Monday, July 13

Utama

Semasa, Utama

Aerodyne Lakukan Penerbangan Dron 1,000 Jam Bantu PKP

KUALA LUMPUR, 4 Mei — Syarikat pembekal perkhidmatan dron, Aerodyne Group melakukan lebih 1,000 jam penerbangan dron dalam tempoh sebulan bagi membantu kerajaan Malaysia menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengasas dan juga ketua pegawai eksekutifnya, Kamarul A Muhamed berkata dengan purata kelajuan 40km sejam, pasukan dron itu telah membuat penerbangan lebih 40,000km, yang bersamaan dengan jarak penerbangan mengelilingi dunia. ”Kami amat teruja dengan pencapaian penerbangan 1,000 jam itu dan amat bangga menjadi sebahagian daripada pasukan yang diberi kepercayaan, mememainkan peranan menjaga keselamatan rakyat Malaysia.“Dron dan teknologi data telah terbukti sebagai mekanisma yang kukuh dan berkesan dalam memerangi COVID-19,” katanya dalam kenyat
Semasa, Utama

COVID-19 : Lapan Jenis Bahan Kimia Diguna Dalam Operasi Sanitasi Awam, Disinfeksi – KP Bomba

PUTRAJAYA, 4 Mei  — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan lapan jenis bahan kimia dalam operasi sanitasi awam dan disinfeksi di tempat-tempat yang dikesan mempunyai penularan tinggi wabak COVID-19. Lapan jenis bahan kimia berkenaan yang termasuk etanol, natrium hipoklorit dan benzalkonium klorida digunakan dalam proses sanitasi awam di kawasan luar manakala disinfeksi dalam kawasan tertutup. Ketua Pengarah JBPM Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata sebelum menggunakan lapan bahan kimia itu, pihaknya mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan membuat rujukan terkini jurnal Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai jenis bahan kimia yang sesuai digunakan
Kesihatan, Semasa, Utama

Persepsi PKP Tamat, Esok ‘Raya’ Adalah Salah – Dr Noor Hisham

Persepsi bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah tamat apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok, adalah tanggapan yang salah, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau sebaliknya menegaskan bahawa PKP masih berkuat kuasa tetapi dengan menggunakan pendekatan kepatuhan sosial dan disiplin terhadap prosedur operasi standard (SOP) dalam mengawal jangkitan COVID-19 di Malaysia. Beliau berkata pendekatan SOP dalam PKPB adalah sama seperti yang diamalkan di Korea Selatan, Taiwan dan Sweden yang mampu mengawal COVID-19 tanpa melaksanakan PKP, sebaliknya menggunakan kepatuhan sosial dan disiplin yang tinggi. “Persepsi yang menganggap kerajaan sudah tamatkan PKP dan esok kita ‘raya’ dan tidak ada PKP contohnya, adalah satu
”Sudah-Sudahlah..” Ayah Koperal Safwan Rayu Netizen Henti Tular Gambar Anak Maut Dirempuh
Semasa, Utama

”Sudah-Sudahlah..” Ayah Koperal Safwan Rayu Netizen Henti Tular Gambar Anak Maut Dirempuh

Ipoh: “Berhenti tular gambar kemalangan libatkan anak saya,” demikian rayu Mohamad Ismail Othman, ayah kepada Koperal Safwan Mohamad Ismail, 31, yang maut dirempuh pemandu mabuk ketika bertugas dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) Op COVID-19 di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Kajang, awal pagi ini. Mohamad Ismail, 60, yang merupakan pesara VAT69 Komando, berkata walaupun pahit, namun beliau yang baru keluar wad hospital kerana masalah jantung harus redha dengan kehilangan anak kedua daripada sembilan beradik itu. “Saya cuma minta budi orang ramai untuk tidak terus tularkan gambar kemalangan anak saya, sudah-sudahlah,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Tanjung Rambutan dekat sini, hari ini. Sementara itu, kakak arwah, Suraya, 32, berkata pada 1 Mei l
TERKINI: 122 Kes Baharu Termasuk 70 Kes Tempatan Dengan 2 Kematian Hari Ini
Semasa, Utama

TERKINI: 122 Kes Baharu Termasuk 70 Kes Tempatan Dengan 2 Kematian Hari Ini

Sebanyak 122 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 6,298 kes setakat Ahad (03 Mei 2020), jam 12 tengahari. Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu Sidang Media Perkembangan Covid-19 yang berlangsung sebentar tadi. Draipda 122 kes baharu, 52 kes merupakan kes import manakala 70 kes lagi merupakan kes penularan tempatan. Manakala dukacita dimaklumkan, terdapat pertambahan dua kes kematian baru  dalam tempoh 24 jam sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang maut seramai 105 orang.Sumber: Sidang Media KKM
TERKINI: Seramai 87 Pesakit Sembuh Dan Dibenarkan Keluar Wad Hari Ini
Semasa, Utama

