Tuesday, August 11

Covid-19: Hanya Empat Negeri Catat Kes Baharu Hari Ini

Menerusi pemakluman daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, terdapat sebanyak 55 kes baharu Covid-19 dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 6,353 kes.

Daripada jumlah itu, terdapat empat negeri sahaja yang mencatatkan kes baharu pada hari ini.

Menerusi kiriman di twitter KKMPutrajaya, terdapat sebanyak 21 kes di Selangor, 25 kes di WP Kuala Lumpur, 6 kes di Negeri Sembilan dan 3 kes di Melaka.

Selain itu, KKM juga memaklumkan daripada 55 kes baharu Covid-19 hari ini, terdapat sebanyak 7 kes import yang dilaporkan.

Sumber: Noor Hisham Abdullah