Wednesday, August 5

Kucing Ambil Udara Segar Seolah Lega Selepas Tuan Beri ‘Pelepasan’ PKPB

Mungkin ada sesetengah daripada kita dah tak larat nak duduk rumah sebelum ni. Tak sabar-sabar nak tunggu PKP ni habis, nak jalan-jalan macam dulu balik.

Hari ni, hari pertama kita dibenarkan keluar tapi bersyarat. Ada yang lega, ada juga yang susah hati bimbang dijangkiti.

Situasa ni bukan je dirasai kita manusia, haiwan pun seolah-olah tarik nafas lega.

Gambar dua ekor kucing ‘ambil angin’ depan pintu rumah tarik perhatian ramai di Twitter.

“Dia punya amik udara luar tu, macam dia lah yang kena quarantine,” kata pemiliknya itu.

Namun, apa yang lucu adalah kucing tersebut sebenarnya tidaklah menjalani tempoh kuarantin, tetapi diberikan kebebasan oleh pemiliknya untuk keluar setiap hari sekurang-kurangnya 1 jam.

Menurut pemiliknya lagi, Mukhsin antara kucing-kucingnya yang susah untuk pulang hampir setiap hari. Mukhsin juga akan mula buat perangai jika disuruh pulang.

“Suruh balik nanti dia emo. Pastu bila emo dia lempang Mueez (salah satu kucingnya). Perangai,” ujar pemiliknya lagi.

Sumber: @frdsh_