Saturday, August 15

Jika Sektor Ekonomi & Pekerja Gagal Patuh SOP, Mereka Akan Kembali Kepada PKP Iaitu Duduk Rumah- KP Kesihatan

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin akan kembali dijalankan jika terdapat sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi semula mulai hari ini tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menegaskan kenyataan demikian berikutan beberapa sektor ekonomi dibuka semula serta kelonggaran kawalan dalam PKP Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini.

“Kerajaan belum tamatkan PKP (Fasa 4 sehingga 12 Mei).

“Kerajaan cuma bagi sedikit kelonggaran untuk sektor ekonomi tertentu beroperasi semula tetapi secara berhati-hati dan terkawal mengikut SOP ketat Kementerian Kesihatan (KKM).

“Jika mereka ini (sektor ekonomi dan pekerja) gagal patuhi SOP atau tidak yakin boleh patuhi SOP sepenuhnya, mereka akan kembali kepada PKP iaitu duduk di rumah,” katanya dalam sidang media harian, semalam.

Kadar kes jangkitan COVID-19 di negara ini setakat pukul 4 petang semalam mencatatkan 6,298 kes keseluruhan; 122 kes baharu, 87 kes sembuh (kumulatif sembuh 4,413 kes) dan dua (2) kematian (kumulatif kematia 105 kes).

Pihak KKM pada semalam juga telah mengenal pasti satu kluster baharu iaitu kluster kumpulan pekerja warga asing di sebuah tapak pembinaan di Kuala Lumpur dan lanjutan kes masih dalam siasatan.

 

Sumber: KKM