereka bertugas. Sumber: Mothership.SG
Semasa, Utama

IPTS Dibenar Mula Operasi dan Pengurusan Hari Ini

PUTRAJAYA, 4 Mei  — Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) boleh memulakan operasi mereka dan hal-hal berkaitan pengurusan mulai hari ini, kata Timbalan Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta Datuk Dr Mohd Saleh Jaafar. Dalam satu surat makluman bertarikh 3 Mei berkaitan pengoperasian IPTS semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Mohd Salleh bagaimanapun mengingatkan bahawa aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka adalah tidak dibenarkan bagi mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan. “IPTS dibenarkan untuk melaksanakan operasi dan pengurusan mengikut keperluan organisasi masing-masing. Dalam hubungan ini, IPTS perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelaksanaan operasi pengurusan tersebut,” katanya.Beliau berkata IPTS hendak
Bisnes, Semasa, Utama

BNM Dijangka Turunkan Lagi Kadar Faedah (OPR)

KUALA LUMPUR: Standard Chartered Bank menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) esok akan mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 50 mata asas atau 0.5 peratus kepada 2.0 peratus. Bank pusat dijangka terus mengurangkan sebanyak 0.25 peratus lagi pada Julai. Dalam nota penyelidikan hari ini, ia berkata ini akan menjadikan kadar dasar kepada 1.75 peratus, lebih rendah daripada OPR sebanyak 2.0 peratus semasa krisis kewangan global 2008-2009. “Walaupun pernyataan dasar monetari pada Mac seimbang berbanding kadar faedah rendah, kami percaya keadaan ekonomi tidak menggalakkan sejak Malaysia memperkenalkan langkah sekatan pergerakan pada 18 Mac,” katanya. Bank itu berpendapat, susulan BNM telah mengurangkan OPR sebanyak 0.5 peratus sejak awal tahun ini, pengurangan sebanyak 0.5 peratus l
Luar Negara, Semasa, Tragedi, Utama

(Video) Bayi Trauma Ditarik, Diseret ‘Topeng Monyet’

Topeng monyet adalah kesenian tradisional yang dikenal di pelbagai daerah di Indonesia. Pertunjukan topeng monyet juga dapat dijumpai di India, Pakistan, Thailand, Vietnam, Tiongkok, Kamboja, Jepang, dan Korea. Jenis kesenian ini melibatkan seorang pawang yang melatih monyetnya untuk melakukan berbagai aktiviti yang meniru tingkah laku manusia, misalnya mengenakan pakaian, berdandan dan berbelanja. Tular satu video di media sosial menunjukkan seorang kanak-kanak telah ditarik dan diseret oleh seekor topeng monyet. Pun begitu, monyet yang menyerang kanak-kanak tersebut dikatakan bukan monyet yang liar tetapi monyet yang telah dilatih dan digunakan sebagai pertunjukan jalanan. Menurut Sahabatsurga, video tersebut dirakam oleh salah seorang penduduk kampung di Tanjung Sari, Sukomanunggal, Sur...
Semasa, Uncategorized, Utama

“Tiada Lagi 10KM Radius Perjalanan, Namun Rentas Negeri Masih Belum Dibenarkan” – Ismail Sabri

Sebelum ini, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), 14 April lalu menetapkan had perjalanan individu yang keluar rumah dibenarkan dalam radius tidak melebihi 10 kilometer (km) dari kediaman. Menurut peraturan itu, yang dibuat di bawah subseksyen 11(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), individu tersebut juga tidak boleh disertai orang lain kecuali dengan alasan munasabah. Walau bagaimanapun, terbaru melalui sidang media harian hari ini oleh Menteri Pertahanan, Ismail Sabri memaklumkan bahawa tiada lagi peraturan itu dalam tempoh PKPB ini. Pun begitu, dalam masa yang sama beliau memberitahu, perjalanan rentas negeri masih belum dibenarkan.Tiada lagi 10km radius perjalanan dalam peraturan #PKPB , namun rentas negeri masih belum dibenarkan – Ismail Sabri pic.twi
Semasa, Utama

Selepas 21 Hari Diisytihar PKPD, Masjid Jamek Dibenar Beroperasi Hari Ini

Pada 14 April lalu, Masjid India dan kawasan sekitar dikawal dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). PKPD ketika itu dilaksanakan selepas mencatatkan 40 kes positif COVID-19. Terbaru, melalui Tweet BERNAMA memberitahu selepas 21 hari diistyihar sebagai PKPD, Masjid India kini dibenar beroperasi.Setelah 21 hari diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Masjid India dibenarkan beroperasi semula hari ini.#PKPD #MasjidIndia #COVIDー19 pic.twitter.com/Hs7VUiuFmV — BERNAMA (@bernamadotcom) May 4, 2020Sumber: BERNAMA
Gaya Hidup, Utama

Taska Dibenar Beroperasi, Ini SOP Yang Perlu Dipatuhi

Selaras dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri pada 1 Mei 2020 berkaitan kebenaran bagi sektor awam untuk mula beroperasi mulai 4 Mei 2020, adalah dimaklumkan bahawa Taska akan terus beroperasi sepertimana pelaksanaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terdahulu untuk tempoh PKP Fasa 4 ini yang bermula pada 29 April 2020 hingga 12 Mei 2020. Pihak pengurusan taska perlu mematuhi beberapa prosedur ketat seperti yang dimaklumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menangani penularan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak. Menurut garis panduan yang telah dimaklumkan, pengusaha dan kakitangan taska perlu disahkan bebas Covid-19 manakala premis haruslah dibersihkan dan dinyah kuman sebelum premis mula beroperasi. Dibawah adalah beberapa prosedur yang perlu pihak Taska patuhi...