Wednesday, August 5

Ketiadaan Pengunjung Melawat, Penguin ‘Kebosanan’ Dibawa Melawat Sekitar Zoo Di Singapura

Penguin di zoo Singapura diberikan peluang memanfaatkan perintah berkurung yang berkuatkuasa di sebahagian negara Singapura dengan mengadakan jelajah di kawasan zoo yang kini lengang tanpa kelibat manusia.

Dengan arahan penutupan zoo kepada umum terpaksa dikuatkuasakan kerana negara sedang berjuang memerangi wabak Covid-19 yang semakin memburuk, penguin Afrika ini kini tidak perlu risau lagi berkenaan manusia yang pastinya akan berhenti dan ingin mengambil gambar bersama mereka ketika mereka berkeliaran di dalam zoo tersebut.

Oleh yang demikian, penjaga mereka mula membawa mereka keluar bersiar-siar di kawasan kompleks itu, dan mendorong mereka untuk berjalan-jalan melihat kawasan pameran sekitar dan taman permainan kanak-kanak.

Penguin-penguin tersebut kelihatan langsung tidak terkesan dengan bingkai pendakian dan gelungsur, lalu segera menuju ke bahagian yang seterusnya.

Seterusnya, beberapa patung singa laut yang kebiasaannya merupakan pemangsa penguin ini di habitat asal, telah membuatkan mereka tersentak seketika.

Namun begitu, mereka segera mendapat keberanian mereka kembali dan meneruskan perjalanan mereka menuju ke bahagian lain pula.

Selain berkeliaran bebas di kaki lima zoo berkenaan, penguin-penguin ini juga turut dibawa ke melalui jalan berintang yang telah dirancang khusus sebagai salah satu senaman yang boleh menghiburkan mereka.

Pihak zoo menyatakan bahawa senaman tersebut boleh menguatkan otot kaki mereka dan dapat menolong mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.

Habitat semula jadi asal mereka yang terletak di barat daya Afrika.

“Norma baru ini memberikan penguin kami satu peluang untuk menjelajah zoo Singapura ini,” kata pengendali zoo tersebut.

Singapura melaporkan lebih 16,000 kes positif Covid-19 dan telah melakukan beberapa sekatan untuk menghentikan penularan wabak tersebut, termasuk menutup sekolah dan kebanyakan tempat kerja.

Sumber: Daily Mail