Ibu bapa sentiasa menginginkan yang terbaik untuk anak-anak dan sanggup berkorban apa sahaja. Ditambah pula jika anak-anak menghadapi sebarang kesakitan yang serius, pastinya luluh hati mereka.
Keadaan ini dihadapi oleh seorang bapa, Nazreen Syah yang memohon bantuan orang ramai agar dapat menampung perubatan anak kecilnya, Aina Afieyah yang menghidap penyakit Epidermolysis bullosa.
Menurut portal Mayo Clinic, Epidermolysis bullosa merupakan kumpulan penyakit yang jarang dijumpai dan menyebabkan kulit menjadi rapuh dan melepuh.
Assalamualaikum..sy bapa kepada anak sy Aina afieyah bt Muhamad Nazreen Syah. Isteri sy bernama Nor shuadah bt abu bakar. Anak sy di lahirkan pada 24.1.2016. Di hospital besar ipoh, anak sy di sahkan oleh doktor menghidap (Epidermolysis bullosa, dystrophic) sejak hari pertama di lahirkan.
Sehingga kini berumur 4 tahun. Keadaan luka dan koyak di seluruh bahagian kulitnya masih sama. Manakala keperluan yg sangat2 di perlukan adalah set dressing, Mepilex lite 15×15, tubifast green, red, yellow, Mepitel one dari company Molnlycke health care.
Ubat ni kami oder dari farmasi setiawan. Dan anak sy juga pemegang kad OKU, dan mendapat bantuan kewangan sebanyak RM500 dari MAIPK untuk membeli ubat, tetapi masih tidak mencukupi menampung pembelian ubatan anak. Sy bapa hanya bekerja sambilan jurugambar perkahwinan. Dan berniaga nasi ayam panggang di tepi jalan padang tembak lumut. Isteri saya tidak bekerja dan perlu fokus kepada penjagaan anak sy di rumah, beralamat NO 76A,JALAN PADANG TEMBAK LUMUT 32200. Kami memohon kerjasama pihak TUAN/PUAN dapat membantu anak sy AINA AFIEYAH BINTI MUHAMAD NAZREEN SYAH.
7021893124 CIMB
NORSHUADAH BT ABU BAKAR (IBU)
www.wasap.my/601136512046
NAZREEN SYAH (AYAH)
TOLONG SHARE..SAMA2 KITA BANTU ADIK INI..
Sumber: Ismail Mael
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini menggesa Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) membantu negara-negara…
Ibu daripada 8 orang anak memasak batu kononnya menggantikan makanan dengan harapan mereka akan tertidur…
Telefon bimbit sememangnya merupakan peralatan yang agak penting dalam kehidupan seharian kita. Mana tidaknya, pelbagai…
Bagi pembukaan semula mana-mana sempadannya, Singapura mungkin akan bermula secara kecil dan selektif, demikian menurut…
Pemakaian penutup hidung dan mulut sangat digalakkan dalam kalangan rakyat terutama bagi mereka yang berada di…
Bukan mudah untuk mengetahui minat sebenar dalam diri masing-masing. Setiap orang mempunyai pelbagai potensi yang…