TERKINI: Seramai 87 Pesakit Sembuh Dan Dibenarkan Keluar Wad Hari Ini

Sebanyak 87 kes positif jangkitan Covid-19 di negara ini dilaporkan telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital setakat 3 Mei 2020. Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media berkaitan Perkembangan Terkini Covid-19 di Malaysia sebentar tadi. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital meningkat kepada 4413 orang atau 70% daripada jumlah keseluruhan.#COVID19 Terkini 3 Mei 2020. Kes sembuh terbaharu 87 menjadikan 4,413 telah sembuh atau 70% daripada keseluruhan kes di Malaysia. Terima kasih dan tahniah. pic.twitter.com/hjwd2Cdi1J — KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 3, 2020  Sumber: Sidang Media KKM
Pakar Perubatan Jangka Covid-19 Akan Berada Di Sekitar Kita Selama Dua Tahun – Ismail Sabri
Semasa, Utama

Pakar Perubatan Jangka Covid-19 Akan Berada Di Sekitar Kita Selama Dua Tahun – Ismail Sabri

Pakar perubatan menjangkakan pandemik Covid-19 tidak akan berakhir dalam tempoh yang singkat dan akan berada di sekitar kita sekurangnya-kurangnya dalam tempoh dua tahun. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berikutan itu tidak mungkin kerajaan akan melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua tahun sehingga wabak ini berakhir. ”Pakar-pakar perubatan mengatakan Covid-19 akan berada di sekitar kita, sekurang-kurangnya dalam masa dua tahun, bermakna bahayanya sentiasa berada di sekeliling kita. ”Tak mungkin kerana Covid-19 berada di sekitar kita selama dua tahun, maka PKP akan diteruskan selama dua tahun, tidak mungkin,” kata beliau. Tambah Ismail Sabri, langkah melonggarkan PKP adalah bagi membantu ekonomi rakyat terutamanya peniaga kecil yang
Peniaga Dijangkiti Covid-19, Pasar Besar Seremban Ditutup Bermula Hari Ini
Semasa, Utama

Peniaga Dijangkiti Covid-19, Pasar Besar Seremban Ditutup Bermula Hari Ini

Seremban: Pasar Besar Seremban ditutup bermula hari ini berikutan terdapat kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan peniaga pasar berkenaan. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Datuk Zazali Salehudin berkata penutupan untuk sekurang-kurangnya tiga hari itu dibuat atas nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan (JKNNS), selepas menerima maklumat bahawa terdapat peniaga dijangkiti COVID-19, petang semalam. Katanya, tindakan pantas ini dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi di sekitar pasar dan kawasan berhampiran dengannya sekali gus mengelakkan penularan wabak. “Setakat ini maklumat yang tidak rasmi saya terima, dua peniaga dijangkiti COVID-19, walaupun tidak ada lagi pengumuman rasmi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai ke
Lebih Sejuta Rakyat China Serbu Kawasan Pelancongan Di Shanghai Sempena Cuti Umum
Semasa, Utama

Lebih Sejuta Rakyat China Serbu Kawasan Pelancongan Di Shanghai Sempena Cuti Umum

Lebih sejuta rakyat China dilaporkan membanjiri 130 kawasan tumpuan pelancong di Shanghai selama dua hari iaitu pada Jumaat dan Sabtu lalu sempena cuti umum Hari Pekerja, menurut laporan media tempatan, Agensi Berita Xinhua. Berdasarkan laporan, Shanghai menerima sebanyak 456,000 pengunjung pada Jumaat dan 633,000 pengunjung pada Sabtu. Gambar: CNN Difahamkan, semua pengunjung diharuskan memakai topeng muka, menunjukkan kod QR kesihatan mereka dan suhu badan pengunjung turut diambil untuk tujuan keselamatan. Peningkatan pelancong ke kawasan tersebut berikutan Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan Shanghai mengumumkan pembukaan semula beberapa kawasan utama tumpuan pelancong pada awal minggu lalu, sempena cuti umum di negara berkenaan. Menurut rekod terkini, China mencatatkan sebanyak 84,388 k...
Pengangkutan Awam Hanya Dibenarkan Bawa Separuh Penumpang Sahaja – Ismail Sabri
Semasa, Utama

Pengangkutan Awam Hanya Dibenarkan Bawa Separuh Penumpang Sahaja – Ismail Sabri

Pengangkutan awam seperti bas dan Mass Rapid Transit (MRT) hanya dibenarkan membawa separuh sahaja penumpang daripada kapasiti sebenar dalam suatu masa. Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media sebentar tadi. ”Bagi memastikan penjarakan sosial dilaksanakan di dalam kenderaan awam, maka jumlah penumpang akan dihadkan separuh daripada kapasiti sebenar kenderaan awam tersebut,” kata beliau. Menurut beliau, SOP ini perlu dipatuhi oleh semua syarikat pengangkutan awam sebagai langkah keselamatan pengguna. Sekiranya didapati melanggar peraturan, tindakan akan dikenakan, kata Ismail Sabri.Sumber: Sidang Media Perkembangan PKP