Categories: KesihatanSemasa

Pemakaian Penutup Hidung Dan Mulut Amat Digalakkan Di Kawasan Awam Dan Sesak – KKM

Pemakaian penutup hidung dan mulut sangat digalakkan dalam kalangan rakyat terutama bagi mereka yang berada di kawasan awam dan sesak bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan mereka memakai penutup hidung dan mulut tetapi sekarang ini bukan satu kewajipan,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini hari ini.

Selain itu, Dr Noor Hisham juga mengingatkan syarat lain juga perlu dipatuhi iaitu jarakan sosial yang selamat sekurang-kurangnya satu meter serta amalan kebersihan diri yang tinggi dengan kerap mencuci tangan.

“Kalau boleh amalkan jarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter jadi kita boleh elakkan penularan COVID-19. KKM harap semua rakyat Malaysia akan patuh kepada SOP (Prosedur Operasi Standard),” katanya.

Ditanya mengenai pematuhan orag awam terhadap Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Dr Noor Hisham berkata ia adalah terlalu awal untuk dinilai.

“Bagaimanapun  melihat kepada amalan di negara lain seperti  Taiwan dan Korea Selatan, mereka tidak ada PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) tetapi mereka mempunyai disiplin sosial dan mematuhi SOP.  Sekarang SOP adalah jelas dan KKM menggesa semua rakyat Malaysia untuk mengamalkan jarakan sosial, memakai penutup hidung dan mulut, kerap membasuh tangan dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata SOP untuk industri dan restoran juga jelas dan pematuhannya adalah sangat penting untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

“Jika mereka boleh mematuhinya, kita boleh memutuskan rantaian jangkitan, jika tidak terdapat risiko untuk kadar jangkitan meningkat lebih tinggi daripada 0.7 sekarang dan ini akan dipantau rapi,” katanya.

Mengenai justifikasi KKM terhadap PKPB yang telah diwartakan, Dr Noor Hisham berkata strategi KKM dalam PKP fasa 1, 2 dan 3 ialah untuk meratakan lengkung dengan menggalakkan setiap orang duduk di rumah.

“Melihat kepada situasi PKPB ialah untuk membenarkan sektor perniagaan beroperasi semula. Apa yang penting ialah mematuhi SOP. PKP fasa 1, 2 dan 3 dan bahagian awal fasa 4 ialah untuk memastikan orang ramai duduk di rumah, itulah mesejnya.  Sekarang mesejnya kepada orang awam mengenai PKPB ialah mematuhi SOP,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata amat penting untuk orang awam mempunyai disiplin sosial dan pematuhan sosial, selain memastikan industri dan restoran mematuhi SOP atau berhadapan tindakan undang-undang di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Sumber: BERNAMA

bhh

Share
Published by
bhh

Recent Posts

Muhyiddin Gesa NAM Bantu Negara-Negara kecil Perangi COVID-19

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini menggesa Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) membantu negara-negara…

11 months ago

Anak Tunggu Makanan, Wanita Di Kenya Terpaksa Pura-Pura Masak Batu Hingga Anaknya Tertidur

Ibu daripada 8 orang anak memasak batu kononnya menggantikan makanan dengan harapan mereka akan tertidur…

11 months ago

“Saya Takkan Main Telefon Semasa Cas Lagi,” Gadis Gemas ‘Handphone’ Meletup Di Sebelahnya

Telefon bimbit sememangnya merupakan peralatan yang agak penting dalam kehidupan seharian kita. Mana tidaknya, pelbagai…

11 months ago

Pembukaan Semula Sempadan: Singapura Mungkin Bermula Secara Kecil Dan Selektif

Bagi pembukaan semula mana-mana sempadannya, Singapura mungkin akan bermula secara kecil dan selektif, demikian menurut…

11 months ago

Lahir Dalam Keluarga Penuh Seni, Gadis Ambil Masa 9 Tahun Dalami Ilmu Lukisan

Bukan mudah untuk mengetahui minat sebenar dalam diri masing-masing. Setiap orang mempunyai pelbagai potensi yang…

11 months ago

“Malam Ni Last La Kita…,” Rakan Setugas Kongsi Detik-Detik Terakhir Bersama Allahyarham Kpl Safwan

Allahyarham Kpl Safwan bin Muhammad Ismail telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar…

11 months ago