Hasrat Dua Beradik Nikah Serentak Tertunai Selepas Sebulan Tertangguh

ALOR SETAR, 4 Mei  — Hasrat dua beradik untuk bernikah dengan pasangan masing-masing dalam majlis yang sama akhirnya menjadi kenyataan hari ini selepas sebulan tertangguh ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Nurul Allia Ezzati Md Lutfi, 26, dengan pasangan Mohd Azran Elyas, 28, dan adiknya Nurul Ainna Md Lutfi, 23, dengan pasangannya Fairuzfaiz Faiq Fairuzi, 23, dinikahkan oleh Pegawai Agama Daerah Kota Setar Syeikh Ahmad Faisol Omar bersama tujuh lagi pasangan lain di Pejabat Agama Daerah Kota Setar, di sini.

Nurul Allia Ezzati yang ditemui pemberita selepas majlis itu berkata majlis akad nikahnya dan Nurul Ainna sepatutnya dilangsungkan serentak pada 3 April lepas.

“Bila tidak dibenarkan untuk langsungkan akad nikah, kami ambil keputusan untuk tangguhkan sampai tamat PKP tapi minggu lepas Pejabat Agama Daerah Kota Setar menghubungi kami dan memberi tarikh yang telah ditetapkan untuk dinikahkan.

“Selepas berbincang dengan keluarga, akhirnya semua pihak bersetuju untuk melangsungkan akad nikah hari ini. Kami gembira kerana akhirnya dapat juga dinikahkan walaupun lewat sebulan,” katanya.

Walaupun gembira kerana telah disatukan dengan pasangan masing-masing, Nurul Allia Ezzati berkata dia dan adiknya tetap terkilan kerana tidak dapat meraikan kegembiraan bersama ahli keluarga yang lain hari ini berikutan hanya kehadiran kedua-dua pasangan dan wali sahaja yang dibenarkan hadir.

Sementara itu, pasangan lain yang turut dinikahkan hari ini iaitu Muhammad Faizi Rozali, 24, dan Intan Shafinas Yaccob, 24, turut gembira dapat meneruskan akad nikah walaupun tanpa sebarang persiapan rapi.

“Buat masa ini, persiapan lain ditunda dahulu sehingga habis PKP dan kami hanya buat yang wajib sahaja iaitu akad nikah,” kata Muhammad Faizi.

Dalam pada itu, Syeikh Ahmad Faisol berkata sebanyak 118 pasangan dibenarkan untuk melangsungkan akad nikah dalam tempoh PKP di daerah Kota Setar dengan 38 pasangan bersetuju untuk meneruskan akad nikah, manakala 77 tidak bersetuju dan tiga lagi tidak memberi maklum balas.

— BERNAMA

bhh

Share
Published by
bhh

Recent Posts

Muhyiddin Gesa NAM Bantu Negara-Negara kecil Perangi COVID-19

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini menggesa Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) membantu negara-negara…

9 months ago

Anak Tunggu Makanan, Wanita Di Kenya Terpaksa Pura-Pura Masak Batu Hingga Anaknya Tertidur

Ibu daripada 8 orang anak memasak batu kononnya menggantikan makanan dengan harapan mereka akan tertidur…

9 months ago

“Saya Takkan Main Telefon Semasa Cas Lagi,” Gadis Gemas ‘Handphone’ Meletup Di Sebelahnya

Telefon bimbit sememangnya merupakan peralatan yang agak penting dalam kehidupan seharian kita. Mana tidaknya, pelbagai…

9 months ago

Pembukaan Semula Sempadan: Singapura Mungkin Bermula Secara Kecil Dan Selektif

Bagi pembukaan semula mana-mana sempadannya, Singapura mungkin akan bermula secara kecil dan selektif, demikian menurut…

9 months ago

Pemakaian Penutup Hidung Dan Mulut Amat Digalakkan Di Kawasan Awam Dan Sesak – KKM

Pemakaian penutup hidung dan mulut sangat digalakkan dalam kalangan rakyat terutama bagi mereka yang berada di…

9 months ago

Lahir Dalam Keluarga Penuh Seni, Gadis Ambil Masa 9 Tahun Dalami Ilmu Lukisan

Bukan mudah untuk mengetahui minat sebenar dalam diri masing-masing. Setiap orang mempunyai pelbagai potensi yang…

9 months ago