Friday, October 23

Lahir Dalam Keluarga Penuh Seni, Gadis Ambil Masa 9 Tahun Dalami Ilmu Lukisan

Bukan mudah untuk mengetahui minat sebenar dalam diri masing-masing. Setiap orang mempunyai pelbagai potensi yang mungkin belum pernah ‘diterokai’ lagi.

Dalam meniti proses tersebut, semangat dan konsistensi adalah sangat penting.

Menerusi kiriman Alwani Ismail di laman Twitter, dia berkongsi mengenai kisah perjalanannya dalam memupuk minat kepada dunia lukisan.

Menurutnya, dia sememangnya dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai latar belakang seni lukisan namun hanya dia seorang sahaja yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut. Ikuti perjalanannya sehingga lukisannya kini sangat cantik dan terperinci.

Sumber: Alwani Ismail