Tuesday, November 24

Lebih 20 Puting Beliung ‘Hentam’ Oklahoma Dan Texas, Empat Mangsa Terkorban

‘Serangan’ puting beliung di Oklahoma dan Texas telah menyebabkan empat kematian dilaporkan serta menghancurkan ratusan kediaman.

Menurut laporan, kira-kira 30 orang cedera pada Rabu apabila puting beliung itu ‘menghentam’ selatan Oklahoma.

Mayat salah seorang mangsa dikatakan dihempap pokok ketika keluar daripada sebuah kilang sehingga menyebabkan kecederaaan teruk.

ABC News melaporkan sebanyak 21 puting beliung di sekitar Texas dan Oklahoma pada 10.30 pagi, Rabu.

Gabenor Texas, Greg Abbott dalam pada itu mengeluarkan kenyataan rasmi memaklumkan kerosakkan yang berlaku akibat bencana tersebut.

“Pejabat kami dan agensi lain sedang berusaha bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menyalurkan bantuan kepada kawasan yang terjejas teruk.

“Kita telah menghantar pasukan penyelamat untuk membantu mereka yang memerlukan. Sepenuh hati kami pada anda semua rakyat Texas, kami akan lakukan apa saja demi membantu anda.”

Sumber: Daily Mail